Khamis, Julai 31, 2008

Sharlinie....dimana kamu, adakah ini misteri atau kebuntuan pihak berkuasa.


9 Januari 2008, Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.

Kes ini sudah masuk bulan yang ketujuh. Ianya semakin dipandang sepi dan tiada siapa lagi yang ambil kisah. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang mula-mula menyiasat kes ini pun sudah menyepi tanpa khabar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang bangga ketika mengumumkan pembentukan satu pasukan khas polis Bukit Aman dan Selangor untuk menyiasat kes anak kecil ini pun sudah sibuk dengan kes lain.
Kes Sharlinie makin sepi, rakyat pun dah tak bercerita tentangnya. Poster-posternya sudah kian lusuh malah ada yang sudah tertanggal. Kita masih menunggu jawapan. DIMANA SHARLINE?

Kata orang Borneo, kes ini sudah terliwat. Maksudnya sudah terlewat dan terlalu lama. Polis sudah terlewat dan tiada sebarang tanda-tanda ditemui bagi kehilangan anak kecil ini. Apakah nasib beliau kini?

Ibubapanya yakin Sharlinie masih hidup. Kali terakhir media bertemu keluarga ini adalah pada 9 Jun lalu. Simpati dan doa, hanya itu yang mampu dihulurkan.

Tetapi rakyat tetap inginkan jawapan. Polis Malaysia harus selesaikan kes ini. Jika kes Liwat melibatkan Anwar, Polis boleh dipandang serius dan cari sampai ke lubang dubur Saiful, kenapa dalam kes Sharlinie Polis hilang punca? Tolonglah keluarga ini, jangan pandang sepi cerita mereka lagi.

Kenaikan Tambang Bas Menambahkan Lagi Kepiluan Perantauan


Tambang bas naik dan ikan pun bakal naik harga. Kabaran pilu untuk rakyat. Bagi rakyat yang terlebih makan tidak lah terasa pilu kesan akibat kenaikan harga petrol tapi yang terasa pilu bagi rakyat yang cukup-cukup makan.

Mengenai kenaikan tambang bas ekspres dan juga tambang bas jarak dekat akan dinaikkan oleh pengusaha syarikat bas ekspres disokong pula oleh Noh Omar. Bukankah kita telah mengetahui kisah-kisah sesetengah pengusaha bas telah menaikkan tambang bas seminggu selepas kenaikan harga diesel pada bulan jun yang lalu? Sehinggakan kita dengar ada syarikat bas ekspres mengenakan tambang bas RM90.00 antara KL dan JB. Juga kisah penumpang bas terpaksa turun jika enggan membayar cas tambahan.

Disini bukan untuk menyalahkan pengusaha bas, mereka semua pun cari makan untuk anak bini. Disini kerajaan BN gagal mengatasi masalah rakyat, sepatutnya masalah pengangkutan awam ini sudah selesai dan sepatutnya juga rakyat kini sudah dapat menikmati pengangkutan awam yang memuaskan serta dapat meringankan bebanan rakyat sejak tahun 2006 semasa minyak naik 30sen jika kalau kerajaan BN penuh amanah menggunakan wang yang dikatakan penjimatan hasil pengurangan subsidi iaitu sebanyak RM 4.5 billion. Baru-baru ini kita dengar kabaran hasil penjimatan pengurangan subsidi pada tahun 2006 di mana kerajaan BN hanya membelanjakan RM 800 juta untuk menaikkan taraf system pengangkutan awam. Yang selebihnya hasil dari perjimatan subsidi tersebut kemana pergi? Atau kerana kerajaan mengambil langkah berjimat dalam perbelanjaan. Ingat, bagi Negara yang mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa seperti Negara kini, RM 1 juta adalah satu jumlah yang besar. Bagaimana pula penjimatan kerajaan hasil pengurangan subsidi bahan api pada bulan yang lalu? Untuk pembangunan modal insan?sudah jelik mendengar pekik melolong mengenai modal insan ni. Mana janji kerajaan ni, jangan jadikan rakyat pengemis menagih janji kerajaan. Oh lupa pula, dulu bakal-bakal YB pun mengemis meminta undi dan sokongan dari rakyat. Bila dapat memerintah sudah tak ingat dunia. Beli kereta Mercedes pula, naik kereta kancil pun boleh sampai lah. Apa, orang besar nampak hina sangatkah naik kereta kancil.

Rakyat sekarang dah cukup susah dah jerih. Lebih kurang dua bulan lagi kita akan menyambut hari lebaran tetapi hari raya aidilfitri belum cukup mengembirakan lagi kerana nanti akan tiba lebih banyak kisah gembira yang akan dibawa khas oleh kerajaan BN untuk rakyat iaitu harga ayam naik,daging naik, harga tepung naik malah daun ketupat dan juga daun tapai pun mungkin akan naik secara mendadak seiring dengan kenaikan harga petrol sekarang. Bagi mereka yang pulang beraya di kampung dengan menaiki bas perlu beringat lebih awal mengenai tiket bas supaya tidak terjerut dengan tiket bas tambahan yang sememangnya mahal tambangnya. Kemungkinan besar bilangan mereka yang pulang ke kampung dengan menaiki bas akan bertambah disebabkan kesan kenaikan harga petrol dan diesel dan lebih ramai orang akan memilih pengangkutan awam. Oleh itu kena beringat, jangan terlalu gembira untuk menyambut hari lebaran.

Kenaikan tambang bas ini cukup untuk melumpuhkan pendapatan rakyat. PM Dollah memekik melolong menyuruh rakyat ubah cara hidup, salah satunya yang PM Dollah memekik melolong ialah menyarankan rakyat supaya menggunakan pengangkutan awam sebagai langkah penjimatan. Sekarang harga tambang bas akan dinaikkan. Jadi , kemana pula PM Dollah nak konar? Suruh rakyat menunggang kambing pergi kerja?begini,harga rumput pun bakal naik.

Perempuan Yang Dijamin Syurga Oleh Rasulullah


" Seorang pemuda di zaman Rasulullah s.a.w. telah berpesan pada isterinya kerana keluar berperang. Pesan suaminya pada isteri ; “Jangan kamu keluar dari rumah sehingga aku pulang.” Bila suaminya pergi maka datanglah adik isterinya dan memberitahu bahawa ayahnya sakit tenat. Kakaknya berkata pada adiknya bahawa kakak tak boleh pergi sebelum suami kakak pulang.

Adiknya pulang ke rumah dengan tak berkata apa-apa. Selang beberapa hari, maka bapanya telah meninggal dunia. Lalu adiknya pergi ke rumah kakaknya untuk memberitahu akan kematian itu. Sekali lagi kakaknya berkata bahawa kakak tak dapat pergi selag suami kakak belum pulang. Pulanglah adiknya dengan penuh hampa. Tiba-tiba pulang suaminya dan bertanya pada isterinya ; “Kenapa menangis?” Jawab isterinya bahawa ayahandanya telah meninggal dunia.

Setelah mendengar kata-kata dari isterinya, suami dan isterinya pun terus ke rumah Rasulullah untuk bertanya tentang perkara yang berlaku tadi. Dengan senyum Rasulullah s.a.w. berkata ; “Bahawa Jibril telah datang padaku dan berkata ; “Sesungguhnya Allah telah mengampunkan dosanya kerana taat pada suaminya.” ”

Itulah gambaran seorang isteri yang dijamin oleh Allah dan Rasul kerana taat kepada suami.

Junjungan besar Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa baginda telah menziarahi syurga dan neraka ketika peristiwa Isra’ Mi’raj. Hadith tersebut yang bermaksud ; “Telah bersabda junjungan besar kita Rasulullah s.a.w. aku telah menziarahi ke neraka, maka ku dapati penghuninya kebanyakan dari perempuan. Dan aku juga telah menziarahi syurga, maka aku dapati penghuninya banyak dariorang-orang miskin.”

Kisah Seekor Ular Bersama Mayat Dalam Kubur


Buat renungan bersama dan jadikan teladan buat semua pembaca yang dikasihi oleh Allah swt

Tragedi ini berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. bersama-sama sahabat hendak mengangkat takbir pertama bagi solat jenazah. Tiba-tiba kain kafan bergerak-gerak. Rasulullah s.a.w. membuka kain kafan itu, maka Baginda dapati seekor ular sebesar batang tamar berwarna hitam sedang melilit mayat. Ular itu sedang menghisap darah dan memakan daging mayat.

Apabila melihat kejadian itu, Abu Bakar mengambil kayu untuk memukul ular tersebut. Dengan izin Allah ular tadi mengangkatkan kepalanya seraya berkata dengan lidah yang fasih.
اشهد ان لا اله الا الله واشهد ان محمدا عبده ورشوله

Dan berkata ular itu lagi ; “Wahai Abu Bakar, kenapa engkau mahu memukul aku dan aku tidak berdosa. Seseungguhnya aku telah diperintahkan oleh Allah supaya mengazabkan mayat ini sampai hari Qiamat.” Tanya Umar ; “Kenapakah kamu mengazabkan mayat ini, apakah dosanya yang telah dilakukan ?” Berkataular itu ; “Sesungguhnya tiga kesalahan atas mayat ini, pertama meningggalkan solat / sembahyang, kedua tidak membayar zakat, dan ketiga tidak mahu mendengar kata-kata orang lain.”

Setelah mendengar penjelasan dari ular itu, maka Rasulullah dan sahabatnya terpegun. Lalu Rasulullah bersabda yang sekira-kira bermaksud ; “Wahai sahabatku sekelian, ketahuilah oleh kamu, bahawa inilah balasannya kepada mereka yang tidak solat / sembahyang, tidak mengeluarkan zakat dan tidak mahu mendengar apa yang dikata oleh ulama’-ulama’.”

Junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. pernah memberitahu pada seorang sahabat, bahawa matahari telah memohon pada Allah untuk berhenti. Ini sebagaiman tersebut dalam hadith riwayat Abu Zarren yang sekira-kira bermaksud ; “Satu hari Abu Zarren telah masuk masjid, Rasulullah s.a.w. sedang berada dalam masjid. Manakal jatuh matahari di sebelah barat, maka bertanya Rasulullah s.a.w. kepada Abu Zarren, Wahai Abu Zarren, tehukah engkau kemanakah matahari itu akan pergi. Jawab Abu Zarren, hanya Allah dan Rasul sahaja yang tahu. Kata Rasulullah s.a.w., sesungguhnya matahari masuk sujud pada Allah dan memohon berhenti, seolah-olah Allah berkata kembalilah kamu dari mana kamu datang. Maka matahari akan naik disebelah barat.”

