Sabtu, Mei 31, 2008

Ezam akan dedah keburukan PKR & PR serta mengaibkan DSAI

"Assalammu’alaikum,
Ezam akan berazam dan akan membuka segala pekung dan kejahatan PKR, PAS, DAP dan PR. Dan yang lebih penting ia akan mengaibkan dan mendedahkan keburukan DSAI dan mungkin ahli keluarga DSAI. Saya yakin ia akan selitkan kata-kata “ ….. saya pernah bekerja dan berjuang bersamanya saya tahu sangat…..” (Kata-kata yang pernah diucapkannya semasa menghentam Najib, Pak Lah dan lain-lain pemimpin UMNO ketika bersama PKR dan Gerak…. ).
Semasa keluar dari PKR beliau pernah mencaci DSAI secara sambil lalu. Ezam akan melakukan apa yang dilakukan oleh Lokman Nor Adam bekas Setiausaha AMK ketika beliau keluar meninggalkan PKR (rujuk : http://youtube.com/watch?v=_s35Ld7f0mY&feature=related)UMNO akan mengadakan Road Show dengan membawa artist-artist sebagai sokongan dan tarikan keseluruh negara terutama di lima negeri dibawah PR untuk Ezam membuat pendedahan. Ini semua boleh berlaku dan mungkin berlaku dalam usaha UMNO yang hampir nazak ini, mungkin Ezam akan menjadi sumber insulin pemulihan UMNO.Satu sahaja harapan agar para penyokong dan pendokong perjuangan rakyat dalam PR tidak akan mudah terpengaruh dengan lakonan seorang pejuang yang munafik dalam perjuangannya. Perlu diingat bahawa masuknya Ezam ke dalam UMNO bukannya sebagai pemimpin dalam PKR atau PR. Ia hanyalah seorang pelarian politik yang telah hilang arah tuju perjuangan dan seorang yang TIDAK BERPRINSIP BERDISPLIN DALAM PERJUANGAN. Ezam pernah bersumpah disaksikan ribuan penyokong reformasi di Lunas Kedah 2000, dengan menyebut dengan ayat-ayat Al-Quran SAYA AKAN TERUS BEJUANG TIDAK AKAN TUNDUK KEPADA TAWARAN DAN GANJARAN. LAWAN DAN LAWAN (Lunas 2000) Bersumpah dengan ayat-ayat Al-Quran.http://youtube.com/watch?v=uPNbtqS7jlc&feature=relatedSebagai memperingati kemunafikan perjuangan Ezam Mohd. Nor ini sila lawati link-link berikut, fikirkan.PIDATO ANTI KORUPSI - EZAM MOHD NOORhttp://youtube.com/watch?v=5Mro8oye5CAEzam bercerita tentang perpaduan Melayu, Anwar (2001)http://youtube.com/watch?v=iW4woWz3R7A&feature=relatedLAWAN DAN LAWAN (Lunas 2000) Bersumpah dgn ayat-ayat Al-Quran.http://youtube.com/watch?v=uPNbtqS7jlc&feature=relatedEzam Mohd Noor on Democracyhttp://youtube.com/watch?v=9AXR5bUNElg&feature=relatedPIDATO ANTI KORUPSI - EZAM MOHD NOOR 3http://youtube.com/watch?v=gIQPkuu5nWU Ezam Mohd Noor - Tak Mungkin Masuk UMNOhttp://youtube.com/watch?v=hRNhswgptgYInilah yang berlaku apabila perjuangan seseorang berasaskan hawa nafsu dan dendam kesumat dan bukan atas dasar ni’mat Iman dan Islam.SEMOGA ALLAH MENGUATKAN HATI DAN PEMIKIRAN KITA DARI DIPENGARUHI OLEH EZAM PETUALANG YANG BERTOPENGKAN PERJUANGAN RAKYAT (konon) DAN BERSAMALAH KITA TERUSKAN PERJUANGAN DALAM MENCAPAI CITA-CITA DAN ASPIRASI RAKYAT."

RAYUAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK PERTUKARAN SUM-SUM TULANG

Nama Pesakit : NORMAH BINTI ISMAILWad / Klinik : A2 (Hematologi) Hospital Pulau PinangNo. Daftar JKSP : HPP/JKSP/580/07No. K.P : 690723-02-6062Umur : 39 TahunDiagnosis : ACUTE PROMYELOCYTIC LEUKAEMIA (APML)Keturunan : MELAYUTaraf Perkahwinan : KAHWINSuami : Rozaini Bin Othman (38 Tahun) - Pembantu Kedai MakanAnak : 1. Nurul Azira Binti Rozaini (15 Tahun) - Tingkatan 3 (Pernah terpaksa berhenti sekolah sehingga mendapat perhatian pertubuhan Budha membiayai persekolahan semula)Alamat : 2/216 Kg. Pengkalan Lebai Man, 08000 Sungai Petani, Kedah.No. Telefon : 017-457 9274 (Suami) 019-414 3327 (Adik Ipar)Puan Normah Binti Ismail sebelum ini adalah seorang pembantu kedai makan kini disahkan mengidapi sakit kanser darah iaitu 'Acute Promyelocytic Leukaemia'. Beliau kini sedang menjalani rawatan kemoterapi di Klinik Hematologi Hospital Pulau Pinang, Puan Normah perlu menjalani rawatan ini sekurang-kurangnya 7 kali sebulan sejak disahkan mengidapi kanser ini pada bulan Jun 2007.Diharap dengan bantuan dan sumbangan anda dapat meringankan beban kos menjalani rawatan dan kos-kos berkaitan lain dan dapat membantu mempercepatkan Rawatan Menukar Sum-sum tulang Puan Normah yang kini ditahap serius yang perlu disegerakan dan memerlukan kos perbelanjaan berjumlah RM50,000.00 yang tidak mampu disediakan oleh suaminya yang juga hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan berdekatan rumahnya dan tiada caruman KWSP apatah lagi caruman insurans diri.Bantuan dan Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun:Bank Islam (M) Berhadatas namaPUAN NORMAH BINTI ISMAILNo. Akaun : 02-020-02-048282-1Pertolongan dari anda hanyalah Allah yang dapat membalasnya dan semoga diberikan ganjaran yang lebih baik dari keikhlasan anda oleh Allah S.W.T. dan didahului dengan ribuan ucapan terima kasih.

Kemana RM2.2 bilion royalti minyak Terengganu?

Berita dari Harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Ke mana perginya RM2.2 bilion royalti minyak yang tidak diterima oleh Terengganu? Persoalan itu dibangkitkan oleh Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) memandangkan negeri itu hanya menerima RM5.2 bilion dari RM7.4 bilion royalti minyak yang sepatutnya diterima oleh Terengganu.
Ketika berucap di Dewan Rakyat semalam, Pengarah Strategik PKR itu menuntut Kerajaan menjelaskan secara terperinci perbelanjaan wang hasil royalti minyak kepada Terengganu bagi memastikan ia dibelanjakan secara adil.
Menurut beliau, berdasarkan statistik, dari 2004 hingga 2008 sebanyak RM7.4 bilion hasil minyak disumbangkan kepada Terengganu.
Bagaimanapun, menurut Saifuddin, untuk tempoh empat tahun itu, negeri berkenaan hanya menerima RM5.2 bilion.
Ke mana perbezaan sebanyak RM2.2 bilion ini? Kita perlukan penjelasan, katanya.
Katanya, perkara itu dibangkitkan supaya setiap ringgit wang hasil negara diagihkan secara adil.
Beliau juga meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memastikan dana-dana yang diperuntukkan bagi meningkatkan industri pertanian dan pengeluaran makanan negara dimanfaatkan sepenuhnya untuk menangani kemiskinan di kalangan petani.

Tindakan Esam paling silap dalam percaturan politoknya

Berita dari Harakahdaily.net
TEMERLOH, 30 Mei (Hrkh) - Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Mohamad Ezam Mohd Nor telah melakukan tindakan paling silap dalam karier politik seumur hidupnya apabila menyertai semula Umno, kata Ketua Bahagian KeADILan Temerloh, Ahmad Nizam Abdul Hamid. -->-->
Dalam sidang akhbar yang diadakan di Pejabatnya di sini, baru-baru ini, Ahmad Nizam berkata adalah mengelirukan jika Ezam menyertai semula Umno untuk meneruskan misi membasmi rasuah yang pernah diperjuangkannya kerana sehingga kini pemimpin rasuah yang pernah dikecamnya masih bergelumang dalam Umno.
"Ezam pernah dipenjarakan selama dua tahun kerana mendedahkan salah laku rasuah Rafidah Aziz. Rafidah masih ada lagi dalam Umno. Kita tak Nampak Ezam boleh meneruskan perjuangan anti rasuah dalam Umno," katanya.
Mengulas lanjut, Ahmad Nizam berkata sepatutnya Ezam sedar bahawa Umno yang disertainya itu adalah sebuah parti politik perkauman Melayu beroreantasikan feudal yang semakin ditolak rakyat terutama pasca pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini.
"Kalau kita tengok parti-parti yang dipilih rakyat dalam pilihan raya umum lalu, semuanya parti berbagai kaum. Macam PAS dia parti berbilang kaum walaupun majoritinya Melayu. Begitu juga KeADILan, KeADILan bukan parti perkauman tetapi Ezam memilih parti perkauman. Apakah ada pemahaman feudal dalam pemikirannya?
"Sebab itu pada pandangan saya tindakan Ezam menyertai semula Umno adalah tindakan paling silap dalam kehidupan politik seumur hidupnya," katanya.
Sementara itu Ketua KeADILan Pahang, Zakaria Abdul Hamid dalam kenyataan yang disiarkan media tidak terkejut dengan tindakan Ezam menyertai semula Umno.
"Itu hak dia (Ezam) dan kami masih meneruskan perjuangan kami dalam KeADILan dan tiada masalah bagi kami sekiranya dia mahu masuk Umno atau sebaliknya. KeADILan Pahang tidak terkejut keputusannya kerana tidak meninggalkan sebarang kesan terhadap parti," katanya. - mns

'Keputusan itu hasrat peribadi Ezam' - Anwar

Berita dari Harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Hrkh) - Walaupun Ezam Mohd Noor sudah dilihat mula 'mencerca' KeADILan dan rakan-rakan politik yang lain, namun secara ratanya pimpinan dan aktivis politik bersikap sebaliknya malah Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak melafazkan sebarang kritikan terhadap beliau. -->-->
"Sebelum ini banyak tekaan mengenai kemungkinan Ezam menyertai Umno. Dan ada kalangan pengunjung yang memohon reaksi saya.
"Kini setelah sah penyertaan beliau bersama Umno maka ingin saya tegaskan bahawa beliau telah lama meninggalkan perjuangan KeADILan iaitu sebelum Kongres dan jelas sebelum PRU12 lalu.
"Justeru, keputusan tersebut adalah hasrat peribadi beliau," kata Anwar dalam blognya secara ringkas.
Selain itu aktivis politik wanita yang giat aktif Norazimah Mohamad Nor atau lebih dikenali sebagai Nora turut menyatakan pendiriannya untuk tidak menyertai Umno.
"Sungguhpun banyak spekulasi tentang Nora menyertai Ezam untuk pergi kepada Umno, itu sama sekali tidak benar.
"Sungguhpun begitu Nora hormat keputusan Ezam untuk menyertai Umno. Itu hak beliau," katanya.
Selain itu Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan Badrul Hisham Shaharin turut menjelaskan 'hubungannya' dengan Ezam yang menimbulkan tanda tanya banyak pihak.
"Memang diakui saya ada bertemu beliau dan kerap berhubung dengan beliau mutakhir ini, sebagai seorang teman. Tiada pertemuan sulit," katanya.
Katanya mereka berdua membincangkan secara serius mengenai masa depan Gerak sebuah gerakan muda yang memfokuskan usaha pembenterasan rasuah dan pemerkasaan demokrasi di mana beliau terlibat membantu Ezam menubuhkanya.
Katanya Gerak telah diserahkan kepada sekumpulan anak muda untuk mengekalkan sikap non-partisan demi matlamat kelahiranya yang lebih besar.
"Sebelum ini saya mengelak memberikan komen kerana melihat perkembangan Ezam yang sememangnya sudah setahun lebih keluar parti, lalu tidak perlu diperbesarkan," katanya.