Kisah Perjanjian Toyol


Akibat mahukan kesenangan berterusan menerusi jalan haram, segelintir pemuja toyol sanggup memeterai perjanjian luar biasa termasuk memenuhi permintaan pelik makhluk halus itu yang ingin melihat tuannya melakukan hubungan seks di luar nikah.

Perjanjian yang dibuat pemuja berkenaan selepas roh toyol itu dibangkitkan, adalah antara habuan diterima makhluk berkenaan yang mampu menyelinap bilik berkunci dan mencari wang disorok bagi melakukan tugas mencuri di kediaman penduduk.

Selain itu, toyol berkenaan juga diberi makan ayam dan dihadiahkan barang permainan kanak-kanak oleh pemujanya setiap kali berjaya menyerahkan wang curi.

Perbuatan tidak bertanggungjawab pemuja toyol itu yang berani melakukan perjanjian berkenaan walaupun menyedari ia perbuatan syirik dan dilaknat Allah, kebiasaannya tidak disedari ahli keluarganya.

Perkara berkenaan didedahkan seorang pengamal perubatan tradisional, Hafizan Abdullah, 55, yang turut terkilan dengan kewujudan perjanjian luar biasa antara pemuja toyol dan makhluk halus yang dikatakan mempunyai perangai seperti kanak-kanak.

“Apa yang pelik, apabila ditanya sama ada tuan mereka memberikan darah sebagai makanan supaya melakukan perbuatan mencuri, makhluk halus berwarna hijau, bermata merah dan setinggi paras betis sebaliknya memberitahu ganjaran mereka adalah melihat pemuja melakukan hubungan seks tanpa pengetahuan dengan pasangannya.

“Toyol berkenaan juga diberikan makan ayam dan barang permainan kanak-kanak oleh pemuja setiap kali berjaya menyerahkan wang dicuri itu.

“Apa yang mengecewakan, perbuatan tidak bertanggungjawab pemuja toyol itu yang berani melakukan perjanjian itu tanpa disedari ahli keluarganya mengakibatkan keseluruhan keluarganya terpaksa menanggung dosa,” katanya yang mendakwa pernah menghalau makhluk halus berkenaan yang berjaya diperangkap di kediaman penduduk di sekitar Ulu Tiram dan Pasir Gudang beberapa bulan lalu.

Hafizan berkata, sikap tidak bertanggungjawab pemuja toyol yang sanggup membuat perjanjian luar biasa itu sebagai mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang bagaimanapun mengundang masalah kepada diri sendiri apabila ingkar permintaan makhluk itu.

Menurutnya, pemuja yang gagal memenuhi permintaan boleh mengakibatkan makhluk berkenaan mengganas termasuk merosakkan barangan di rumah atau menimbulkan perselisihan faham antara ahli keluarga.

“Ada juga yang berdegil dan enggan mengikut arahan pemuja atau pemiliknya apabila permintaan remeh itu gagal dipenuhi.

“Akhirnya pemuja terbabit yang melakukan amalan terpesong itu terdesak untuk memberi habuan dipinta bagi memastikan tidak dilanda masalah biarpun menyedari perbuatan perbuatan ini haram di sisi agama kerana ia menyekutukan Allah,” katanya.

Menurut Hafizan, orang ramai boleh mengetahui kehadiran toyol dengan menabur kekacang dalam rumah mereka pada waktu malam.

Katanya, sekiranya taburan berkenaan tersusun atau terkumpul di satu tempat, ia membuktikan kehadiran toyol berkenaan yang leka bermain dengan barangan terbabit.

“Kebiasaannya, orang ramai bingung berikutan kes kehilangan wang yang disimpan di rumah makin menjadi-jadi. Tambahan pula, jumlah wang yang hilang itu hanya bernilai kecil walaupun disimpan di tempat paling sukar dikesan.

“Cara yang paling berkesan bagi menghindari kediaman daripada gangguan syaitan mahupun iblis adalah bacaan ayat Kursi dan berdoa, “ katanya.

Sementara itu, Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot, berkata perbuatan membela iblis seperti toyol amalan orang jahiliah yang tidak bertamadun.

Dengarlah rungutan rakyat akibat kos sara hidup yang menekan

Sehingga ke hari ini rakyat terus memperkatakan darihal isu kenaikan kos hidup yang teruk melanda mereka rentetan dari kenaikan harga minyak petrol dan komoditi tempoh hari.

Sesungguhnya kehidupan rakyat disemua peringkat dari petani dan nelayan sehinggalah buruh, pekerja kilang, kerani, eksekutif, kakitangan dan pegawai kerajaan, kesemuanya terjejas hasil dari krisis ini.

Dalam ucapannya semasa membenatangkan "Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia ke Sembilan" Perdana Menteri membayangkan serisunya suasana ini sehingga menyebut bahawa kesan dari kenaikan ini dan ketidaktentuan yang disebabkan oleh faktor-faktor luaran, kerajaan menghadapi masalah melindungi rakyatnya.

Bagi mereka yang memiliki kudrat dan masa lapang mungkin pekerjaan sambilan atau perniagaan kecil-kecilan boleh diusahakan bagi menampung kelompongan akibat kenaikan kos hidup ini.

Itupun mungkin terpaksa mengorbankan apa sahaja masa yang sepatutnya terluang untuk kaum keluarga yang dikasihi.

Bagaimana agaknya warga emas, terutama mereka yang bergantung hidup atas pencen yang dibayar oleh pihak kerajaan.

Kita sebenarnya sibuk memikirkan masalah yang menimpa kita sehingga terkadang terlupa akan golongan ini.

Para pesara kerajaan yang telah berkhidmat untuk bangsa dan negara seakan terpinggir dalam negara memikirkan bagaimana mahu mengatasi kemelut yang besar lagi meruncing ini.

Jika kita yang masih gagah dan segar-bugar ini merasa tertekan akibat kenaikan kos hidup yang "menggila" ini, bagaimana agaknya mereka yang tidak ada sumber lain melainkan bergantung kepada bayaran pencen kerajaan itu.

Amalan di Malaysia adalah para pesara yang cukup tempuh akan menerima pencen bulanan kira-kira 50peratus dari gaji pokok terakhir yang diterima.

Ini bermakna sekiranya gaji pokok terakhir seseorang itu adalah RM800.00 ia akan hidup dengan pendapatan RM400 sepanjang usianya bersama isteri meniti sisa-sisa hidup masing-masing.

Naiklah harga minyak dan barangan berpuluh-puluh peratus sekalipun, sipesara tadi akan tetap hidup dalam keadaan demikian.

Akhirnya selain dari rakyat miskin yang sedia ada, para pesara kita juga nanti akan terjerumus menjadi jumlah tambahan kepada angka itu mungkin ada sebahagiannya masuk ke dalam kategori miskin tegar.

Keprihatinan pihak kerajaan dalam hal ini sangat penting, memandangkan situasi yang menimpa golongan ini.

Pilihannya kita samada membela mereka atau membiarkan mereka melarat dan sengsara.

Di sebahagian negara-negara dirantau ini kadar pencen yang dibayar jauh melebihi apa yang kita bayar, mungkin mengambil kira faktor kenaikan kos hidup dan seumpamanya.

Di Singapura dan Sri Lanka contohnya, kakitangan kerajaan yang bersara dibayar pencen 100peratus dari gaji pokok terakhir mereka, manakala di China, Korea Selatan dan Jepun mereka dibayar pada kadar 80 peratus.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa semasa membahaskan Kajian Separuh Penggal RMK9 yang dibetangkan oleh Perdana Menteri menyarankan agar pihak kerajaan menimbang semula kadar pencen ini dengan mengambil kira situasi semasa.

Jika tidak pun kadar itu dinaikkan dari 90 ke 100 peratus sekurang-kurangnya kenaikkan 60 ke 75 peratus pasti meringankan beban mereka yang berada pada kategori ini.

Ianya mungkin memerlukan belanja tambahan, tetapi dengan penangguhan beberapa projek mega yang diumumkan oleh pihak kerajaan itu dan beberapa langkah penjimatan drastik, sekurang-kurangnya penjimatan itu bolehlah disalurkan ke arah golongan yang sangat memerlukan ini.

(Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir adalah Setiausaha Akhbar Presiden PAS)_

Khamis, Julai 24, 2008

Kemahuan ambil alih kerajaan bukan kerana gila kuasa - Anwar


KUALA LUMPUR, 24 Julai (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar IBrahim berkata, kemahuan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan bukannya bertunjangkan ketamakan kekayaan dan sifat gila kuasa.

Sebaliknya Pakatan Rakyat komited untuk melaksana agenda perubahan yang menyeluruh meliputi aspek ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan politik.

"Rakyat adalah keutamaan kita. Perubahan yang kita perjuangkan adalah demi rakyat seluruhnya, melewati batas kaum dan agama.

"Beberapa hari kebelakangan, media milik Umno-BN sedaya mungkin berusaha untuk mengelirukan rakyat. Dakyah dangkal kononnya Pakatan Rakyat sedang mengalami masalah dipintal sejahat mungkin agar rakyat terpengaruh," ujar Anwar dalam satu ulasannya semalam.

Menurut Anwar, agen-agen anti perubahan ini seperti tidak belajar dari kesilapan lalu dan tidak mengerti bahawa badai besar 8 Mac ialah kemahuan yang kuat agar perubahan terlaksana.

"Tengahari tadi (23 Julai) saya randau dengan lebih 100 pengusaha muda terkemuka negara. Saya mengambil kesempatan ini untuk memperjelas Agenda Ekonomi Baru, menjawab persoalan berkaitan agenda tersebut serta gagasan perubahan Pakatan Rakyat.

"Sudah tentu persoalan pertuduhan fitnah terhadap diri saya juga dibangkitkan. Saya menegaskan, ini merupakan usaha terdesak segelintir yang tidak mengambil berat keadaan negara dan rakyat. Wacana segar terus dipupuk di kalangan mereka yang nyata optimis dengan politik baru yang didukung oleh KeADILan dan Pakatan Rakyat," tegasnya.