Selasa, Mei 27, 2008

Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. Memberinya hidayah masuk Islam. Pada suatu Hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika Dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja Dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentakberdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, is paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin Dan berkata, "Di tengah Kita Ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini Dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepadasang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian dia beranjak hendak keluar.Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut Dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata, "Aku akan mengajukankepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. " Is pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!" Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkansatu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiadatujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya." "Sebutkan sesuatu yang dapat bernafasnamun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!" "Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?" "Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?" Mendengar pertanyaan tersebut, pemudaitu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca Bismillah dia berkata, -Satu yang tiada duanya ialah Allahs.w.t.. -Dua yang tiada tiganya ialah Malamdan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12). -Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh. -Empat yang tiada limanya adalah Taurat,Injil, Zabur Dan al-Qur'an. - Lima yang tiada enamnya ialah Solatlima waktu. -Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlahHari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk. -Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat padaciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3). -Delapan yang tiada sembilannya ialahMalaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17). -Sembilan yang tiada sepuluhnya adalahmu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.* -Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluhialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160). -Sebelas yang tiada dua belasnya ialahjumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf . -Dua belas yang tiada tiga belasnyaialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60). -Tiga belas yang tiada empat belasnyaialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya. -Adapun sesuatu yang bernafas namuntidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18). -Kuburan yang membawa isinya adalahIkan yang menelan Nabi Yunus AS. -Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumbadan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampunlagi Maha Penya yang ." (Yusuf:98) -Sesuatu yang diciptakan Allah namuntidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19). -Makhluk yang diciptakan Allah tanpabapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim. -Makhluk yang diciptakan dari api adalahIblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69). -Makhluk yang terbuat dari batu adalahUnta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua). -Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggapperkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28). -Adapun pohon yang memiliki 12 rantingsetiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari. Paderi dan para hadirin merasa takjubmendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata, "Apakah kuncisurga itu?" mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnyapun berubah. Dia berusaha menyembunyikankekua tirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja ituterus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cubamengelak. Mereka berkata, "Anda telah melontarkan22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! " Paderi tersebut berkata, "Sesungguhnya aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jaminkeselamatan anda. " Paderi pun berkata, "Jawapannyaialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. " Lantas paderi dan orang-orang yang hadirdi gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.** * Penulis tidak menyebutkan yang kesembilan(pent. ) ** Kisah nyata ini diambil dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah melalui internet, www.gesah.net Wallahua'lam.

Isnin, Mei 26, 2008

AMALAN-AMALAN YANG DAPAT DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG

Memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t dengan memohon ampun dan taubat. Ibu yang hamil digalakkan banyak mengingati Allah supaya hatinya tenang dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Dengan ini diharapkan agar anak yang lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat melahirkan dengan tenang dan baik. Bapa juga digalakkan melakukan perkara yang sama ketika isterinya mengandung.Perempuan yang hamil juga digalakkan supaya banyak bermunajat ke hadrat Allah s.w.t dan memohon doa kepada-Nya semoga anak dalam kandungan sentiasa sihat dan agar dipermudahkan Tuhan bagi ibu tersebut. Doanya :
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".
Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya. Perempuan yang sedang hamil digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat sunnat, sentiasa menutup aurat.Manakala suami juga dituntut memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disunnatkan iaitu Isnin dan Khamis. Ibu yang hamil juga adalah digalakkan untuk sentiasa membaca makthurat terutamanya setiap kali selepas solat.
Memperbanyakkan membaca Al-Quran, ibu-ibu yang mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba memahami makna bacaanya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya.
Sentiasa berakhlak yang baik. Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentias menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepad jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demekianlah amalan yang dituntut bagi ibu yang hamil untuk mengamalkannya semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang akan lahir nanti anak yang betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.
Akhlak Suami kepada Isteri yang hamilSebagai suami pula, kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik tambahan pula di sedang hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:- sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.- sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.- jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam - keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba - mengingati keadaan manis dan jasa isteri.- Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.- jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.- hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.- bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.- cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.- berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat. Tenagkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.- bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah.
Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil- menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami- menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.- Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.- jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.- hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.- apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.- berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.- jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.- jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.- jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.- jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.

Dengar-dengarkan lah.....

Semoga setiap bait-bait lagu ini menghadirkan keinsafan didalam diri kita, insyaalah

Masalah dunia semakin meruncing, isu harga barang makanan, harga minyak melambung, peperangan yang tidak berkesudahan serta politikal yang tidak stabil. Rakyatlah yang menjadi mangsa.

FADHILAT MEMBACA AYAT KURSI KETIKA HENDAK TIDUR

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.
"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.
Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."
Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.
Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"
Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahwa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahwa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.
"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi."
Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.
"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."
Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."
Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu saja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."
Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.
"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahwa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."
"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."
Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.
Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.
"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.
"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah.
"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.
Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."
Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?"
"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.
"Itulah syaitan."

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.

Empat syarat pakai gelang bermagnet

Gelang bermagnet yang semakin popular dipakai lelaki dengan niat membaiki kesihatan harus memenuhi empat syarat, kata ketua penolong mufti Perak, Zamri Hashim.Syarat-syarat tersebut: pemakainya tidak beriktikad (yakin di dalam hati) bahawa gelang itu memberi kesan kesembuhan kerana yang memberi kesan itu hanyalah Allah, pemakainya tidak berniat memakainya kerana menyerupai wanita dan bukan untuk bermegah-megah.gelang mesti terbukti mempunyai kesan saintifik dan secara klinikal mempunyai pengaruh terhadap pengaliran darah di dalam tubuh seperti didakwa oleh pakar yang berwibawa.jika pemakaian gelang itu menimbulkan fitnah terhadap maruah si pemakai, lebih baik lelaki itu memakai baju berlengan panjang yang dapat menyembunyikan gelang berkenaan.Menurut Bernama, pandangan ketua penolong mufti diterbitkan oleh Jabatan Mufti Perak.

Fadhilat memeluk isteri

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. ``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. ``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini. Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. ``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu. Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. ``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.

Petua Rasulullah

Tahukah anda mengamal minum secawanair teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. IsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan berikut :

1. Mandi awal pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul. Kita boleh saksikan org mengamal mandi awal pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit. (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening @ migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di manadalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yng terhasil yg boleh merosakkan usus kita.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

Ahad, Mei 25, 2008

Hutang Meresahkan Tidurmu, Penghinaan Di Siang Hari...