Keluh kesah di kalangan mereka, khususnya mengenai tahap pemberdayaan ekonomi yang lemah kini jelas menggambarkan pelaksanaan dasar yang tidak tepat kerana kepimpinan yang tidak wibawa, katanya.

Pastinya yang terus terkesan ialah rakyat yang semakin tersepit dengan kos sara hidup yang semakin meninggi, katanya.

"Biar sehebat mana fitnah diacu terhadap diri saya, namun kita perlu terus istiqamah memandang ke depan, agar rakyat terus menang di akhir persimpangan," ujarnya.

Rabu, Julai 23, 2008

Allah swt bersama mereka yang benar


Tidak ada isu yang bermain di lidah kita semua sejak lewat semalam melainkan berita yang melibatkan Penasihat PKR Dato Seri Anwar Ibrahim. Menurut laporan Pembantu Khas beliau Saiful Bukhari Azlan, 23 telah membuat laporan polis mendakwa beliau telah diliwat oleh DSAI.

Terus sahaja kes ini mengingatkan kepada kita tentang apa yang telah berlaku dan ditanggung oleh DSAI sekeluarga kira-kira 10 tahun lalu.

Sebagai seorang pemimpin yang disegani dan dihormati sudah tentulah tuduhan ini akan mendatangkan aib bukan sahaja kepada DSAI sendiri dan kaum keluarga beliau, tetapi juga turut melibatkan kawan-kawan dan mereka yang bersama berjuang dengan beliau. Sekiranya fitnah ini dirancang sebagaimana 10 tahun lalu, maka Allah sudah pasti akan melaknat mereka yang merancang dan terlibat dalam perancangannya. Kebenaran insyallah akan memihak kepada mereka yang benar.

Lantas, oleh kerana laporan polis telah dibuat, maka marilah kita sama-sama memastikan yang segala ketelusan dan keadilan dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam menyiasat kes ini. Tengahari tadi PM Dollah Badawi mengatakan yang biarlah pihak polis membuat penyiasatan, dan memang kita semua mahukan begitu dengan syarat ianya dilakukan dengan setelus dan seadil mungkin tanpa sedikit pun tekanan atau pengaruh dari mana-mana pihak terutama yang memegang kuasa sebagaimana berlaku 10 tahun lalu.

Jika laporan polis dan dakwaan yang dibuat semata-mata bertujuan membunuh karier politik DSAI, siasatan yang telus dan adil bakal membongkar segala-galanya.

Kepada pihak polis dan mereka yang bertanggungjawab, ingat, rakyat jelata sedang memerhatikan dengan penuh teliti perkembangan ini, jangan sampai keyakinan sedikit yang tinggal pada kami itu hilang langsung sehingga rakyat bangkit menuntutnya kembali.

Jenayah Rogol : Sumbang Mahram Ahli Keluarga Bapa dan Abang.

Salah siapa kah ini...?

Seorang pelajar berusia 16 tahun mendakwa menjadi mangsa sumbang mahram apabila dirogol bapa dan abang kandungnya sejak dua tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri berkata, mangsa mendakwa pertama kali dirogol abang kandungnya ketika tidur di biliknya di rumah mereka di Felda Neram 11, Kemaman pada awal 2006.

''Mangsa memberitahu kejadian itu kepada ibunya yang hanya bertindak memarahi abangnya yang berusia 21 tahun tetapi gadis tersebut terus dirogol beberapa kali selepas kejadian pertama," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau menambah, gadis itu juga mendakwa bapanya yang bekerja sebagai peneroka turut merogolnya beberapa kali sejak pertengahan 2006.

Mohd. Fauzi berkata, mangsa membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Chukai, Kemaman kira-kira pukul 5.27 petang semalam selepas sekali lagi dirogol oleh abangnya.

''Abangnya merogolnya kira-kira pukul 2 pagi semalam yang menyebabkan mangsa membuat laporan polis," katanya.

Ekoran laporan itu, katanya, bapa mangsa berusia 47 tahun dan abangnya yang bekerja sebagai buruh ditahan di rumah mereka kira-kira pukul 7.30 petang semalam.

''Mangsa turut dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan namun polis masih belum mendapat keputusan pemeriksaan tersebut," ujarnya.

Tanda kalimah "Allah" di perut katak puru


KALIMAH ALLAH ... Mohd Hafizan Mohd Hisham, 7, dari Kampung Batu 8, Jalan Alor Star-Sungai Petani menunjukkan katak puru yang mempunyai corak badan seolah-olah kalimah "Allah" di bawah perutnya di rumahnya di sini, hari ini. -foto BERNAMA


ALOR STAR: Seekor katak puru yang mempunyai tanda menyerupai kalimah "Allah" di bahagian perutnya ditemui oleh seorang pekebun di kawasan rumahnya di Kampung Batu 8 Jalan Alor Star-Sungai Petani.

Mohd Hisham Md Isa, 34, berkata beliau menyedari keanehan pada katak itu selepas isterinya, Nurul Atikah Abdullah, 35, menunjukkan haiwan itu yang selalu bersembunyi di sebalik beg poli di kebun mereka.

Katanya katak itu sering memasuki kebun dan beliau selalu membuangnya ke sebatang sungai berhampiran tetapi ia akan datang semula ke tempat yang sama di tepi beg poli itu.

Beliau berkata bentuk tulisan pada katak itu hanya disedari setelah anaknya, Mohd Hafizan, 7, mengacukan katak itu beberapa kali ke muka isterinya.

Mohd Hisham berkata beliau tidak berhasrat memberikan katak itu kepada sesiapapun dan tidak lagi mahu membuangnya.

"Sebelum ini kami sering melihat di akhbar tentang penemuan haiwan dan tumbuhan pelik tetapi yang ini berlaku depan mata kami sendiri," katanya. BERNAMA

Lelaki di tembusi besi, selamat dibedah



NEW DELHI:Seorang lelaki India berjaya diselamatkan setelah menjalani satu pembedahan yang disifatkan sebagai ajaib apabila bahagian kanan dadanya tertusuk sebatang besi berukuran 1.5 meter panjang.

Dalam kejadian semalam, besi yang berada di satu tapak pembinaan itu dilanggar oleh teksi yang dinaiki oleh Supratim Dutta, 23 tahun.

Besi yang mempunyai ukuran lebar 60 sentimeter itu terus menembusi bahagian enjin hadapan, bahagian papan pemuka kereta dan terus menembusi dada Dutta yang ketika itu duduk di bahagian penumpang hadapan.

Walaupun cedera parah, Dutta masih berada dalam keadaan sedar dan terus menelefon keluarga dan rakan memberitahu kemalangan yang menimpa beliau.

Beliau bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga hampir sejam sebelum dibawa ke hospital.

Times of India melaporkan, pembedahan yang memakan masa selama tiga jam itu berjaya mengeluarkan besi seberat enam kilogram yang turut menembusi organ hati, perut, limpa dan paru-paru kiri Dutta.

Bahagian diafragma lelaki itu juga terbelah dua sehingga menyebabkan ada tulang rusuk yang patah.

“Mujur besi itu tidak mengenai jantung Dutta. Sepanjang saya berkhidmat selama 35 tahun di sini, ini adalah pertama kali saya temui kes seperti ini,” kata doktor yang merawat Dutta, M.C. Misra.

Pembedahan yang dijalankan di All India Institut of Medical Sciences itu dikatakan begitu sukar kerana usaha mengeluarkan batang besi mengambil masa yang panjang, sedangkan dalam masa yang sama Dutta mengalami pelbagai kecederaan dalaman.

“Akhirnya tiga tulang rusuk Dutta terpaksa dipotong bagi membolehkan besi itu dikeluarkan.

”Mujur dia selamat dan berada dalam keadaan stabil, namun sebarang infeksi yang berlaku selepas pembedahan akan membahayakan nyawanya,” kata Misra.

Tokoh-tokoh Islam Di Seluruh Dunia Sokong Anwar

Khamis, 17 Julai 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional
BEBERAPA tokoh Islam di seluruh dunia menyatakan sokongan mereka secara terbuka terhadap Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim di samping melahirkan rasa bimbang mereka terhadap perkembangan terkini dan keselamatan Anwar. Dalam satu surat terbuka ditandatangani tokoh-tokoh berkenaan dari merata pelusuk dunia mengenai Anwar yang dipaparkan di dalam laman Web Islamica Magazine (www.islamicamagazine.com), mereka juga menggesa pihak berkuasa negara ini supaya menyelesaikan isu berkaitan dengan telus, pantas dan adil bagi memastikan keselamatan, dan kebebasan Anwar terpelihara.

Antara tokoh-tokoh berkenaan termasuk Dr. Yusuf Islam (Komposer, ahli dermawan dan pengerusi Islamia Schools Trust, London, UK) dan Dr. Jamal Barzinji ( Timbalan presiden , International Institute of Islamic Thought, AS)

Selasa, Julai 22, 2008

Ceramah Di Seri Gading Johor Darul Takzim


Siri Jelajah “Menuju Harapan Baru” membawa saya ke Sri Gading, Johor semalam. Mesej saya konsisten: Perubahan harus terus mara dan jangan berhenti!

Kita sudah menerangkan betapa tambahan RM 5 bilion ke atas subsidi yang sedia ada pasti dapat mengurangkan harga minyak sebanyak 50 sen. Mekanisme untuk tujuan itu sudah saya terangkan semasa debat tempoh hari dan juga dalam ceramah sebelum ini.

Antara pra-syarat untuk perolehan RM 5 bilion ialah dengan memastikan tidak wujud lagi ketirisan dan korupsi dalam pelaksanaan projek-projek kerajaan. Selain itu ketelusan, kebertanggungjawaban dan keadilan haruslah menjadi agenda utama.

Pemerintah seperti tidak komited dengan agenda ini. Paparan berita dalam media milik Umno-BN hanyalah sekadar laungan kosmetik. Yang ditangkap dan dihukum hanyalah ikan bilis sedangkan ikan jerung yang merampok dibiarkan bebas.

Saya turut menyentuh isu-isu terkini berkaitan fitnah liwat serta keengganan saya pada ketika ini untuk tidak memberi sampel DNA kepada pihak polis. Alasan bahawa DNA saya sudah terlalu lama ternyata mengelirukan dan jelas dangkal walhal mengikut pakar-pakar perubatan, data DNA boleh bertahan untuk jangka waktu yang cukup lama.