Sebut sahaja perkataan hutang, semua orang tahu mengenainya, hatta kanak-kanak sekalipun. Kenapa? Sebab hutang telah sinonim dengan kehidupan kita. Sebahagian besar dari kita memang terlibat dengan hutang. Hutang makan dan minum, hutang pakaian, hutang rumah, hutang kelengkapan rumah seperti perabot, alat-alat elektrik d.l.l., hutang motor, hutang kereta, hutang ceti, hutang bank, hutang kad "kredit", hutang 'Along' dan berbagai-bagai lagi jenis hutang.Permasaalahan timbul apabila hutang melebihi pendapatan, melebihi kemampuan untuk membayar balik. Berhutang mengikut kehendak hawa nafsu, bak kata pepatah "Tak mahu mengukur baju di badan sendiri" atau"Besar kerak dari periuk". Akhirnya hutang di sekeliling pinggang. Ketika itu keresahan dan ketidaktenteraman hidup mula menemani diri. Tidur malam yang dahulunya nyenyak, kini mula dibelenggu oleh mimpi-mimpi buruk dan ngeri; resah gelisah diganggu hutang, fikiran pula banyak tertumpu kepada masaalah hutang; manakala di siang hari pula sipemiutang menagih hutang dengan berbagai-bagai cara. Selain dari peringatan, tak kurang pula dengan ugutan dan ancaman. Maruah kita mula tercabar, diganggu-gugat oleh "mereka" yang mula menguasai diri dan kehidupan kita. Mereka mula memasukkan agenda mereka ke dalam kehidupan kita dan akhirnya kita jadi "hamba" mereka.Oleh itu, berhati-hatilah sebelum terlibat dengan hutang. Fikirkanlah, Apakah ianya perlu? Jika perlu, buatlah penganalisaan kewangan atau kemampuan untuk membayar balik pinjaman itu. Berkiralah supaya hutang itu tidak berunsur riba dan penipuan.Jangan mudah terpedaya dengan kempen atau promosi yang diwar-warkan oleh peniaga.Ingat: Hutang hendaklah dilunaskan semasa hidup, semoga ianya tidak akan menjadi pusaka untuk ditinggalkan kepada waris dan sanak-saudara kerana itu akan menjadi satu bebanan kepada mereka. Orang yang mati dengan membawa hutang bersamanya akan dibelenggu di dalam kubur sehingga hutangnya dijelaskan. Rasullallah S.A.W. pernah suatu ketika enggan menyembahyangkan jenazah seseorang kerana kematiannya dalam keadaan berhutang hinggalah hutangnya dijelaskan terlebih dahulu.Sambil kita berusaha menjauhkan diri dari kemelut hutang, marilah kita sama-sama amalkan doa yang diajarkan oleh Rasullallah S.A.W. kepada seorang sahabat:-"Wahai Tuhan kami, kami mohon perlindungan-Mu daripada resah dan dukacita, daripada lemah dan malas, daripada penakut dan bakhil dan juga kami berlindung dengan-Mu daripada menanggung beban hutang dan daripada dikuasai orang".InsyaAllah, doa kita akan dimakbulkan.null

Safety Talk - Silinder Gas

Hampir setiap hari, kita kerap mendengar tentang kemalangan atau kebakaran yang berpunca daripada kebocoran gas. Sebenarnya, setiap silinder gas yang ada di rumah, di kedai, di makmal atau di mana-mana sahaja berpontensi sebagai bom jangka. Ini kerana gas mudah terbakar, dan jika tekanan di dalam silinder itu terlalu tinggi tong gas itu boleh meletup.

Silinder gas hendaklah diletakan di tempat yang baik pengudaraannya dan sentisa berada dalam keadaan tegak. Bekalan gas dan alat atur hendaklah ditutup apabila gas tidak digunakan lagi. Untuk menyalakan dapur gas pula, kita mestilah mengikut peraturan. Api hendaklah dinyalakan terlebih dahulu. Kemudian cucuhkan api ke pembakar di dapur gas. Selepas itu, putarkan alat kawalan nyalaan. Cara ini dapat mengelakan pengeluaran gas yang berlebihan yang menyebabkan kebakaran.

Sebarang kebocoran gas dapat dikesan daripada bau gas yang luar biasa. Penggunaan juga boleh mengesan kebocoran gas dengan menggunakan buih sabun. Ini dilakukan dengan melurutkan getah saluran gas dengan buih sabun. Jika didapati sabun buih itu menggelembung, ini bermakna kebocoran gas telah berlaku.

Apabila berlaku kebocoran gas, perkara utama yang perlu dilakukan adalah dengan menutup alat atur dan alat kawalan nyalaan dapur. Kemudian, buka semua tingkat dan pintu untuk menberi penggudaraan yang baik di dalam rumah. Sebarang suis perkakas elektrik di dapur hendaklah dimatikan. Elakkan daripada menyalakan mancis. Sebagai langkah seterusnya, laporkan kepada pengedar gas dengan segera, tentang kebocoran tersebut.

Dengan ini sebarang kemalangan atau kebakaran yang disebabkan oleh kebocoran gas dapat dielakkan.


Pengguna bijak, keselamatan terjamin

Kenapa Singapura Nak Sangat Pulau Batu Puteh?