Saya mengerti nasihat ulamak, para peguam serta pakar perubatan agar saya tidak menyerahkan sampel DNA. Ini menguatkan keyakinan kemungkinan pemalsuan bukti-bukti sepertimana yang berlaku pada tahun 1998 akan berulang. Langkah berjaga-jaga perlu terutamanya ketika berpencak melawan musuh yang licik lagi zalim ini!

Ditenun kain dengan kapas,
Bermacam-macam warna ragi,
Perahu lilin layar kertas,
Berani kulanggar lautan api.

ANWAR IBRAHIM

Kelakuan tidak senonoh oleh Ahli Parlimen BN

Ini kah etika seorang pemimpin yang di pilih rakyat, sedarlah wahai wakil-wakil rakyat sekelian (orang-orang BN) bahawasanya anda telah merobek dengan kelakuan seperti kebudak-budakan di dalam dewan rakyat yang mulia itu. Kalau inilah tingkah laku AP apatah lagi kalau hendak mendengar keluhan rakyat kebanyakan.

Isnin, Julai 21, 2008

Pertemuan Pemimpin Pas dan UMNO : Jangan Babitkan Parti - TG. Nik Aziz


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin kanan parti, yang membuat pertemuan dengan pemimpin Umno, hanya boleh mengadakan pertemuan membabitkan perbincangan peribadi dan bukannya membabitkan isu politik kedua-dua parti.

Namun Menteri Besar Kelantan itu menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan pemimpin Umno untuk membincangkan isu agama atas kapasiti peribadi tetapi tidak atas nama parti.


Nik Abdul Aziz menyatakan pendiriannya bahawa beliau hanya boleh menerima jika pemimpin Pas bertemu dengan pemimpin Umno atas urusan peribadi seperti menyentuh isu agama yang memberi manfaat dalam membaiki sahsiah diri.

Beliau menolak sebarang tindakan bagi pihak pemimpin Pas untuk mengadakan pertemuan dengan Umno bagi membincangkan isu parti.

“Kalau nak jumpa jangan jumpa dengan parti. Bagi saya untuk mengadakan pertemuan antara individu dan individu, saya setuju,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini bahawa pertemuan bersama Pas sebenarnya telah diadakan sebanyak tiga kali dengan membincangkan beberapa isu yang berkait rapat dengan keagamaan.

Nik Aziz berkata beliau sendiri tidak tahu mengenai pertemuan tiga kali itu namun beliau pernah dimaklumkan sememangnya pernah wujud pertemuan antara Umno dan Pas tetapi lebih kepada isu agama dan peribadi.

Beliau berkata, pertemuan antara parti dengan parti atau antara Umno dan Pas tidak perlu diadakan kerana sudah terbukti dengan perjanjian yang dibuat pada tahun 70-an, ketika era Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein, Pas telah ditendang daripada parti gabungan.

“Jadi bagi saya untuk mengadakan pertemuan antara individu dengan individu saya setuju, dapat menyampaikan Islam secara langsung kepada individu terbabit,” katanya.

Mengenai muzakarah yang disarankan beliau, Nik Aziz berkata perlu ada orang ketiga sebagai Hakkam yang mengadilkan pertemuan itu sebagaimana perbincangan antara dua negara berjiran perlukan kepada negara ketiga.

“Kalau di peringkat dunia berbalah dan perbincangan yang hendak diadakan perlu pihak ketiga, PPB (Pertubuhan Bangsa-Bersatu)lah yang terbaik,” katanya.

Beliau tidak berminat untuk mengadakan pertemuan dengan nama parti dan sedia menerima pemimpin Umno yang mahu berbincang mengenai isu agama untuk kebaikan semua. - Bernama

Ahad, Julai 20, 2008

Ceramah Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kg. Razali Pahang


Tahniah rakyat Pahang! Ribuan rakyat berhimpun di Kampung Razali untuk mendengar penjelasan saya berhubung isu-isu terkini. Intipati ucapan saya jelas, kes pertuduhan fitnah terhadap diri saya tidak akan menggelincirkan perjalanan Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Saya juga menerangkan kepada rakyat adalah tidak mustahil untuk menurunkan harga minyak sekaligus mengurangkan beban yang ditanggung. Kerajaan Pakatan Rakyat komited untuk membawa perubahan, membaiki bukan sahaja keadaan ekonomi malah berusaha melonjak kembali mutu pendidikan negara serta memastikan polis dan jabatan peguam negara kembali dihormati.

Lucu bila mendengar kenyataan bapak-bapak menteri yang mempersoalkan motif saya untuk tidak mahu memberi sampel DNA kepada polis. Sebenarnya sudah 6 kali sampel diambil dari saya sepanjang saya dipenjara! Untuk apa perlu diberi lagi? Alasan bahawa ia sudah lama ternyata mengelirukan, satu sampel sahaja sudah cukup kerana ia boleh digunakan walau untuk 2000 tahun lagi!

Saya tidak takut untuk memberikan sampel DNA saya. Akan tetapi bersihkan dahulu elemen-elemen yang merosakkan dalam polis dan agensi keselamatan lainnya! Jangan tahan orang tanpa bicara! Jangan menyuruh pegawai untuk berbohong bagi pihak kamu wahai bapak menteri! Yang takut bukan saya nampaknya tapi bapak-bapak menteri yang entah bila akan kehilangan kuasa. Dunia sedang menyaksikan komedi gelap bagaimana aparat-aparat pemerintah sanggup untuk memalsukan bukti demi memastikan segelintir terus memerintah.

Kenyataan Dr. Mohd Asri Mufti Negeri Perlis berhubung pertemuan antara Pas dan Umno


Saya menyeru umat Islam berdoa kepada Allah agar berlakunya pertemuan antara UMNO dan PAS dalam keadaan yang harmoni dan mendatangkan kebaikan untuk rakyat umumnya dan umat Islam khususnya. Pertemuan itu diharapkan bukan atas kepentingan mana-mana parti, sebaliknya di atas kemaslahatan umat. Anggaplah itu tanggungjawab menjaga ukhuwwah, dakwah dan menjaga maslahah ummah.

Jika mereka sebelum ini boleh bertemu dengan pihak-pihak yang jauh segi akidah dan prinsip dari parti mereka, mengapa pula tidak boleh untuk mereka duduk semeja dengan saudara muslim mereka. Walaupun masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza dalam beberapa perkara, namun mereka menganut agama yang sama. Semoga Allah memberikan pahala yang besar kepada Presiden PAS DS TN Abdul Hadi Awang atas hasratnya itu. Juga semoga Allah memberikan balasan kebaikan kepada PM DS Abdullah Ahmad Badawi yang memberikan respons yang baik.

Firman Allah: (maksudnya) “Tiada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau menyuruh berbuat kebaikan, atau menyuruh perdamaian antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar” (Surah al-Nisa’: ayat 114). Tiada siapa yang membenci hasrat ini, melainkan mereka yang membenci kebaikan untuk umat dan negara.

Saya yakin, pertemuan itu bukan untuk meleburkan identiti politik mereka, sebaliknya mungkin hasrat atau idealisme politik masing-masing dapat dilaksanakan secara selaras dan matang. Memang sukar untuk mana-mana pihak pun dalam dunia ini mencapai keseluruhan idealisme perjuangannya. Tetapi bak kata kaedah: “Apa yang kita tidak capai kesemuanya, jangan pulak ditinggalkan keseluruhannya”. Ertinya, jika tidak dapat mencapai tahap seratus peratus pun, janganlah pula sedikit sebanyak yang mampu diperolehi ditinggalkan.

Sikap ingin bertemu antara satu sama lain dalam suasana yang lebih harmoni itu adalah lambang kematangan politik kedua parti tersebut. Nabi s.a.w bersabda: “Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada puasa dan solat ? Jawab para sahabah: Bahkan. Sabda baginda: “Mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur (mencukur agama)” (.Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).

Pertemuan itu saya percaya, bukan untuk mengungkit kisah silam, tetapi untuk membuka lembaran baru yang lebih menjamin kebaikan untuk umat dan negara. Kita ingin melihat mereka duduk dengan penuh kasih sayang dan ukhuwwah. Marilah kita semua berdoa agar hasrat tersebut dapat direalisasikan. Saya percaya, pada hari impian itu terlaksana, mereka yang ikhlas akan mengalirkan airmata kesyukuran yang tidak terhingga.

Alhamdulillah, Debat berjalan lancar dan meninggalkan satu cabaran buat semua.


By Anwar Ibrahim

Saya ucap syabas kepada Agenda Daily kerana berjaya menganjurkan debat hari ini, juga sekalung penghargaan buat saudara Datuk Johan Jaafar selaku moderator serta Datuk Ahmad Shabery Cheek. Tidak lupa juga ucapan tahniah buat pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana kesediaan menyediakan ruang untuk perdebatan tadi.

Saya terkejut tatkala tiba di bangunan DBP kerana terdapat polis dan pasukan pencegah rusuhan. Saya sedikit hiba melihat mereka terpaksa bertugas sehingga lewat malam demi menutup pembohongan yang dicipta oleh para penguasa yang rakus dan tamak.

Debat tetap berlangsung pada ketika saya mungkin ditahan oleh pihak polis bila-bila masa sahaja. Sudah tentu saya merasakan tekanan yang berat akan tetapi ini adalah peluang terbaik bagi saya untuk menyampaikan mesej kepada rakyat Malaysia bahawa adalah tidak mustahil untuk menurunkan harga minyak!

Mekanisme yang kita tawarkan ternyata bukanlah satu yang mustahil sebenarnya:

1. Untuk menurunkan harga petrol sebanyak 50 sen kita hanya memerlukan tambahan RM5 bilion sahaja keatas subsidi yang telahpun diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini.


2. Kita mempunyai maklumat bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai “excess capacity” yang melebihi 1000 MW. Ini adalah bekalan simpanan yang tidak digunakan. Ia boleh kita turunkan dan akan menjimatkan kos kepada TNB dan juga mengurangkan penggunaan bahan bakar untuk menjana elektrik. Penjimatan kos TNB ini memungkinkan kita menyemak kembali tarif elektrik. Pengurangan penggunaan bahan bakar pula membolehkan kita menyalurkan subsidi bahan bakar yang diperuntukkan untuk syarikat penjana kuasa bebas (IPP) bagi menjana tenaga elektrik kepada subsidi minyak untuk rakyat jelata.

3. Pembanterasan korupsi dan rasuah juga memastikan tiada lagi ketirisan berlaku. (Morgan Stanley menunjukkan RM330 bilion (USD90 bilion) telah lesap kerana amalan rasuah yang berleluasa.

Pendirian Pakatan Rakyat adalah jelas iaitu sebuah kerajaan yang bertanggungjawab adalah sebuah kerajaan yang cuba sedaya upaya untuk meringankan beban rakyat seluruhnya. Negara kita berhadapan dengan kadar inflasi yang tinggi akibat kenaikan harga minyak secara mendadak. Ini menyebabkan pertumbuhan ekonomi merencat sekaligus menyusahkan rakyat kerana harga barang seperti gula, tepung, minyak masak dan beras naik.

Oleh itu kita berpendapat sangat penting untuk menurunkan harga minyak agar tidak membebankan rakyat terbanyak. Pendirian kita jelas iaitu korupsi harus diperangi, ketelusan harus menjadi amalan dan ketirisan wajib segera dibaiki!

Rabu, Julai 16, 2008

Debat : Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak

Ditulis oleh : Rashid

Siaran langsung debat antara Dato’ Ahmad Shabery Cheek – Menteri Penerangan dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim – Ketua umum parti Keadilan yang diadakan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 16hb Julai 2008 dan disiarkan secara langsung di TV9 pada jam 9.00 malam yang di pengerusikan oleh Dato’ Johan Jaafar. Debat pada malam tadi di tonton oleh jutaan rakyat di seluruh pelosok tanahair yang sentiasa menantikan penangan penghujahan Dato’ Seri yang julung kalinya diadakan dan di beri peluang untuk berdebat secara langsung dikaca television. Di Astro Awani juga diadakan diskusi debat antara Dato’ Ahmad Shabery Cheek dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim iaitu selepas berakhirnya debat itu.

Apa yang dirancang dan dianjurkan oleh Agendadaily telah berlansung dan berakhir dalam keadaan yang amat baik, teratur dan beradab walaupun Dato’ Ahmad Shabery Cheek sering kali menyerang secara peribadi keatas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan flashack yang out dated. Pada pandangan saya debat pada malam tadi lebih di monopoli oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang begitu bersemangat dan membuat persediaan yang rapi dalam bentuk fakta dan dari segi releven hujah-hujah yang diberikan dan bukan sebagai retorik semata-mata, ini kerana penghujahan yang diberikan oleh Dato’ Ahmad Shabery Cheek lebih banyak kepada perbandingan harga antara Negara pengeluar minyak seperti Venuzula, Iran dan lain-lain Negara. Dan menjadi satu kebiasaan mana-mana pendebat dari pihak kerajaan termasuklah beliau sendiri lebih banyak mempertahankan dasar kerajaan dalam menaikan atau pengstrukturan semula harga minyak di atas dasar global.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim lebih banyak menyuarakan pandangan khusus untuk mengatasi serta mengurangkan bebanan rakyat daripada inflasi yang tinggi. Menyentuh kesusahan rakyat termiskin, nelayan yang mana insentif minyak sebagai bahan bakar utama untuk tujuan penangkapan dan sector awam yang berpendapatan rendah serta bagaimana mengatasi ketirisan dan kebocoran didalam pengurusan dan urus tadbir serta aliran wang petronas yang sentiasa disalurkan kepada pihak-pihak yang berkepentingan dan politikus yang begitu rakus menggunakan wang petronas dengan menukarkan jenama royalty kepada wang ehsan dan kini kembali ke jenama asal setelah UMNO kembali menerajui negeri telaga minyak itu.

Saya sedar bahawa saya memang tidak layak secara langsung atau tidak langsung untuk mengulas lebih panjang dalam apa yang diperkatakan oleh ahli-ahli panel yang hebat dalam debat pada malam itu, tetapi sebagai rakyat yang sama-sama turut merasai kepahitan, kesengsaraan dan tekanan dengan kenaikan berantai yang mana ini mungkin tidak dirasai langsung oleh pak-pak menteri sama ada dipihak atasan mahupun bawahan yang senantiasa mendapat faedah dan kemudahan sebagai menteri dan ahli dewan Rakyat, dan atas ketentuan itu saya turut terpanggil untuk menggerakkan tarian panel ini bagi meluahkan perasaan saya terhadap apa yang dibincang dan diperkatakan oleh Ahli-ahli panel untuk menentukan hala tuju minyak Negara seterusnya perkongsian bijak yang diamalkan bagi mangatasi kebejatan ekonomi Negara dan seterusnya rakyat mendapat faedah dan manfaatnya daripada apa yang di perbincangkan.

Disini suka saya mengingatkan kepada Dato’ Ahmad Shabery Cheek bahkan mana-mana pihak yang mendapat tawaran atau undangan berdebat mengenai isu-isu semasa di kaca TV atau di mana-mana gelanggan sekalipun, jangan mengamalkan seperti mana Dato’ Ahmad Shabery Cheek mempertaruhkan jawatannya jika ia kalah dalam perdebatan itu. Ini adalah satu omongan yang tidak boleh diterima pakai oleh seorang yang bertaraf menteri. Ini kerana perdebatan yang telah diadakan semata-mata untuk mencari fomula serta meletakan satu titik noktah bagi mengatasi masalah kenaikan global, bukan untuk menentukan siapa menang dan siapa kalah dan siapa yang mendapat tepukan dan kurang mendapat tepukan, itu bukan persoalan nya, yang penting adalah maklumat yang hendak disampaikan terus kepada rakyat supaya rakyat faham akan maksud dan tujuan Pakatan Rakyat betapa perlunya PK ini menerajui Negara.

Saya juga rasa terharu dan menyentuh perasaan apabila Dato’ Seri Anwar berjaya membuat smash out terhadap persoalan-persoalan yang ditimbulkan dengan penghujahan yang sebegitu tersusun dan teratur apatah lagi ungkapan-ungkapan yang begitu lemah lembut dan tidak menyentuh soal peribadi apatah lagi mensasarkan kisah atau ungkitan yang sepatutnya tidak berlaku dan tidak releven dengan tajuk debat. Apapun saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dato’ Seri anwar diatas kehadiran dan saya kira ini adalah yang pertama kalinya Dato’ Seri Anwar diberi ruang beraksi dipentas debat setelah hampir 10 tahun dinafikan haknya. Malah saya berasa kagum kepandaian Dato’ Seri mengguna ruang dan masa yang diberikan bagi menyatakan hasrat yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat apabila dapat menerajui Malaysia tanpa melayan serangan peribadi bertubu-tubi oleh Dato’ Shabery Cheek.

http://makchilikemaman.blogspot.com


Isnin, Julai 14, 2008

Arak dan Judi masih wujud di Negeri Pakatan Rakyat


Letih makan angin di Langkawi belum hilang. Naik bas Trans Nasional yang entah keluaran tahun berapa menguji kesabaran. Nasib baiklah lawatan ini ditaja oleh bos.

Sudah agak lama saya tidak melancong dengan keluarga. Isteri memang lama merengek-rengek ajak berjalan jauh. Peluang ke Langkawi tidak dilepaskan walaupun sebelumnya kami tempah chalet di Sudara Beach Resort. Nasib sempat dibatalkan. Anak-anak tumpang gembira walaupun mereka tak tahu di mana itu Langkawi. Ahmad Al Masih pun tahu sebut kawi kawi. Hak mana tak dengar kata tak leh gi Langkawi. Habis semua ikut kata umi dia.

Apa perubahan yang boleh dilihat di Langkawi setelah beberapa tahaun lalu saya ke sana.Tidak ada perubahan besar. Dulu saya naik flight ke sana, kali ini naik feri di Kuala Perlis. Nasib baik feri ferinya besar, bimbang saya sejak akhir-akhir ini boleh mabuk kalau dilambung-lambung.

Premis jual arak masih banyak. Paling sedih bila lihat juru jualnya anak-anak Melayu. Ketika masuk sebuah kedai budak perempuan bertudung sedang melayan pelanggan cina yang mencari wiski. Inilah bahana apabila anak bangsa melayu muslim kita dirosakkan sejak berzaman dengan pemikiran sekular yang masih dipertahankan oleh orang kita.

Siapa lagi kalau tidak Umno dan Barisan Nasional. Mereka seperti tidak pernah mendengar hadis bahawa semua yang terlibat dengan najis arak adalah berdosa. Tak kira jadi peminum ke, pembekal ke, chaser ke, jaga ke…

Soalnya kenapa kerajaan baru Kedah yang diterajui oleh PAS hari ini tidak mengambil langkah drastik mengekang penjualan terbuka arak sebagaimana yang dibuat oleh Kelantan. Bukankah apabila turun sahaja ayat pengharaman arak, Sahabat Nabi tidak tunggu hingga habis stok! Diriwayatkan para Sahabat mempunyai simpanan arak yang banyak dalam tempayan-tempayan besar mereka. Alkisah ada seoarng sahabat yang minum arak, kemudian ke masjid. Tentu sahaja dalam keadaan separuh sedar bacaannya entah ke mana. Justeru Allah Taala menurunkan firmannya yang bermafhum : Mereka bertanya kamu (wahai Muhammad) arak dan judi. Katakan keduanya dosa besar, ia ada manafaat pada manusia dan dosa keduanya adalah lebih besar daripada manafaat keduanya.

Dalam konteks pengharaman judi dan arak dalam negeri-negeri Pakatan Rakyat kita perlu juga melihat dari aspek politik, sosio budaya masyarakat setempat. Mengambil contoh Selangor sebuah negeri yang dikatakan paling maju dalam Malaysia. Di situlah tersergamnya kilang arak terbesar. Dan ia masih di situ, beroperasi seperti sebelumnya.

Hakikatnya kita perlu akur bahawa budaya masyarakat Selangor tidak sama dengan budaya orang Kelantan. Kita pasti sekiranya Tok Guru tidak mengambil langkah awal mengekang arak dan judi, rakyat Kelantan akan bangkit. Antara arahan awal yang dikeluarkan “ saya tidak mahu lihat kedai judi dalam bandar Kota Bharu” Lalu para pegawai menyebut bahawa kuasa lesen judi adalah kuasa pusat. Tok guru beri penegasan bahawa belah mana pun dia tidak mahu ada kedai judi di KB.