Saya pun hairan kenapa Singapura nak sangat Bulau Batu Putih ni. Sejak berlaku perebutan dengan Malaysia ni saya pun nak tau juga kat mana letaknya pulau ni yang katanya seluas 2 padang bola. Takkan la sebab Singapura nak pegi buat padang bola kat situ. Bila cari-cari rupanya kat situ letaknya Pulau Batu Putih ni. Sepintas lalu tengok kita dah tau memang strategik lokasi pulau ni dari segi perdagangan dan juga ketenteraan.
Yang hairan bin ajaibnya, pulau ni duduk dekat sangat dengan Malaysia. Ukur jarak ke Singapura lagi 2 kali ganda lagi dari Malaysia. Rasanya kalau naik sampan kayuh pun boleh sampai. Kalau Dato Malik Mydin berenang pegi balik pun takde masalah. Tapi macamana Singapura boleh dapat pulak tu? Fakta sejarah tak boleh membuktikan ke? atau penghujah-penghujah Malaysia kurang meyakinkan ke? atau ada campurtangan kuasa ghaib lain dalam perbicaraan? tiada siapa yang tahu. Hanya Allah yang mengetahui.(Gambar Pulau Batu Putih dalam Utusan Malaysia)
Cuma kekesalan yang terpahat dihati ni, kita tidak pernah tahu yang lokasi pulau batu putih ni sebegitu. Ini aje sumber maklumat yang saya boleh dapat. Jika salah, salah la saya. Tetapi sepatutnya kerajaan memaklumkan kepada ramai tentang lokasi pulau ni. yang dipaparkan hanya gambar rumah api yang kita semua tahu rupanya. Mungkin tidak mahu menimbulkan kemarahan rakyat ramai. Tetapi dunia semakin canggih. Lambat laun rakyat akan tahu juga. Dan kesannya lebih mendalam. Harapannya, selepas ni pihak bertanggungjawab perlu buat kerja cari balik mana-mana pulau ke sempadan ke dan jaga elok-elok dari sekarang supaya tahun 2050 nanti takde pulak la pulau ke tanah air kita akan diserahkan kepada orang lain pulak.
Jangan nanti di masa akan datang tiba-tiba Singapura tuntut kata Johor atau Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) ni diorang punya sudah la. Alasan penghakiman mereka ialah semua tanah ini telah dibeli dengan hakmilik kekal semuanya. Oleh itu, mahkamah membuat kesimpulan menyerahkan Johor Bahru dan kawasan sekitarnya kepada Singapura. termasuklah Istana Sultan Johor kat tepi laut tu. Semua orang Johor Bahru diminta pindah ke tempat atau negeri lain sebab kerajaan Singapura nak buat rumah flat untuk rakyat dia. Harap-harap sultan dan bakal-bakal sultan pun baca tulisan saya ni. Kepada sesiapa yang ada email sultan johor atau Tengku Mahkota Johor (TMJ) tolong forwardkan artikel ni supaya Tuanku buat kerja sikit. Jangan asyik naik motor dengan main kuda aje.
Harap Tuanku ni pegi tanya YB-YB Johor dan menteri-menteri ni diorang buat kerja ke tak. Isu tanah ini adalah isu maruah dan kedaulatan negara. Kat Palestin sana tu orang pertahan negara dengan nyawa takkan kat Malaysia ni kita nak buat amal jariah dengan serah macam tu aje.

Masalah Suka Makan Lewat Malam.

Siapakah yang suka makan lewat malam?Kebiasaan adalah mereka yang mempunyai banyak kerja disiang harinya dan akibat tabiat melepak atau bersantai diwaktu malam. Bagi mereka yang banyak tekanan kerja disiang hari, malamnya mereka akan banyak melepak atau berehat didepan TV sambil menjamu selera. Dikala ini jenis makanan tidaklah begitu diambil kira. Mereka yang suka makan lewat malam ini biasanya akan mengalami tekanan jiwa, hilang keyakinan diri dan tidak dapat lari dari kencing manis dan obesity.
Ada dikalangan pemakan lewat malam ini makan bukan kerana lapar tetapi bagi mengatasi keperluan emosi atau ketidak tenteraman jiwa mereka. Ada juga yang hanya makan untuk mengatasi masalah jemu. Kamu mungkin biasa melihat orang yang akan makan apa saja bila dalam keadaan tertekan. Benarkah makan lewat malam mendatangkan mudarat kepada kita?
Jawapannya , bergantung kepada apa yang kita makan.