Pegawai mengadakan mesyuarat. Dengan ilham Allah, pihak berkuasa tempatan mempunyai kuasa untuk tidak membenarkan premis untuk tujuan judi. Walhasil TOTO, Loteri dan seumpamanya tidak wujud lagi dalam Kota Bharu Bandaraya Islam.

Tetapi di negeri lain budaya masyarakatnya berbeza. Langkah yang terlalu drastik mungkin tidak menuntungkan dari segi politik. Tetapi sesekali menembak seperti yang dilakukan oleh pemuda Selangor tidak sepatutnya dilihat tindakan yang melampau dan ekstrem. Mereka pemuda Islam yang punya tanggungjawab terhadap agama dan parti mereka. Kalau diam dan lihat sahaja segala kemungkaran di hadapan mata suatu yang tak kena juga.

Apapun kita serahkanlah segala kebijaksanaan pimpinan. Kalau jelas ia bertentangan dengan dasar maka kita tegurlah secara berhikmah. Tetapi sekiranya ia hanya suatu prinsip, pendekatan dan strategi akurlah setakat yang kita boleh akur. Selebihnya baiklah kita diam daripada menembak tak tentu hala yang akhirnya tidak menguntungkan jemaah juga.

Sabtu, Julai 12, 2008

Tok Guru Nik Abdul Aziz - MB Kelantan



Inilah kehidupan seharian Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan
Bahagian 1

Bahagian 2

Bahagian 3

Bahagian 4

Bahagian 5

Bahagian 6


Rakam kejadian rogol bergilir-gilir

Kejadian ini sudah lama berlalu, tetapi sebagai peringatan kita harus lah berhati-hati dan berwaspada selalu.
Kejam apabila seorang eksekutif bank bukan setakat dirogol bergilir-gilir, malah penjenayah turut merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 pagi, penjenayah dipercayai warga asing merogol mangsa bergilir-gilir dalam sebuah kereta sambil perbuatan itu dirakam.
Selepas dirogol, mangsa yang berada dalam keadaan bogel ditinggalkan tidak bermaya di situ sebelum diselamatkan orang ramai.
Wanita terbabit sebelum itu disamun dan diculik ketika berkunjung ke rumah ibunya di SS2, Petaling Jaya sebelum dilarikan dengan menaiki kereta ke lokasi kejadian.
Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa dan suami ke rumah ibunya di Petaling Jaya menaiki kereta.
“Sebaik tiba di depan rumah ibunya, Honda Civic dinaiki tiga lelaki dan seorang wanita berhenti berhampiran mangsa.
“Suspek yang bersenjatakan tukul besi dan pisau meluru ke arah pasangan suami isteri itu dan mengarahkannya menyerahkan barang berharga,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, mangsa yang bimbang dicederakan kemudian menyerahkan wang tunai RM4,000 kepada penjenayah itu.
Menurutnya, selepas mendapatkan wang tunai, penjenayah menarik wanita itu masuk ke dalam kereta dan melarikannya.
“Mangsa dibawa ke Batu 18, Hulu Langat dan dirogol dua penjenayah dalam kenderaan di tepi jalan.
“Suspek didakwa merakam perbuatan rogol itu menggunakan kamera telefon bimbit,” katanya.
Selepas dirogol, mangsa ditinggalkan di tepi jalan dan diselamatkan orang awam yang kebetulan melalui tempat kejadian.
Herman - Harap penjenayah nie ditangkap segera. Berita sebegini memang menakutkan apatah lagi mangsa dilarikan dihadapan mata suami sendiri. Sekarang rakyat kita tidak selamat walaupun keluar rumah pada waktu siang bersama suami atau keluarga sendiri.

Perihal Melayu dan lagu Warisan

Melihat kolum Anak Kecil Main Api di laman Harakahdaily mengimbas kembali kenangan penulis semasa zaman persekolahan dahulu.

Penulis merujuk kepada baris pertama sebuah lagu patriotik Melayu bertajuk Warisan.
Semasa belajar di Maktab Rendah Sain MARA (MRSM) dahulu, lagu Warisan inilah yang kami nyanyikan pada setiap kali perhimpunan pelajar.

Lagu yang dinyanyikan dengan penuh syahdu ini khusus menaikkan semangat "Melayu" di kalangan para pelajar.

Lagu ini juga dinyanyikan semasa kursus Biro Tata Negara (BTN) atau di majlis-majlis anjuran Umno.

Cumanya, lirik yang kami nyanyikan dulu dengan versi sekarang adalah sedikit berbeza.

Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Air Mata Darah Mengalir Keringat
Bumi milik diancam orang (kini dinyanyikan Bumi Dipijak milik orang)

Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman...

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa Depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi sudah hilang (kini dinyanyikan Dah Hilang...)

Kita rumpun bangsa Melayu
Menganut Agama Yang Suci
Semangat Bangsa Berlandaskan Islam
Teras capai kemerdekaan

Dari masa hingga masa
Petualang menghancurkan Bangsa
Alatkan Agama Demi Peribadi
Pupus kita di bumi Ilahi

(Dua rangkap di atas tidak dinyanyikan lagi kini)

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa (kini dinyayikan Maha Perkasa)
Janganlah Terlalai Teruskan Usaha
Melayu kan gagah di Nusantara

Jika dihayati lirik lagu ini nescaya kita akan tersentuh dengan mesej yang terkandung di dalamnya khususnya bagi nasib bangsa Melayu.

Semasa belajar dulu selain dari dimanglikan dengan lagu ini, banyak juga program kesedaran seperti Bina Insan hatta program BTN sendiri yang penulis hadiri.

Masa itu, penulis mungkin tak berapa mengambil kisah sangat bab-bab semangat Melayu ni, tapi sejak melangkah ke alam dewasa barulah penulis tersentuh juga untuk mengambil tahu nasib Melayu di negara ini.

Era Mufti Selangor dipecat, kes Ustaz Kamal Ashaari serta Reformasi 1998 membangkitkan semangat baru dalam diri penulis sehingga melibatkan diri dalam jemaah PAS sendiri. Bermula dari "suka-suka ikut orang" sampailah menjadi aktivis parti dan kini sebagai wartawan akhbar lidah rasmi parti, pemikiran semakin terbuka dan dewasa ke arah merenung pula nasib Islam itu sendiri di tanahair.

Kelmarin penulis mencari lagu ini di dalam You Tube :



Terkejut juga bila terjumpa klip lagu Warisan ini yang dibuat khas apabila Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tiga buah negeri di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Klip video ini dimasukkan ke You Tube pada tarikh 14 April lalu iaitu selepas lebih sebulan "tsunami politik" melanda negara ini dengan menyaksikan 5 buah negeri berjaya dikuasai Pakatan Rakyat.

Sama seperti ucapan-ucapan atau tulisan lain yang menyatakan "Ketuanan Melayu" sudah tercabar apabila Pulau Pinang dikuasai oleh DAP.

Lantas teringat semula kenyataan atau ucapan pemimpin-pemimpin berkaitan hal ini.

Kenapakah digegerkan sangat bila DAP berkuasa? Apakah Pulau Pinang sebelum ini diperintah oleh parti Melayu? Adakah Gerakan/MCA itu parti Melayu?

Dalam klip video tersebut dipersoalkan "Apakah Nasib Orang Melayu Nanti?", "Melayu Hilang Kuasa?", "Islam Jadi Lemah?" bila DAP memerintah.

Juga dimuatkan gambar pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dengan kata-kata "Pakatan mereka melemahkan kuasa orang Melayu", "DAP menjadi semakin berkuasa".

Ahh.. Selama ini siapa yang berkuasa sebagai parti tunjang pemerintah? Jawabnya mudah, Umno (nama singkatan Inggeris) atau Parti Kebangsaan Melayu bersatu.

Apa yang dah dibuat Umno? Ke mana perginya biasiswa untuk pelajar? Apa dah jadi dengan tanah rizab Melayu? Ke manakah terperosoknya tulisan Jawi? Apa dah jadi dengan Islam di negara ini?

Bukankah mereka yang memerintah sejak merdeka? Bukankah mereka yang menggubal undang-undang? Bukankah mereka yang menolak perlaksanaan syariat Islam?


Lagu Warisan ini ditulis pada tahun 1980-an tatkala umat Melayu sudah lama menjadi 'bangsat' di negara sendiri. Lantas ianya didendangkan bagi membangkitkan kesedaran tentang nasib bangsa yang dulunya kaya-raya tapi sudah tergadai harta benda.

Penulis teringat lagi, lagu yang kami nyanyikan lewat belasan tahun yang lalu ini begitu syahdu hatta pada baris terakhir Melayukan Gagah di Nusantara yang diulang sebanyak tiga kali.

Begitu mendayu pada masa itu sehinggakan me"layu"kan pendengarnya. Akhirnya diubah (kalau tak silap pada tahun 1989 semasa penulis di tingkatan 5) dengan sekali sahaja dengan nada yang lebih gagah.

Apakah Melayu akan gagah semula di Nusantara? Bagaimana pula dengan Islam yang suatu masa dulu agama yang gagah di Nusantara?

Jumaat, Julai 11, 2008

Apakah yang di maksudkan dengan Mubahalah..?

Soalan; Apakah dia mubahalah? Pernahkan ianya dilaksanakan di zaman Rasulullah s.a.w?
Jawapan;Al-Mubahalah bermaksud al-Mula’anah (saling melaknat), iaitu dua pihak yang bertelagah masing-masing berdoa kepada Allah dengan sungguh-sungguh agar Allah menurunkan laknat ke atas pihak yang berbohong atau berdusta di antara mereka berdua.
Contoh Mubahalah ialah dengan masing-masing berdoa; “Ya Allah! Laknatkanlah orang yang berdusta di antara kami berdua dalam masalah antara kami ini”.Pensyari’atan Mubahalah disebut di dalam ayat Allah; “Sesiapa membantahmu dalam hal itu (wahai Muhammad) selepas datang kepadamu ilmu, maka katakanlah kepadanya; ‘Marilah! kita ajak anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, kami sendiri dan kamu juga, kemudian kita bermubahalah (yakni saling berdoa bersungguh-sunguh) agar Allah menimpakan laknatNya ke atas orang-orang berdusta” (Ali Imran; 61).
Menurut ulamak Tafsir; sebab turun ayat di atas dan ayat-ayat sebelumnya dari awal surah Ali Imran ialah rombongan orang-orang Nasrani dari Najran yang datang ke Madinah, lalu berhujjah dengan Nabi s.a.w. tentang Nabi Isa a.s. di mana mereka mendakwa beliau adalah jelmaan Tuhan atau anak Tuhan. Lalu hujjah-hujjah mereka dipatahkan oleh Nabi s.a.w. dengan mengemukakan penjelasan Allah tentang Nabi Isa a.s. dalam surah Ali Imran, antaranya firman Allah (bermaksud); “Sesungguhnya perumpamaan (penciptaan) Isa bagi Allah sama seperti penciptaan Adam. Dia menciptakannya dari tanah, kemudian Dia berkata kepadanya; ‘Jadilah’, maka ia pun jadi” (Ali Imran; 59). Walaupun telah dibentangkan hujjah-hujjah yang kukuh, mereka tetap berkeras dengan kepercayaan mereka. Akhirnya, Allah menurunkan ayat memerintahkan Nabi Muhammad mengajak mereka bermubahalah iaitu dengan firmanNya di atas (yakni ayat 61 dari surah Ali Imran di atas). Tatkala diajak untuk bermubahalah oleh Nabi s.a.w., mereka meminta tangguh beberapa hari untuk bermesyuarat sesama mereka. Di kalangan mereka ada seorang alim Nasrani bernama ‘Abdul-Masih. Mereka bertanya pandangannya. Ia menjawab; “Demi Allah, wahai kaum Nasrani. Kamu sekelian mengetahui bahawa Muhammad itu memang benar seorang Nabi yang diutuskan. Ia datang kepada kamu dengan membawa kata pemutus bagi urusan sahabat kamu (yakni Isa a.s.). Kamu juga mengetahui bahawa tidak ada kaum yang melaknat Nabi mereka melainkan Allah akan memusnahkan mereka hingga ke akar umbi sama ada yang dewasa atau yang masih kecil…”. Akhirnya mereka menolak untuk bermubahalah dan memilih untuk berdamai dengan Nabi dan membayar jizyah. (Rujuk kisah ini dalam Tafsir Ibnu Kathir).
Dari ayat di atas disimpulkan bahawa harus berhujjah untuk menegakkan urusan agama, dan sesiapa menentang dan menolak sesuatu dari Syari’at harus kita bermubahalah dengannya sebagaimana mengikuti perintah Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.. (Tafsir al-Qasimi).Menurut Imam Ibnul-Qayyim dalam Zadul-Ma’ad; Menjadi Sunnah dalam perdebatan dengan golongan kebatilan apabila telah ditegakkan hujjah Allah terhadap mereka, lalu mereka masih enggan kembali (kepada kebenaran) sebaliknya tetap berdegil untuk menentang (kebenaran), hendaklah mereka diajak untuk bermubahalah. Mubahalah itu telah diperintahkan Allah kepada NabiNya dan Allah tidak berkata; “Mubahalah itu khusus untuk kamu sahaja, tidak harus bagi umat kamu”. (Zadul-Ma’ad, 3/643)Ada di kalangan ulamak menegaskan; tidak harus bermubahalah melainkan dalam urusan yang penting – mengikut Syarak- yang berlaku padanya kesamaran dan pertentangan yang sukar diselesaikan kecual dengan bermubahalah.
Disyaratkan terlebih dahulu bagi urusan itu ditegakkan hujjah, dilakukan usaha untuk menghilangkan kekeliruan serta diberikan nasihat dan ancaman (kepada orang yang terlibat). Apabila segalanya tidak mendatangkan manfaat, maka barulah digunakan mubahalah sebagai cara terakhir yang terpaksa dilakukan (yakni darurat). (Tafsir al-Qasimi).Wallahu a’lam.
Rujukan;1. Tafsir Ibnu Kathir2. Tafsir Imam al-Qurtubi3. Tafsir al-Qasimi al-Musamma; Mahasin at-Takwil (Syeikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi).4. Tafsir al-Wasit (Dr. Wahbah az-Zuhaili).

Dato' Sri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan


Dato' Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menerima semua pekerja sukarela termasuk orang yang menuduh beliau melakukan liwat keatasnya dengan hati yang terbuka.

Ketika kesibukan kempen pilihanraya ke-12, Saful Bukhari muncul di pejabat Anwar dan menawarkan khidmat dalam apa juga kapasiti ketika kesibukan pilihanraya yang lepas dan Anwar sendiri menerimanya dengan hati terbuka. Berdasarkan gambar Saiful bersama beberapa menteri
dan seorang orang kanan kepada Timbalan Perdana Menteri menjadi bukti bahawa konspirasi ini dirancang oleh sesetengah pihak bagi menjatuhkan karier politik Anwar dan juga imej Pakatan Rakyat khasnya Parti Keadilan Rakyat.

Parti ini akan mula berhati-hati dalam membenarkan para sukarelawan berkerja untuk Parti Keadilan Rakyat.

Dalam kes fitnah ini adalah merupakan mainan politik sesetengah pihak yang bertujuan bukan sahaja menjatuhkan imej pemimpin tertinggi parti ini malah menjatuhkan parti ini secara tidak langsung. Pertuduhan ini tidak langsung melemahkan semangat kami dan kami akan terus komited dalam memperjuangkan prinsip keadilan.

Kami juga telah membincangkan isu ini bersama PAS dan DAP dan mereka teguh bersama kami, Parti Keadilan Rakyat.

Eksklusif : Tragedi Nuri

Tragedi menyayat hati....tersungkurnya 6 wira negara semasa nahas helikopter NURI TUDM..
Ini ialah gambar yang telah di ambil untuk tatapan anda semua...Semoga Allah mencucuri rahmat pada mangsa yang terlibat..Amin











Kesalahan apabila meninggalkan sembahyang.


"SEMBAHYANG adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya.

Sembahyang perlu dipelihara sebaik-baiknya. Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan sembahyang adalah:

SEMBAHYANG adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya.

Sembahyang perlu dipelihara sebaik-baiknya. Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan sembahyang adalah:

1. Meninggalkan sembahyang.

Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan al-Quran, sunnah dan ijmak.

Allah berfirman bermaksud: "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam
Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang
yang mendirikan solat." (Surah al-Muddatstsir, ayat 4)

Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian antara kami dengan mereka adalah
solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir." (Hadis riwayat Ahmad
dan lainnya).

2. Melengah-lengahkan solat.

Firman Allah bermaksud : “Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman
dalam waktu yang sudah ditentukan." (Surah an-Nisa, ayat 103)

Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah
berdosa besar.

Rasulullah bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu
matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan
(hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia
tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit." (Hadis riwayat Muslim).

3. Meninggalkan solat berjemaah.

Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang
dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah bermaksud: "Siapa yang mendengarkan
seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali
kerana uzur." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Allah berfirman, maksudnya: "Dan rukuklah bersama orang yang rukuk.(Surah al-Baqarah, ayat 43).

Rasulullah bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang
tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka." (Muttafaq Alaih).

4. Tidak thuma'ninah dalam solat.

Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah
ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua
sujud.

Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak
tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.

5.Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.

6. Mendahului atau menyelisihi imam. Hal ini boleh menyebabkan solat batal.

Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat.
Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti,
kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir
sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian
rukuk sampai dia rukuk..." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

7. Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari
salam kedua.

8. Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.
Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: "Hendaklah orangmu berhenti
daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak
mengembalikan pandangannya kepada mereka." (Hadis riwayat Muslim).

"Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah
suatu kebinasaan." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

9. Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.

Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.

10. Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana
aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak
tangan.

Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab:
"Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi
kedua-dua telapak kakinya."

11. Melintas di depan orang yang sedang solat.

Rasulullah bersabda: "Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu
mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih
baik baginya daripada melintas di depannya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan
Muslim).

12. Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.

Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan
berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.

13. Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.

Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu
sedang duduk, sujud atau lainnya.

Rasulullah bersabda: "Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud,
maka sujudlah!" (Hadis riwayat Abu Daud).

14. Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton
televisyen dan bersembang.

Allah berfirman, maksudnya: "Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan
anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan
demikian maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat 9).

15. Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan seperti diriwayatkan
Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata.

Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada
lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak
makruh.

16. Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau
Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian." (Hadis riwayat Bukhari
dan Muslim).

17. Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.

Nabi Muhammad saw bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh
anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke
hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki." (Muttafaq Alaih)

"

Rabu, Julai 09, 2008

Kerana CNI kami dapat RM1000 sebulan


DARI kiri, Dr. Noor Azmi, Jamaludin dan Murad memegang trofi atas kejayaan masing-masing.

--------------------------------------------------------------------------------

PETALING JAYA - Jika 14 tahun lalu, Murad Basri, 38, tidak mampu untuk memiliki walaupun sebuah motosikal 'kapcai', namun kini selepas menyertai perniagaan jualan langsung produk kesihatan, beliau kini sudah mampu memiliki lebih daripada sebuah kereta mewah.

Dengan pendapatan lebih RM100,000 sebulan, Murad yang berasal dari Klang yang dulunya hanya bekerja di kilang membuat anak patung, tetapi sekarang sudah menjalankan perniagaan jualan langsung produk tersebut secara sepenuh masa bersama isteri.

"Saya tertekan dengan keadaan ketika itu dan bertekad mahu mengubah nasib, kemudian melibatkan diri dalam perniagaan jualan langsung produk kesihatan CNI dan hanya selepas dua tahun menyertai perniagaan berangkai itu, saya kini mampu memperoleh pendapatan tahunan lebih RM1 juta," ujarnya.

Murad adalah salah seorang daripada 91 peniaga jualan langsung yang menerima anugerah daripada Persatuan Jualan Langsung Malaysia di Pusat Konvensyen Sunway malam kelmarin.

Sementara itu seorang doktor perubatan, Dr. Noor Azmi Ghazali, 49, pula bertekad menyertai perniagaan jualan langsung produk Amway, kerana percaya dengan perniagaan tersebut dapat membantu meningkatkan taraf hidupnya selain membantu individu lain.

"Saya ada klinik sendiri, tapi bila keluar dari klinik, saya masih terfikir untuk membantu orang lain yang berharap menikmati kehidupan yang lebih selesa dengan cara menyertai jualan langsung," ujarnya yang kini memiliki pendapatan tahunan lebih RM100,000.