Kenapa makan lewat malam berkait dengan obesity?
Pertamanya, apabila kita makan hingga lewat malam atau sebelum tidur, badan tidak dapat cukup masa untuk memproses dan membakar kalori dalam badan dan ianya terpaksa dismpan didalam badan. Masalah keduanya adalah orang yang suka makan lewat malam ini biasa adalah makanan yang tidak sihat atau seimbang.
Menurut bancian, 40 peratus pengidap obesity mempunya tabiat makan lewat malam.
Lelaki mengatasi wanita dalam peratusan ini.
Perokok dan peminum arak adalah dikalangan mereka yang suka makan lewat malam.
Mereka ini biasanya jarang bersarapan pagi dan kerap makan diluar rumah.
Jadi, kita perlu belajar untuk TIDAK makan lewat malam.Bila anda terasa lapar dan anda tidak makan ketika itu, badan anda terpaksa membakar kalori yang berlebihan dalam badan. Ini akan mengurangkan berat badan anda. Metabolisma akan membantu menguruskan badan anda secara tidak langsung. Apakah yang boleh membantu kita melupakan untuk makan lewat malam?- Gantikan jamuan lewat itu dengan meminum air bersih. Teh herba misalnya baik kerana ianya untuk ketenteraman dan kita akan rasa penuh perut.- Menulis atau membaca dll – sibukkan diri anda dengan sesuatu aktiviti ringan . Jangan sampai jemu menguasai malam kita.- Makan awal beberapa kali dengan jumlah yang sedikit. Lagi banyak kita makan, lagi aktif metabolisma kita- Makan makan seimbang, sayuran dan buah-buahan akan menyihatkan badan membolehkan sistem pemakanan dan pencernaan anda lebih sempurna dan teratur.

Selamatkan Ezam dari kekotoran UMNO

Dalam keadaan UMNO yang semakin kritikal, kita telah di gegarkan sedikit oleh satu berita yang belum disahkan sendiri oleh Sdr. Ezam Mohd Nor yang ketika ini masih berada di luar negara bagi mengesahkan diri nya seperti mana yang digembar-gemburkan oleh pelbagai pihak termasuk media cetak dan media elektronik. Pada pandangan saya, kita yang berada di pihak pakatan rakyat seharusnya lah merasa satu kehilangan yang amat besar jika kenyataan yang belum dinyatakan sendiri oleh Sdr. Ezam ini benar-benar berlaku. Apakah tindakan kita atau ahli-ahli politik terutama nya dari PAS dan Keadilan bagi menghalang kemasukan Sdr, Ezam Mohd Nor kembali ke pangkuan UMNO ini? Memang benar mana-mana orang perseorangan atau pertubuhan NGO adalah berhak menentukan pendirian nya sendiri. Tetapi dalam soal ini kita harus melakukan sesuatu untuk memujuk atau berbincang secara hikmah dalam menangani sesuatu isu yang berbangkit termasukalah isu kemasukan semula Sdr. Ezam. Bagi saya Sdr. Ezam mempunyai kekuatan dan semangat yang jitu terhadap apa jua yang di perjuangkan, termasuklah kes-kes yang berprofail tinggi. Sdr. Ezam merupakan anak muda yang berwibawa dan berpontesi menjadi pemimpin pelapis yang bersih, cekap dan amanah di masa akan datang. Justeru itu saya berharap agar samaada PAS atau keadilan Rakyat dapat memberi ruang semula dipersada politik tanahair kepada Sdr. Ezam bagi memantapkan perjuangan dalam menghadapi era globalisasi. Lupakan lah sengketa yang telah berlaku antara Sdr. Ezam dengan Sdr Azmin Ali. PRU ke 12 telah pun berlalu, kebanyakan rakyat menolak UMNO. Ini dapat di buktikan dengan tertawan nya lima negeri serta mengurangkan 2/3 majoriti di parlimen. Yang jelas PAS atau Keadilan haruslah mengambil inisiatif bagi mengembalikan perjuangan Sdr. Ezam bersama Pakatan Rakyat.

Sekian.