Selain pekerja kilang dan doktor yang melibatkan diri dengan jualan langsung, seorang juruaudit sebuah syarikat swasta Jamaludin Ahmad, 45, juga telah meninggalkan kerjaya itu dan serius dalam perniagaan jualan langsung sejak enam tahun lalu.

"Tidak pernah terlintas di fikiran saya melibatkan diri dalam perniagaan jualan langsung ini, malah tidak pernah didedahkan pun.

"Namun setelah menyertainya, saya tinggalkan kerjaya lama dan jadikan jualan langsung sebagai kerjaya terakhir dalam hidup saya," katanya yang menjalankan perniagaan jualan langsung produk Elken.

Isnin, Julai 07, 2008

Apa kata Tun Dr. Mahathir tentang Anwar


Saya tidak hendak komen berkenaan dengan kes liwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim yang baru kerana saya ingin lihat samada taktik Anwar kali ini sama dengan dahulu - iaitu menuduh ada konspirasi (pakatan) untuk menghalang perjuangan politiknya.

Tetapi oleh kerana ramai yang meminta komen saya dalam blog maka saya akan beri pandangan awal saya.

Saya terkejut dengan orang yang pertama menyuarakan pandangan yang tak masuk akal berkenaan dengan kes liwat yang baru ini. Kononnya Anwar sengaja menyuruh Saiful buat laporan dia diliwat oleh bossnya supaya Anwar boleh cari perlindungan daripada percubaan membunuhnya. Dengan itu kononnya orang ramai akan bersimpati dengannya.


Jelas yang budak yang di suruh oleh bapa mertuanya hantar passport kepada Anwar, yang amat gembira dengan pembebasan Anwar dan dipercayai terlibat dengan usaha membebaskan Anwar, masih kuat kepercayaannya kepada Anwar dan mencuba menolak tuduhan terhadapnya.

Masih ramai yang percaya bahawa Mahkamah Rayuan (Appeals Court) terakhir telah menolak tuduhan bahawa Anwar telah liwat Azizan dan dengan kerana itu mendapati Anwar tidak bersalah dan boleh dibebaskan.

Yang jelas daripada apa yang di sebut di atas ialah hakim-hakim ini mendapati ada cukup bukti yang mengesahkan Anwar dan Sukma terlibat dalam kegiatan homoseks dalam apa yang dikatakan berlaku di Tivoli Villa, memang berlaku. Tetapi kedua-dua hakim ini mengguna selok-belok undang-undang untuk mendapati Anwar tidak bersalah.

Selok-belok undang-undang tidak dapat difahami oleh orang ramai. Yang mereka tahu ialah hakim-hakim ini berkata dengan terang dan jelas bahawa mereka mendapati bukti yang jelas yang mengesahkan bahawa perayu (Anwar dan Sukma) terlibat dengan kegiatan homoseks dan hakim-hakim ini lebih mirip untuk percaya bahawa apa yang didakwa berlaku di Tivoli Villa memang berlaku.

Hakim yang ketiga dalam panel hakim yang mendengar rayuan Anwar dan Sukma memberi alasan yang panjang dan penuh dengan rujukan kepada asas-asas perundangan dan kes-kes yang lain kenapa dia percaya hukuman yang dijatuhkan oleh hakim bicara, tiga orang hakim Mahkamah Rayuan dan tiga orang hakim Mahkamah Persekutuan adalah betul iaitu Anwar memang meliwat Azizan.

Malangnya penghakiman yang bernas ini tidak dilapor dengan jelas oleh media seperti laporan berkenaan asas-asas penghakiman dua hakim tadi.

Jika dihitung kita akan dapati kesemua 10 hakim yang mendengar kes Anwar meliwat Azizan bersetuju perbuatan liwat oleh Anwar memang benar, walaupun dua di antara mereka memberi alasan teknikal untuk tidak menjatuhkan hukuman salah keatasnya.

Dakwaan oleh orang tertentu bahawa pembebasan Anwar adalah kerana dia tidak melakukan jenayah liwat adalah tidak benar.

Sekarang kita dengar sekali lagi kes liwat oleh Anwar. Terpulanglah kepada hakim untuk mendengar dan meghukum. Awal-awal lagi Datin Seri Wan Azizah Ismail telah mengatakan ketidakpercayaannya kepada mahkamah di Malaysia. Tetapi apabila Anwar dibebaskan dengan alasan yang sukar difaham oleh masyarakat umum, Wan Azizah tidak pula berkata yang dianya tidak percaya kepada sistem pengadilan di Malaysia.

Apakah pula akan dikatakan olehnya jika perbicaraan kes Anwar menghasilkan keputusan bahawa walaupun hakim percaya dia telah meliwat Saiful tetapi kerana selok-belok undang-undang dia didapati tidak bersalah.

Anwar tidak perlu bersumpah - Mufti Perak


Petikan dari : Harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) - Ulama terkemuka di Malaysia seperti Mufti Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Hashim Yahaya dan beberapa yang lain menegaskan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah.

Dato’ Seri Harussani membuat penegasan itu berkata, Anwar yang dihadapkan pertuduhan melakukan liwat, tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam.

Ini kerana katanya, tuduhan yang dikenakan ke atas beliau oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah dakwaan jenayah yang termasuk dalam hukum kazaf.

“Kaedahnya dalam kes ini, ialah ‘orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti’ dalam mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.


Mengulas mengenai cadangan beberapa pihak termasuk Mufti Perlis yang menggesa Ketua Umum KeADILan itu bersumpah untuk membuktikan beliau benar atau pun tidak, Harussani secara sinis mengatakan, “itu cadangan dari orang yang terlebih pandai.”

Katanya, masalahnya dalam kes membabitkan Anwar adalah perkara yang menjatuhkan maruah dan tidak timbul soal perlunya orang yang mendakwa atau tertuduh untuk bersumpah.

Mufti Perak itu turut memberi peringatan kepada umat Islam, khususnya orang-orang Melayu supaya tidak terikut-ikut dengan budaya agama lain yang bersumpah dengan kitab dan sebagainya.

“Tiada kaedah langsung kena sumpah dengan al-Quran, itu meniru budaya agama lain, sumpah yang ada dalam Islam cuma ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’,” tegasnya.

Menyuarakan pandangan yang sama, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Hashim Yahaya berkata, kes yang dituduh kes atas Anwar adalah yang membabitkan hukum kazaf, bukannya li’an.

“Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li’an. Menyuruh tertuduh bersumpah dalam kes membabitkan kazaf menyalahi hukum syarak,” tegasnya ketika dihubungi.

Menurut beliau, masyarakat Islam tidak harus dikelirukan dengan gesaan bersumpah, kerana sumpah bukannya sesuai dalam semua perkara.

“Isunya tidak ada sumpah dalam bab kazaf, orang yang menuduh (Saiful) mesti membawa saksi sebagaimana yang disyaratkan dalam kanun jenayah syariah, jika dia gagal, dia boleh dikenakan hukuman 80 sebatan,” tegas beliau.

Ahad, Julai 06, 2008

Anuar enggan jawab cadangan bersumpah


BUTTERWORTH, 6 Julai (Bernama) — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari Sabtu enggan menjawab soalan media berkenaan cabaran supaya beliau bersumpah dengan menjunjung Al-Quran berhubung tuduhan liwat terhadapnya.

Ketika ditemui pemberita selepas mengadakan ceramah perdana di sini Sabtu malam, beliau yang dikawal ketat oleh beberapa penyokongnya terus berlalu tanpa menjawab soalan yang diajukan kepadanya.


Baru-baru ini, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta kedua-dua individu yang dikaitkan dalam kes liwat iaitu Anwar dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan supaya ‘bermubahalah’ atau bersumpah.

Beliau berkata isu liwat itu kini sudah menjadi semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru.

Katanya Anwar dan Mohd Saiful hendaklah bersumpah laknat iaitu dengan melafazkan sumpah: “Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya, laknat Allah kepada saya.”

Terdahulu, ketika memulakan ucapannya, Anwar menegaskan bahawa beliau sudah jemu bercakap dan mengulas berhubung tuduhan liwat terhadapnya.

“Seminggu yang lepas, kita telah dikejutkan dengan kisah itu (tuduhan liwat) dan saya tak nak, menyampah dan meluat dengan cerita kotor itu. Saya pernah dituduh dengan tuduhan yang sama dulu. Tuduhan daripada mereka yang kecewa dengan politik,” katanya.- BERNAMA

Kebenaran pasti akan muncul

Percayalah.....anda semua benar, perjuangan anda adalah benar...

Anwar adalah seorang yang benar....

Tunggulah report rasmi nanti di mahkamah...(tak rasmi: dah tahu keputusannya)

Anwar tak payah bersumpah....tapi beliau hanya memerlukan sokongan moral anda semua...!!!

Teruskan perjuangan...LAWAN TETAP LAWAN!!!

Rabu, Julai 02, 2008

Perlu ada kesabaran, keterperincian atau ketelitian, musyawarah dalam melakukan sesuatu tindakan.

Walaupun aku orang PAS, tapi ingin memberi pandangan pada sahabat dlm PKR.
Sabor-sabor le tuan2 semua. Inilah asam garam dalam politik dan berkumpulan. Manusia ni ada pelbagai macam perangai. Ada manusia tak pandai bercakap tapi boleh mentadbir. Ada manusia tak pandai mentadbir tapi pandai berarak. Ada yang laju ada yang perlahan. Kesemua ni lengkap melengkap antara satu sama lain.

Permintaan saya jangan suka buat kerja 'bersumpah' macam Ezam. Dalam PKR tu mana-mana orang yang buat kerja sumpah menyumpah ni akhirnya semua keluar parti. Jadi bertenang-tenang dahulu. Bila gopoh banyak kerja jadi silap.

Selasa, Julai 01, 2008

Air mata Nabi Adam

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya
iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya
ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi
sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu
Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung
telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu
sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan
Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu
yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air
minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."


Apa Yang Akan Ditanya:

Dalam sehari ada 24 jam. ? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar
dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa
nafas itu keluar dan masuk?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,
mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air
sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang
sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia
sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."


Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama
"Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur
hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang
kau cari?
"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari limaorang. Pertama, orang yang
meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap
tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."

Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman
hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah