Rabu, Jun 25, 2008

Keadilan Selangor tidak tergugat dengan Dakyah media UMNO-BN

keADILan Selangor Tidak Tergugat Dengan Dakyah Media Umno-BN

Maka bertebaranlah desas desus kononnya KeADILan Selangor dilanda kemelut. Media Umno-BN terus memainkan peranan mereka.

Alhamdulillah saya dapat segera menghubungi Tan Sri Khalid sebaik kembali dari Madinah al Munawwarah. Kemudian saya turut ngobrol panjang dengan Sdr Yahya Sahri sambil menikmati mee mamak tanpa teh tarik.

Isu yang digembar-gemburkan dalam media Umno-BN tidak menggugat seperti yang dipaparkan. Penyelesaian baik dicapai. InshaAllah saya akan turut hadir dalam mesyuarat KeADILan Negeri Selangor malam nanti.

ANWAR IBRAHIM

Pak Lah kata Raja Petra tak betul tu...

KL: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan ada menerima laporan bertulis daripada perisikan tentera mengenai mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Memang saya concern (dengan dakwaan penulis Malaysia-Today Raja Petra Kamarudin). Perbuatan Raja Petra itu tidak boleh diterima. Sebab apa yang dia nyatakan itu adalah sesuatu yang tidak betul.

"Terutamanya dalam surat itu (akuan berkanun Raja Petra) disebut yang saya dah diberi satu laporan mengenainya dari pihak perisikan tentera.

Itu tak betul," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan jawatankuasa khas mempertingkat daya saing kelapa sawit di bangunan Parlimen hari ini.

Abdullah berkata demikian apabila ditanya mengenai akuan berkanun Raja Petra 18 Jun lepas yang menyebut Perdana Menteri ada menerima laporan bertulis daripada perisikan tentera mengenai apa yang didedahkan Raja Petra tentang kes pembunuhan itu.

Abah... pinjam moto jap.!!


Minyak mahal sgt skrg ni.. dengan jalan jem..
tak berbaloi ulang alik shah alam - sunway hari2..
jangan sampai satu tahap aku terpaksa jual je keta jahat aku tu..
negara lain makin lama makin maju.. jealous ngan singapore..
kejap2 tuka kereta baru.. sekarang ni singapore school holiday..
seronok je tengok ramai singaporean cuti2 satu malaysia..
sedangkan rakyat kita sendiri.. :(
korea.. taiwan.. dulu miskin gila..
sekarang diorang gelak tengok orang malaysia
yang dah jauh ketinggalan..


Abah.. nanti duit dah abis pinjam moto ek..
nak merempit dengan khairy budak libra tu..
nak ragut beg2 bini menteri..
pecah keta hummer hishamudin boleh curi keris..buat tebas lalang..
pecah keta 7series najib mongolia curi bom c4..
pastu bleh letup putrajaya..


haha!

Warkah dari Kamunting.


Abah hanya mampu doakan...

Menemui yang dikasihi anak abah yang tersayang, semoga sihat sejahtera dan dipelihara Allah sentiasa...Amin.

Suhaib,
Abah di Kemta sihat, Alhamdulillah.

Hari Selasa lepas, 29 Jan 2008, beberapa orang kawan abah iaitu Terhamid, Ahmad dan Zakaria (semua dari Indonesia) telah dilanjutkan lagi penahanan mereka dari empat tahun kepada lapan tahun. Pakcik Yazid Sufaat juga telah ditambah lagi dua tahun iaitu dari enam tahun kepada lapan tahun.

Memang tension juga abah memikirkan kisah pelanjutan penahanan ini, tetapi bila fikir pahala yang Allah janjikan ...apalah sangat ujian seperti ini. Bila abah baca pengalaman Zainab al-Ghazali yang diseksa di penjara Mesir, terasa malu pulak dengan ujian yang tidak seberapa ini.

Suhaib,
Kawan-kawan abah, berebut-rebut nak baca buku Zainab al-Ghazali itu. Sesiapa yang membacanya memang terasa mendapat suntikan baru, menggantikan semangat yang semakin longgar.

Tuan buku tu bernama 'Harun dan Salina', mungkin mereka antara kawan-kawan umi, dan harap dapat sampaikan ucapan terima kasih kepada keduanya kerana sudi pinjamkan buku itu. Lain kali, kalau ada buku seperti itu, bawalah ke Kemta.

Semalam, Selasa 30 Jan 2008, satu rombongan peguam telah datang ke Kemta. Salah seorang dari mereka ialah Pakcik Bon (Edmund Bon), orang kuat Majlis Peguam. Ada ramai peguam India dan seorang peguam berbangsa Melayu.

Peguam itu menceritakan pelbagai aktiviti hak asasi mereka dan juga kerja-kerja GMI. Sebelum bertemu tahanan Jemaah Islamiyyah (JI), Pakcik Bon dan kawan-kawannya berjumpa lima orang pemimpin Hindraf yang turut ditahan di Kem Kamunting ini.

Peguam Edmund Bon minta pengesahan daripada abah sama ada hendak meneruskan Habeas Corpus (HC) atau tidak. Abah, pakcik Murad Sudin, dan pakcik Sufian Saleh bersetuju HC itu diteruskan saja kerana jika tidak buat apa-apa pun, kami akan terus ditahan juga di kem.

Jadi, lebih baik teruskan dengan HC, paling tidak pun, kes itu akan dedahkan kejahatan ISA. Insya-Allah, kami dapat pahala. Mungkin Suhaib dan umi boleh tengok surah Taubah ayat 120 dan cuba fahamkan maksud ayat itu.

Selepas pertemuan itu, peguam telah belanja kami semua (tahanan yang bertemu peguam saja) makan tengahari. Abah rasa, pertemuan hari ini, ada kelainan sedikit dari biasa. Pakcik Bon ada sebut tentang pilihan raya yang semakin hampir. Abah harap pihak pembangkang tidak akan lupakan isu ISA ini.

Suhaib,
Abah sentiasa doakan Suhaib sentiasa bersabar dengan ujian ini. Abah dah rasa terlalu lama ketinggalan dengan urusan penghidupan di luar sana, terutamanya dalam membantu umi mendidik Suhaib tentang akidah dan akhlak. Abah selalu berpesan kepada umi untuk mengatur semuanya dengan sebaik mungkin. Abah hanya mampu mendoakan saja dari penjara ini.

Salam sayang buat Suhaib dan umi.

Abah,
Mat Sah Satray,
12.15 pagi, 1 Feb 2008.
Kem Tahanan Perlindungan.

Berita dari Harakah. 24hb Jun 2008


Selasa, Jun 24, 2008

Stesye minyak tidak boleh guna kad kredit lagi...


Pihak pengusaha stesen minyak di Malaysia telah berpakat untuk tidak menerima lagi pembayaran pembelian petrol dan diesel menggunakan kad kredit. Perkara ini dilakukan adalah untuk mendesak kerajaan supaya menaikkan komisen jualan petrol dan diesel kpd mereka.
Pengerusi Persatuan Pengusaha-pengusaha Stesen Minyak Tempatan (PDAM) menegaskan bahawa berlaku peningkatan kos operasi sehingga menyebabkan mereka terpaksa menangung kerugian.

Harakah kini di terbitkan dua kali seminggu.

Tahniah! Harakah dibenar terbit 2X seminggu.. tapi apalah maknanya jika masih Dulu, Kini dan Selamanya..

Perjuangan tetap diteruskan kakitangan Harakah tanpa mengenal erti penat lelah, pahit maung, perit jerih. Apalah maknanya saudara Lutfi mengatakan bahawa Harakah sememangnya berkemampuan untuk menerbitkan 2x 1 minggu tanpa mengakui realitinya.

Teruskanlah wahai lembaga pengarah Harakah.. Butakanlah sebelah mata, pekakkanlah sebelah telinga anda, pekungkanlah sebelah kaki dan tangan anda.. Teruskanlah..

DPP Padang Besar mahu PAS bertanding di Sanglang

PADANG BESAR- Dewan Pemuda PAS (DPP) Padang Besar mahu PAS Perlis menyertai pilihanraya kecil di Dun Sanglang sekiranya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memutuskan berbuat demikian berikutan keputusan mahkamah pilihanraya yang memulangkan kepada badan tersebut membuat keputusan berkaitan petisyen pilihanraya Dun N.15 Sanglang.

Ketuanya, Sarudin Abu Bakar berkata demikian memandangkan keadaan politik semasa yang menyebelahi Pakatan Rakyat.

"Tsunami politik yang melanda negara ini masih belum reda dan "mood" rakyat menyebelahi kita pada masa ini. Negara juga sedang dilanda pelbagai masalah termasuk krisis kepimpinan dalam parti pemerintah, Barisan Nasional dan komponennya.

"Begitu juga dengan tekanan hidup yang sedang dihadapi rakyat berikutan kenaikan harga minyak baru-baru ini. Semua ini meletakkan PAS/Pakatan Rakyat berada dalam keadaan yang selesa memasuki pilihanraya," katanya selepas sesi percambahan minda Jawatankuasa DPP Padang Besar baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, semua keputusan tertakluk kepada pimpinan tertinggi PAS samada memasuki pilihanraya kecil atau memboikotnya atas dasar prinsip.

"Apapun kita tetap berharap SPR memutuskan Ustaz Hashim Jasin sebagai pemenang di kerusi tersebut dan tiada pilihanraya kecil diadakan. Pilihanraya 8 Mac lalu adalah sah dan PAS seharusnya diisytiharkan memenanginya kerana yang berlaku hanyalah kesilapan pengiraan.

"Tak adillah sebab rakyat dah membuat pilihan mereka. Apapun sebarang kemungkinan yang berlaku, kita menyerahkannya kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan.

"Pemuda PAS Padang Besar tetap akan bersedia menghadapi pilihanraya kecil sekiranya diputuskan demikian. Kita sedang mengumpulkan tenaga pemuda untuk bertugas di Sanglang sekiranya diadakan pilihanraya kecil," ujarnya.

Sabtu, Jun 21, 2008

PAS hanya pandai bermain politik - Ahmad Said MB

Kuala Terengganu - Tawaran PAS Terengganu untuk ‘duduk semeja’ bersama-sama berbincang dengan kerajaan negeri Terengganu berkaitan perkembangan semasa yang berlaku sekarang, tidak diterima dan ditolak oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said.

“Saya dah kata, tidak perlu bincang dan kalau ada idea bawa mari kepada kita,

“tunggu surat apa, kalau ada idea bawa mari, Takkan nak buat dailog dan semua sekali.” kata Ahmad Said kepada media ketika ditanya berkenaan tawaran PAS.

Ahmad Said bukan sahaja menolak tawaran ikhlas PAS tersebut, bahkan menuduh PAS bermain politik

”Dia (PAS) hendak main politik. Kalau dia (PAS) betul-betul O.K, awak (PAS) hantar kita surat satu, dua, tiga, empat, lima O.K, saya boleh tunjuk ini suratnya berapa, daripada 20 surat itu lima kita boleh pakai. Kita pakailah, bukan payah,” tuduh Ahmad Said.

Sebelum ini, Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Yahaya Ali yang menyatakan bahawa PAS mempunyai formula khas untuk menangani isu kenaikan harga minyak dan barang keperluan.

Menurut Yahaya, formula yang diyakini berkesan itu bagaimanapun hanya akan dihebahkan sekiranya kerajaan bersedia bersemuka dan berbincang dengan PAS untuk melaksanakannya demi faedah rakyat.

Yahaya memberitahu, dalam situasi sekarang semua pihak yang mempunyai kepakaran, pandangan dan idea diyakini berkesan harus duduk semeja dan berbincang bagi mencapai satu jalan penyelesaian terbaik.

“Rakyat kini menilai pendekatan konkrit yang digunakan oleh kerajaan dan sebagai pemerintah, mereka (kerajaan) tidak boleh fikir siapa yang berkuasa kini. Sikap seumpama ini tidak boleh diamalkan dalam keadaan sekarang,” katanya.

Mengulas lanjut pelawaan PAS itu, Ahmad Said bukan sahaja menolak tawaran ikhlas PAS tersebut, bahkan menuduh PAS bermain politik

”Dia (PAS) hendak main politik. Kalau dia (PAS) betul-betul O.K, awak (PAS) hantar kita surat satu, dua, tiga, empat, lima O.K, saya boleh tunjuk ini suratnya berapa, daripada 20 surat itu lima kita boleh pakai. Kita pakailah, bukan payah,” tuduh Ahmad Said ketika sidang media beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman, Rabu lalu.

Lebih teruk lagi, Ahmad Said seolah-olah memperkecil-kecilkan saranan yang dikemukakan oleh PAS bagi menyelesaikan masalah kenaikan harga minyak dan tekanan yang sedang dialami oleh rakyat sekarang.

”Kalau dia (PAS) ada pakar dan sebagainya, Pakar dia (PAS) lebih hebat dari pakar kita O.K boleh terima,

“jangan cakap sahaja, mari sini dan tidak semestinya mari jumpa kita, buat mari surat, “serah memorandum kita terima, memorandum cadangan beratnya satu kilo kertas cadangan daripada PAS untuk menyelesaikan masalah rakyat Terengganu,”sindir Ahmad Said.

Ahmad Said juga ‘mencemuh’ usaha PAS mengadakan demonstrasi membantah kenaikkan harga minyak

“Ini hendak tunjuk perasaanlah. Adakah tunjuk perasaan harga minyak boleh turun, “Harga minyak dunia akan terus naik lagi. Adakah jika PAS menang harga minyak boleh turun sampai 50 sen seliter?

“Jadi, saya mintalah kalau PAS ada idea hantarlah memorandum kepada kita dan tidak semestinya kita panggil jumpa dan berbincang, boleh tak? Kalau dia (PAS) ikhlaslah dan ada satu formula,” tambah Ahmad Said.

Mengulas jawapan Ahmad Said, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustaffa Ali berkata tujuan PAS mengajak kerajaan negeri Terengganu ‘duduk semeja’ dan berbincang adalah kerana PAS menganggap pimpinan kerajaan negeri khususnya Mnteri Besar, setaraf dengan pimpinan PAS.

“Sebab itu kita (PAS) ajak duduk, berbincang, kalau kita (PAS) hantar memorandum, seolah-olah kita mengajar dia,

“Kita tidak anggap dia ‘[ SENSOR DC ]’ sebab kalau kita hantar surat, memorandum, macam kita mengajar orang ‘[ SENSOR DC ]’ sahaja,” kata Mustafa selepas sidang media di Pejabat Perhubungan PAS, disini hari ini.

Keretakan PKR - Ezam

KUALA TERENGGANU 20 Jun - Dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau mendapat sokongan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) disifatkan hanya mahu mengalihkan perhatian rakyat daripada isu keretakan yang kini menyelubungi kerajaan pakatan pembangkang di negeri-negeri yang mereka kuasai.

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, Anwar menggunakan taktik kotor itu bagi menutup hubungan kerajaan campuran DAP, PKR dan Pas yang retak di negeri-negeri itu selepas hanya 100 hari ia dibentuk.

Beliau berkata, dakwaan Anwar kononnya beliau mendapat sokongan Ahli Parlimen BN adalah demi membolehkannya terus mendapat sokongan daripada DAP dan Pas bagi membaiki hubungan yang semakin rapuh antara parti-parti pembangkang berkenaan.

''Anwar sedar beliau tidak akan berjaya mendapat sokongan bagi membolehkannya menjadi Perdana Menteri seperti yang didakwanya, kerana jika betul dakwaan itu dia akan melakukannya secara diam-diam dan kemudian mengemukakan notis kepada Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan baru.

''Dakwaan itu merupakan satu taktik politik kotor yang boleh merosakkan negara kerana tindakan ini boleh mempengaruhi ekonomi negara kerana memberi pandangan negatif kepada pelabur-pelabur mengenai kestabilan politik di Malaysia," ujarnya.

Mohamad Ezam berkata demikian selepas majlis pendedahan pertamanya bertajuk 'Kenapa Saya Tinggalkan PKR' anjuran UMNO Bahagian Kuala Terengganu di sini malam tadi, yang turut dihadiri Ketua UMNO Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Mohamad Ezam berkata, berdasarkan maklumat yang diterima daripada rakan-rakannya yang masih dalam parti-parti pembangkang, hubungan DAP, PKR dan Pas di negeri-negeri terlibat semakin retak selepas DAP beberapa kali memboikot mesyuarat eksekutifnya.

''Antara faktor yang menyebabkan keretakan itu ialah kepentingan DAP gagal dipenuhi oleh kerajaan campuran manakala Pas pula dengan tuntutannya sendiri dan PKR menghadapi pelbagai masalah dalaman parti," ujarnya.

Beliau menjangka pakatan pembangkang akan dibubarkan dalam tempoh beberapa bulan lagi kerana Anwar akan gagal membaiki hubungan antara parti-parti komponen kerajaan itu.

Katanya, ahli-ahli parti Pas dan DAP mula sedar mengenai agenda politik yang digunakan oleh Anwar yang semata-mata meletakkan kepentingan peribadinya dalam usahanya mahu menjadi Perdana Menteri.

Kenapa perlu passport untuk datang ke Sabah?

Sebenarnya 31 Ogos 1957 adalah kemerdekaan PERSEKETUAN TANAH MELAYU. Tetapi pada tahun 16 September 1963, SABAH dan SARAWAK bersetuju bergabung dengan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. Dengan penggabungan tersebut maka wujudlah nama MALAYSIA.

Semasa perundingan penggabungan tersebut, pihak dari SABAH dan SARAWAK telah meminta PERSEKUTUAN TANAH MELAYU untuk menjamin HAK JAMINAN yang kemudiannya termaktub dalam PERLEMBAGAAN SABAH san SARAWAK. Salah satu dari permintaan tersebut adalah PERLUNYA PASSPORT untuk masuk ke dua-dua negeri ini. Ianya telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dalam perundingan tersebut.

Bagi yang tidak mengetahui atau kurang pasti, SILA RUJUK SEJARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA.

Perakuam bersumpah Raja Petra

Sebaik membaca perakuan sumpah Raja Petra dua hari lalu saya segera menghubungi teman peguam memohon penjelasan.

Implikasi perakuan tersebut pastinya menggemparkan kerana tuduhan menjurus kapada penglibatan Datin Seri Rosmah dalam kes pembunuhan. Teman tersebut diminta memberikan bantuan guaman kapada Raja Petra.

Agak sukar kita memberikan pandangan selain desakan agar siasatan polis rapi dan secara profesional. Pet pastinya telah merenung hal tersebut dengan teliti, punyai bukti mempertahankan tuduhannya. Saya mendoakan keselamatan Pet dan kagum dengan keberaniannya!

ANWAR IBRAHIM





Saya tinggalkan Anwar kerana prinsip Islam - Ezam


BEKAS Ketua AMK PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor semalam bersumpah atas nama Allah SWT dan Rasul akan menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri kerana ‘prinsip seorang Muslim”.
Ezam yang berceramah di sini, semalam dilaporkan berkata, beliau sedia untuk ‘all-out’ bagi menghalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri ‘atas sebab-sebab tertentu’.

“Saya bukan jenis orang yang suka mengaibkan orang lain, tapi jangan cabar saya,” kata Ezam di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Terengganu di sini.

Dalam ceramah bertajuk ‘Mempertahankan Perjuangan Pengasas Bangsa’ itu, Ezam menjelaskan politik cara Anwar Ibrahim akan menghancurkan kestabilan negara dari segi keselamatan dan ekonomi.

Dalam ceramah sulung di pentas UMNO itu, Ezam yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik Anwar berkata, tindakan beliau meninggalkan bekas bosnya itu semata-mata atas dasar prinsip.

Menurut beliau, biarpun ada dakwaan kononnya beliau disogok jutaan ringgit serta jawatan tertentu oleh UMNO, namun hakikat sebenarnya adalah beliau hilang kepercayaan pada perjuangan PKR.

“Dengan nama ALLAH saya tinggalkan Anwar atas prinsip sebagai seorang Muslim yang berpegang kepada prinsip Islam yang tidak membenarkan saya membantu beliau menjadi pemimpin dalam apa cara sekalipun,” kata Ezam.

Jelas Ezam, sejak mengumumkan menyertai UMNO, beliau menjadi mangsa fitnah pihak tertentu.

Katanya, beliau tidak gentar sama sekali dengan fitnah-fitnah tersebut bahkan beliau memberi amaran bahawa kesabarannya ada batas.

“Saya tidak suka aibkan orang, tapi kalau terus memfitnah saya akan gempur habis-habisan,” katanya.

Turut hadir dalam ceramah tersebut adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Farid Wan Salleh.


Jumaat, Jun 20, 2008

Ezam bersumpah halang Anwar jadi PM

TERIKINI: KUALA TERENGGANU: Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor semalam bersumpah atas nama Allah SWT dan Rasul akan menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri melalui 'pintu belakang'.

Ezam yang berceramah di sini, semalam dilaporkan berkata, beliau sedia untuk 'all-out' bagi menghalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri 'atas sebab-sebab tertentu'.

"Saya bukan jenis orang yang suka mengaibkan orang lain, tapi jangan cabar saya," kata Ezam di Dewan Tunku Abdul Rahman di sini.

Dalam ceramah bertajuk 'Mempertahankan Perjuangan Pengasas Bangsa' itu, Ezam menjelaskan politik cara Anwar Ibrahim akan menghancurkan kestabilan negara dari segi keselamatan dan ekonomi.

Turut hadir dalam ceramah tersebut adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Farid Wan Salleh.

Jangan berburuk sangka dengan orang agama.

Anda telah berburuk sangka dengan orang agama. cuba saudara fikir bagaimana agaknya apabila ulama mengkritik tentang muzik. bagaimana jika ulama mengatakan bahawa ..itu ego orang muzik? tentu saudara tidak suka..kerana ilmu muzik itu bukan bidang orang agama. sedangkan Rasul pun pernah berkata kepada sahabat bahawa urusan itu (berkenaan tanaman kurma) kamu lebih tahu. maknanya jangan kita masuk campur urusan yang kita bukan ahlinya.

saya hormat saudara dalam dunia saudara. saudara memang pakar dalam muzik. adakah pada saudara PAS menentang semua jenis hiburan? saudara pasti kenal Akil Hayy. tok guru Nik Aziz sendiri pernah hadir dalam konsert mawi. PAS menentang konsert ella dan mas idayu adalah kerana agama. saya fikir kalau Waheeda yang jadi artisnya saya fikir PAS tidak akan menentang.

walau bagaimana pun saya kagum dengan saudara roslan kerana sedia memohon maaf atas ketelanjuran kata2. saya harap ianya ikhlas bukan kerana takut kehilangan peminat yang juga penyokong PAS.

saya cadangkan saudara roslan perbanyakkan lagu2 tentang dakwah dan kemanusian. dan saya harap saudara roslan dapat melahirkan artis2 yang tidak seperti ella dan mas idayu. saya fikir PAS akan berlapang dada kalau ramai artis macam waheeda penampilannya.

terima kasih.

Inilah pandangan seorang composer terhadap Tn. Guru Nik Aziz

MassyALLAH...saya sebenarnya memang terfikir tentang Tuan Guru Nik Aziz semasa saya sedar akan kertelanjuran saya...Saya sudah lama memang Kagum dan Amat menghormati Tuan Guru dan saya kerap juga membaca komen2 atau hujah2 beliau...Tuan Guru adalah contoh seorang manusia yang baik dan mulia lagi bersopan santun serta mempunyai akal fikiran yang menakjubkan...Saya setuju kata saudara jikalau Tuan Guru dijadikan contoh teladan utk mengkaji dan menganalasis sifat ...saya sentiasa berdoa agar ALLAH S.W.T.sentiasa memberkati dan melindungi Tuan Guru Kesayangan kita...INSYALLAH...
saya tidak kecewa dan berkecil hati dgn kritikan2 yang dilempar kerana saya faham perasaan mereka dan sebenarnya kebanyakkan mereka memberi nasihat2 yang baik2...Alhamdulillah.....
Saya memohon maaf kerana kesedaran dan cinta saya kepada semua Umah Nabi Muhammad S.A.W dgn seikhlas yang boleh...Demi ALLAH saya tidak berniat utk menghina sesiapa...maafkan saya..
Syukur Alhamdulillah...pengalaman ini sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan peringatan buat saya dan moga2 dapat dirasai oleh semua akan nikmat nya...ALHAMDULILLAH...
Astaghfirullah.....

Wassalam

IKHLAS
roslan aziz"

Roslan Aziz memohon kemaafan diatas kenyataannya

Assalamualaikum...
Terlebih dahulu inzinkan saya meminta maaf atas kertelanjuran kata2 saya didalam malaysia kini tempoh hari.
Saya mengaku tidak berfikir panjang sebelum menjawab soalan2 saudara Jimadie tetapi sebaliknya menggunakan emosi dan frustration saya yang lama terpendam.Sebagai seorang Islam dan bapa kepada anak2 saya..saya tidak sepatutnya menjawab begitu yang menyebabkan ada pihak yang berasa terhina.Saya TIDAK sama sekali berniat untuk menghina jauh sekali untuk bermusuh sesama saudara.
Walaubagaimanapun ia tidak sepatutnya berlaku dan sebagai seorang manusia yang beragama ISLAM.. bapa.. suami dan anak yang masih menagihkan ilmu pengetahuan dan KeredhaanNYA...saya dengan merendah hati memohon maaf kepada semua muslimin dan muslimat khusus nya ahli2 PAS atas perlakuan saya itu. Saya berharap dan berdoa agar saya dimaafkan...
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Saya berdoa agar kita semua sentiasa dilindungi oleh ALLAH S.W.T. dan dipelihara olehNYA.
Selawat kepada nabi kesayangan kita Rasul ALLAH Nabi Muhammad S.A.W. dan Keluarga baginda A.S.

IKHLAS
Roslan Aziz

Tahniah ats ketegasan SAPP perjuangan hak rakyat

Tahniah dan salut perjuangan kerana ketegasan dan keberanian Parti Progresif Sabah (SAPP) dan dua Ahli Parlimen mereka mempertahankan hak rakyat khususnya Sabah.

Saya telah mengadakan dua perbincangan sebelum ini dengan Dato’ Yong Teck Lee, Presiden dan pimpinan SAPP. Isu pokok adalah berkaitan good governance atau pengurusan pemerintahan baik dan mematuhi prinsip pertanggungjawaban. Jaminan keadilan bagi rakyat, bumiputra dan lainnya termasuk Sabah.

Kita menjamin 20 peratus royalti minyak kapada Sabah, Sarawak dan Trengganu, serta perwakilan yang adil bagi negeri Sabah dan Sarawak.

Saya gembira dengan tindakan awal ini dan menyeru supaya rakan-rakan lain segera bertindak demi menjamin politik yang stabil dan pengurusan ekonomi cekap yang akan menjamin pertumbuhan pantas serta pengagihan adil.

ANWAR IBRAHIM

Khamis, Jun 19, 2008

Rayuan Mawi batal saman RM1 juta ditolak

KUALA LUMPUR 18 Jun – Mahkamah Tinggi di sini menolak rayuan penyanyi Mawi untuk membatalkan saman RM1 juta terhadap syarikat miliknya yang didakwa melanggar hak harta sebuah syarikat pengeluar air mineral, Yassa Sdn. Bhd. (Yassa).

Hakim Datuk Ramly Ali memutuskan menolak dengan kos rayuan syarikat Mawi World Sdn. Bhd. (MWSB) di kamar beliau hari ini. Beliau turut menetapkan 30 Jun ini untuk pengurusan kes tersebut.

MWSB mengemukakan rayuan selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Penolong Kanan Pendaftar, Noorasyikin Sahat pada 14 Februari lalu yang menolak permohonannya untuk membatalkan saman tersebut.

Yassa diwakili oleh peguam Adnan Seman @ Abdullah manakala peguam Juliana Mohamed mewakili MWSB.

MWSB pada 18 Januari tahun lalu mengemukakan permohonan membatalkan saman itu dengan alasan ia tidak mendedahkan apa- apa sebab tindakan yang munasabah, mengaibkan, remeh atau menyusahkan dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Dengan keputusan itu, kes saman tersebut akan diteruskan dengan perbicaraan. Bagaimanapun setakat ini, tarikh bicara masih belum ditetapkan.

Dalam saman yang difailkan pada 31 Oktober 2006, Yassa selaku plaintif menamakan syarikat MWSB sebagai defendan.

Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 26, bintang kelahiran program realiti TV, Akademi Fantasia 3 (AF3) merupakan pengarah syarikat MWSB.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, botol air minuman Mawi World yang memaparkan gambar Mawi mengandungi butiran maklumat mengenai sumber punca air dan kandungan air mineral yang sama seperti yang terdapat pada botol air mineral Streamline keluaran syarikat Yassa.

Teck Lee mengaku jumpa Anuar

KOTA KINABALU 18 Jun - Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee mengakui mengadakan perjumpaan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hong Kong dan Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu bagaimanapun tidak menjelaskan perkara yang dibincangkan pada pertemuan itu.

Teck Lee memberitahu, beliau turut menemui beberapa pemimpin parti pembangkang dan Barisan Nasional (BN) di tempat lain.

''Saya turut menemui pemimpin pembangkang lain termasuk BN dan UMNO untuk membincangkan senario politik yang berlaku di Malaysia dan kesannya terhadap politik di Sabah,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SAPP dekat sini hari ini.

Sidang akhbar itu merupakan pengumuman rasmi SAPP yang mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan mengugut akan menyokong sebarang bentuk undi tidak percaya terhadapnya.

Teck Lee turut melahirkan keyakinan bahawa pendirian itu akan disokong oleh beberapa parti komponen BN lain di Semenanjung dan Sarawak.

Malah, beliau mendakwa, ahli-ahli Parlimen lain BN bersetuju dengan tindakan SAPP itu walaupun mungkin tidak secara terbuka.

''Beberapa pemimpin parti komponen bersetuju dengan tindakan SAPP ini, mungkin kita perlu menunggu beberapa hari lagi atau minggu depan (untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan SAPP),'' katanya.

Berhubung kedudukan SAPP dalam BN pula, katanya, perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi SAPP pada Jumaat ini.

''Secara teknikalnya, SAPP masih dalam BN. BN sebenarnya seolah-olah sudah tidak wujud di Sabah, BN di Sabah adalah sekadar nama tanpa penerimaan dan semangat BN yang sebenar-benarnya.

''Kami tidak pernah menyatakan akan keluar BN atau masuk pakatan pembangkang sebelum ini, apa yang kami mahu sebagai parti politik di Sabah ialah autonomi politik dan menyelesaikan masalah di negeri ini,'' ujarnya.

Ditanya adakah tindakan SAPP itu sebagai satu pengkhianatan terhadap BN, Teck Lee berkata, perkara itu tidak timbul, sebaliknya apa yang dilakukan adalah hasil rasa kecewa SAPP terhadap BN yang gagal menangani masalah di Sabah dengan cepat dan berkesan.

Berhubung jangkaannya terhadap reaksi pucuk pimpinan BN, beliau berkata: ''Saya tidak tahu bagaimana reaksi mereka. Sebelum ini ada pihak yang mahu menghantar kumpulan untuk menyiasat sama ada wakil rakyat di Sabah akan melompat parti atau tidak.''

Teck Lee turut menafikan bahawa tindakannya hari ini disebabkan tidak diberikan kerusi untuk bertanding pada pilihan raya umum lalu tetapi isu-isu Sabah yang masih tertangguh penyelesaiannya

Tsunami kedua sabtu ini..?


PRESIDEN Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee, yang mengisytiharkan bahawa parti ini telah hilang keyakinan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, membayangkan kemungkinan beberapa wakil rakyat dari Sabah meninggalkan Barisan Nasional (BN) untuk berkhidmat sebagai "wakil rakyat" bebas.

Bekas Ketua Menteri itu juga membayangkan kemungkinan "wakil rakyat" bebas ini, anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Pakatan Rakyat, jika mereka memutuskan untuk meninggalkan parti campuran yang memerintah.


"Tunggu Sabtu ini. Ia boleh menjadi satu lagi tsunami politik," kata seorang pembantu kepada presiden SAPP

Yong, yang lantang dengan keputusan politik Abdullah mengenai Sabah dan yang beliau sifatkan sebagai langkah "tidak popular" berkaitan dengan kenaikan harga bahan api dan isu pendatang haram di negeri itu, berkata bahawa mereka tidak berminat untuk menyertai parti pembangkang di semenanjung.

"Kita tidak mahu itu. Apa yang kita mahu ialah jika ada mana-mana parti politik di negeri itu, ia hendaklah sebuah parti yang beribu pejabat di Sabah dan yang menjaga hal ehwal orangnya," katanya dalam temubual dengan Bernama di Kota Kinabalu baru-baru ini.

"Kita tidak jangka diri kita menyertai sebarang parti pembangkang dari Semenanjung jika kita fikir untuk meninggalkan BN. Mungkin dalam aspek sebuah campuran yang kecil (dengan parti pembangkang dari semenanjung)," tambah beliau.

Yong, bagaimanapun, enggan mengatakan sama ada SAPP sendiri akan meninggalkan BN.

"Kita tunggu dan lihat," kata Yong, yang telah mengisytiharkan di Kota Kinabalu hari ini bahawa dua anggota Parlimen parti itu (Sepanggar dan Tawau) akan menyokong satu usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri pada sidang Parlimen Isnin ini.

Beberapa pemimpin SAPP, ketika ditemui, membayangkan bahawa beberapa ahli politik negeri daripada parti lain menunjukkan minat untuk menyertai "campuran wakil bebas".

"Ia bukan hanya SAPP. Ia akan menjadi campuran bebas yang besar anggota Parlimen dan ADUN , sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang," kata seorang pemimpin yang enggan dinamakan.

Difahamkan kira-kira 10 hingga 18 anggota Parlimen dan ADUN Sabah akan mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan BN dan sebagai permulaan "sekumpulan wakil bebas" dalam masa beberapa hari saja.

"Tunggu Sabtu ini. Ia boleh menjadi satu lagi tsunami politik," kata seorang pembantu kepada presiden SAPP itu kepada Bernama.

Sementara itu, seorang pemerhati politik berkata beberapa anggota Parlimen dari Sabah akan mengumumkan pendirian mereka dalam BN selepas SAPP mengadakan mesyuarat tergempar majlis tertingginya Jumaat ini.

Rabu, Jun 18, 2008

Malam kesenian Islam bersama Ust. Akhil Hayy Rawa

Kesempatan menonton persembahan hiburan Islam, bersama penghibur terkenal Ustaz Akhil Hayy Rawa, Kumpulan Hijjaz dan Kumpulan Dikir Barat Seri Muda.





Tempat : Kompleks Sukan MPKj Bangi
Tarikh : 28 Jun 2008 (Sabtu)
Waktu : Mula 8.00 malam

Anjuran: YAYASAN AL-KUBRA
Tiket : RM10.00

Sebarang pertanyaan sila hubungi : 019-2704432, 019-3235868, 019-2747474, 019-6221189

Berhibur sambil menderma...

dipetik dari http://www.mtddusuntua.blogspot.com/


Mahkamah putuskan DUN Sanglang di kosongkan


KANGAR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum Mac lalu, dikosongkan selepas mahkamah menerima permohonan petisyen yang dikemukakan bekas calon pilihan raya Pas bagi kerusi berkenaan.

Keputusan itu bermakna pilihan raya kecil perlu diadakan untuk memilih wakil rakyat baru kawasan DUN berkenaan. (foto: Ustaz Hashim Jasin - pempetisyen)

Roslan Aziz hina PAS


Kurang Ajar!!!itulah bahasa yang paling lembut yang boleh kita gunakan untuk perbualan umum manakala ayat yang paling sesuai pula tak payahlah aku sebutkan disini...sesiapa pun akan berkata yang lebih lagi jika membaca kenyataan bebal sorang yang menjadi idola kebanyakan anak muda Malaysia yang hanyut!

Sibebal ini tanpa rasa segan melabelkan PAS sebagai parti senget yang ahlinya adalah para lebai-lebai yang baik.binatang apa yang ada didalam kepala otak jengkel si bebal Roslan Aziz ni?"

Keputusan petisyren DUN Sanglang hari ini

MAHKAMAH di Kangar hari ini akan putuskan samada ada atau tiada calon yang menang dalam di kawasan itu masa pilihanraya umum 8 Mac. Ini berikutan petisyen calon PAS Hashim Jasin di DUN Sanglang.

Calon BN ialah Abdullah Hassan.Beliau menewaskan Hashim dengan majoriti 149 undi.hashim dapat 3,235 undi manakala Abdullah 3,384.

Itulah maklumat awal yang Agendadaily pada jam 10.30 pagi.

Sementara itu Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim ketika dihubungi juga kata beliau pun baru dengar dan sedang berkejar balik ke Perlis dari Kuala Lumpur.Namun beliau yakin Barisan Nasional dapat kekalkan kerusi itu

Hujah Sdr. Mahfuz di TV9

Rasa kepuasan apabila menonton rancangan Hujah yang keudara malam semalam di TV9 dekat dihati. Hujah yang diberikan oleh Sdr. Mahfuz memberikan gambaran sebenar penderitaan rakyat semenjak kenaikan harga minyak. Syabas Sdr. Mahfuz, hujah anda membawa kesan kesanubari kami rakyat Malaysia. Bagi yang tiada kesempatan menonton rancangan tersebut, sila klik link dibawah ini.

Selasa, Jun 17, 2008

PAS sudah lama cadangkan muzakarah dengan UMNO - Nik Aziz

PAS sudah lama mencadang diadakan muzakarah dengan Umno bagi menyelesaikan pelbagai permasalahan yang timbul khususnya berhubung agama Islam dan orang Melayu.

Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bagaimana berkata, cadangan berkenaan tidak pernah dilayan pemimpin parti itu walaupun ia bertujuan untuk kebaikan semua pihak.

Beliau diminta mengulas saranan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mencadangkan pemimpin-pemimpin Melayu tanpa mengira fahaman politik duduk semeja bagi membincangkan masalah yang dihadapi negara sekarang.

Menteri Besar Kelantan itu ditemui pemberita selepas merasmikan majlis perletakan batu asas asrama kedua Maahad Muhammadi Lelaki dan Pelancaran Kelab TaHa (Lembaga Tabung Haji) peringkat negeri di sini, semalam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, setelah lima negeri berjaya dirampas pembangkang pada pilihan raya umum lalu, cadangan sedemikian diketengahkan semula.

Menurutnya juga ekoran kuasa mutlak Barisan Nasional (BN) hilang barulah kelihatan pemimpinnya bersikap lebih lembut dengan merangka pelbagai program bagi menambat semula hati rakyat.

Antaranya cadangan mengurangkan kadar bunga pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Sedangkan kami di Kelantan tidak mengenakan kadar bunga satu sen pun daripada pemohon pinjaman Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin). Kerajaan pusat baru nak turunkan kadar bunga.

"Ini semua adalah perkara khianat terhadap agama Allah yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab khasnya pemimpin Umno dan BN," ujarnya.

Katanya juga muzakarah mesti ada asasnya untuk dibincangkan contohnya soal perpaduan, kenapa kita sesama Islam asyik bertengkar sedangkan ia bertentangan dengan prinsip Islam.

Beliau berkata, pertemuan boleh diadakan dengan syarat semua pihak perlu ikhlas.

"Ikhlas ni hanya ada pada PAS yang mengikut kehendak Islam sebenar dan ia tiada pada Umno. Umno tidak akan ikhlas dalam perjuangannya selagi berpegang pada ajaran nasionalis.

"Kecuali parti itu kembali semula pada ajaran Islam, baru mereka faham pengertian ikhlas dari sudut Islam," ujarnya

Mahkamah benarkana Anwar cabar kesahihan pemecatannya





Mahkamah Persekutuan di sini semalam memberikan lampu hijau kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar kesahihan dari segi perlembagaan, pemecatannya daripada jawatan Kabinet hampir 10 tahun lalu, oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bernama melaporkan panel tiga anggota itu yang diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, sebulat suara membenarkan Anwar merayu kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, bahawa pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah sah pelaksanaannya dari segi undang-undang oleh Tun Dr Mahathir.

Berikutan keputusan itu, Mahkamah Persekutuan akan menentukan dua persoalan undang-undang - sama ada pemecatan Anwar tidak mengikut perlembagaan, dan sama ada Tun Dr Mahathir boleh memecat timbalannya tanpa terlebih dahulu menasihatkan Yang di-Pertuan Agong.

Mahkamah akan memutuskan, pertama sama ada peruntukan Artikel 43(5) Perlembagaan Persekutuan secara khusus menghendaki Yang di-Pertuan Agong merupakan kuasa yang membatalkan pelantikan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam Kabinet Malaysia dengan berdasarkan prinsip bahawa hanya pihak yang berkuasa yang melantik mempunyak hak untuk membatalkan sebarang pelantikan yang dibuatnya.

Dan kedua, sama ada pemotongan nama Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan penggantian nama perayu (Anwar) dengan nama responden Tun Dr Mahathir sebagai menteri kewangan melalui perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan 1998 dapat membaiki ketidakpatuhan responden pertama terhadap peruntukan jelas dalam perkara tersebut.

Mahkamah masih belum menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan Anwar itu dan beliau diperintah untuk memfailkan rekod rayuan dalam jangka masa 14 hari.

Bersidang bersama Malanjum ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman dan Datuk Abdul Aziz Mohamad.

Pada 23 Dis 1998, Mahkamah Tinggi menolak saman Anwar terhadap Tun Dr Mahathir dan kerajaan, untuk terus membatalkan permohonannya bagi satu perintah mengisytiharkan keputusan Tun Dr Mahathir memecatnya daripada jawatan Kabinet pada 2 Sept 1998 sebagai salah dari segi undang-undang, tidak sah dan batal.

Anwar menegaskan bahawa pembatalan pelantikannya patut dilakukan Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat perdana menteri dan pembatalannya tidak boleh dikuatkuasakan oleh perdana menteri tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

Anwar juga gagal memansuhkan keputusan Mahkamah Tinggi itu selepas Mahkamah Rayuan pada 25 April 2007 menolak rayuannya dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mahkamah Rayuan mengesahkan bahawa pemecatan Anwar daripada jawatan Kabinet dilakukan mengikut undang-undang oleh Tun Dr Mahathir memandangkan kuasa untuk melantik dan memecat menteri terletak pada perdana menteri.

Anwar diwakili peguam Karpal Singh, Ram Karpal Singh, S.N.Nair dan Nicholas Netto. Beliau tidak hadir di mahkamah.

Terdahulu Karpal Singah berhujah bahawa Tun Dr Mahathir merupakan orang yang membuat keputusan untuk memecat Anwar daripada jawatan Kabinet dan menggugurkan beliau berkuat kuasa pukul 5.30 petang 2 Sept 1998 tanpa sebarang penunjuk bahawa Yang di-Pertuan Agong telah dinasihati beliau sebelum beliau (Tun Dr Mahathir) menyediakan dan menyerahkan surat pemecatan kepada Anwar.

Karpal Singh berkata Anwar, yang merupakan pemohon terhadap rayuan itu, bersetuju untuk tidak memohon mendapatkan kembali jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kerana perkara itu adalah akademik.

Sebaliknya Anwar mahu mahkamah menganugerahkannya ganti rugi.

Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi yang mewakili Tun Dr Mahathir dan kerajaan, membantah permohonan kebenaran itu dengan berkata perkara itu telah menjadi sesuatu yang akademik.

Isnin, Jun 16, 2008

Sebuah parti komponen akan keluar BN - Ku Li

Meneruskan siri kempennya di Pantai Timur, Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semalam mendakwa sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) akan meninggalkan parti itu sebelum hujung bulan ini. -->
Buletinonline memetik bekas Menteri Kewangan itu berkata dalam jelajah kempennya selepas mengunjungi Terengganu sejak kelmarin, bagaimanapun tidak menamakan parti yang dikatakan akan keluar dari BN itu.
"Saya mendapat berita bahawa satu parti akan keluar daripada BN sebelum hujung bulan ini," dakwanya ketika menghadiri majlis Perhimpunan Cawangan-cawangan Umno Pahang di sini.
Turut hadir pada majlis itu ialah bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sabaruddin Chik.
Sementara itu, dalam program anjuran NGO di Kuala Terengganu, beliau telah menyatakan kesedihannya kerana kesilapan kerajaan telah menyebabkan Pulau Batu Putih diserahkan kepada Singapura baru-baru ini.
Kelemahan persiapan kerajaan menghadapi perbicaraan mahkamah antarabangsa telah menyebabkan Pulau yang sah dari segi sejarah itu berpindah milik kepada Singapura.

Hak rakyat Terengganu "Royalti" di kembalikan.

Setelah sekian lama rakyat Terengganu dizalimi dan dinafikan hak untuk memperolehi hasil royalti minyak, maka akhirnya bayaran royalti ini dikembalikan ke pangkuan rakyat negeri Terengganu. -->
Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri pada 14 Jun 2008 bahawa bayaran royalti minyak ini akan dikembalikan telah memberi gambaran bahawa sememangnya pembayaran tunai hasil royalti minyak sejak dari 5 September 2000 telah dinafikan walaupun ianya telah termaktub dalam perjanjian perundangan antara kerajaan pusat dan negeri Terengganu.
Ternyata rakyat telah dianiaya dan dizalimi hasil dari tindakan politik sempit kerajaan pusat apabila PAS mengambilalih pentadbiran kerajaan negeri Terengganu pada tahun 1999 yang lalu.
Penafian hak ini berlaku semata-mata kerana rakyat telah melaksanakan tanggungjawab berdasarkan kepada lunas demokrasi dalam pilihan raya.
Sejak itu PAS telah mengambil tanggungjawab untuk mendapatkan kembali hak yang sememangnya termaktub dalam perjanjian ini dengan memulakan proses perundangan setelah kerajaan pusat pimpinan BN terus menerus menunjukkan sikap tidak peduli dengan permintaan kerajaan negeri pimpinan PAS untuk mendapatkan kembali royalti minyak.

Inilah hadiah kemenangan BN kepada rakyat Malaysia

Seluruh rakyat patut 'berterima kasih' kepada sesiapa yang baru menyertai atau menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana sokongan mereka ini telah menyumbang kepada keyakinan Umno/BN untuk menaikkan harga minyak yang jelas membebankan rakyat Malaysia. -->
Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar berkata jika mereka (yang menyertai) tidak menyokong Umno ketika bekas presidennya Tun Dr Mahathir Mohamad pun menarik diri kemungkinan Umno terpaksa berfikir dua kali untuk menaikkan harga minyak ini.
"Biarlah ia menjadi pengajaran kepada orang yang menyertai Umno/BN atau bekerjasama dengan Umno/BN atau berhasrat untuk menyertai kerajaan BN bagi menindas rakyat melalui kenaikan harga minyak ini," katanya dalam tulisannya di Harakah keluaran terbaru.
Dalam menangani masalah kenaikan tersebut sepatutnya Perdana Menteri mengumumkan beliau dan semua anggota kabinet tidak layak untuk menerima gaji dan elaun kerana mereka tidak bekerja untuk membangunkan negara dan mengeluarkan rakyat daripada bebanan hidup, katanya.
Katanya, kerajaan juga sewajarnya menghapuskan projek-projek membazir dan menghapuskan tender runding reka dan bina kerana ia melibatkan kos yang besar iaitu hampir sekali ganda daripada kos tender terbuka.
Kerajaan juga wajar menghentikan projek-projek membazir yang mengakibatkan rakyat menanggung beban seperti penganjuran Kejohanan Bola Sepak Belia Asia (CYC) yang menelan kos hingga RM17 juta, yang diakui oleh Menteri Belia dan Sukan serta Presiden FAM sebagai tidak bermanfaat untuk Negara dan pembangunan bola sepak, katanya.
"Begitu juga projek seperti Taman Tamadun Islam di Terengganu yang menelan hampir RM1 bilion.
"Petronas sendiri membazirkan wangnya dengan banyak untuk orkestra di KLCC, termasuk membelanja sehingga RM3.5 juta sebulan untuk membayar gaji 105 orang pemuzik orchestra yang majoritinya rakyat asing," kata Mahfuz yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena.
Kesan daripada itu beliau membangkit persoalan bagaimana Petronas boleh bersungut tentang peningkatan kos pengurusannya mencecah 200 peratus, sedangkan pembaziran begitu banyak berlaku.
"Jika dikaji Laporan Ketua Audit Negara, kita akan dapati begitu banyak pembaziran dalam perbelanjaan awam. Sepatutnya pembaziran ini telah lama diatasi," katanya yang merujuk soal pembaziran kerajaan mempengaruhi kesan kenaikan harga minyak demi menampung kerugian akbibat salah urus dana negara dan rakyat jelata.

Ahad, Jun 15, 2008

Juruterbang peluk islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan.

Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.
Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :
Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.
Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.
Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.
Al-Fatihah.

Sabtu, Jun 14, 2008

Blog Tun Dr. Mahathir Chedet.com capai hit sejuta pelawat

Laman web blog Tun Dr Mahathir Mohamed mencipta sejarah tersendiri di dalam arena perlumbaan ‘hit to a million’ di kalangan penulis blog tempatan. Lebih kurang dalam masa sebulan, laman web yang terkenal dengan alamat internet www.chedet.com telah berjaya menarik pengunjung bagi mengikuti luahan dan perkembangan politik Malaysia menurut pandangan peribadi beliau sendiri.
Adapun penulis blog yang lain mungkin mengambil masa yang agak lama bagi menarik perhatian peminat blog politik Malaysia kerana terdapat beberapa faktor yang rigid yang boleh menyumbang keberkesanan dalam proses menarik peminat membaca laman web peribadi masing-masing.

Apa yang ada di TV Malaysia sekarang...

Satu ketika dulu...demam filem Bollywood. Kemudian telenova Latin. Kini Sinetron daripada Indonesia pula mengambil tempat. Semuanya gara-gara drama/filem kita tidak dapat menyentuh jiwa dan memenuhi citarasa penonton tempatan.

tv3 ada bawang merah bawang putih, anakku bukan anakku, dongeng tv9 ada soleha tv1 pun ada tiap-tiap hari banyak lagi slot indon yang ada yang ntah apa tajuk dia. cerita pun bukan best kadang tu mengarut dan kononya cerita lawak. Dahlah dalam radio malaysia ni dah sakit telinga dengar lagu indon. apa nak jadi ngan malaysia ni??? apa kita boleh buat....

memang penerbitan dari indonesia lebih bermutu, tapi tak bermakna di malaysia tak da pengarah dan penerbit yang berkualiti, tapi TV di Malaysia nak untung lebih, bawa masuk drama luar..bayar murah..untung banyak.. Sepatutnya banyakkan rancangan tempatan terutama RTM, dia paling takpatut masukkan slot drama indon sebab ia TV kerajaan. Malu wei.. aku tengok TV Indonesia, TV Thai semua hanya masuk 90% rancangan tempatan. (Aku tengok guna satelit dish..) Tp aku tak tengok semua drama luar dalam TV TV Malaysia..meluat..! Tak ada identiti sendiri...

Ketahuilah agenda-agenda yang tersembunyi

Assalamualaikum,
Ada satu perkara yang ana ingin kongsi bersama. ana tak pasti samada maklumat ni dah sampai ke pegetahuan ikhwah semua. Semasa menghadiri kelas Dr Bahjat di salah sebuah masjid di Mafraq, ana diberikan satu kertas yang menjelaskan tentang bahaya POKEMON. Antara kandungan kertas itu ialah beberapa makna binatang-binatang yang ada dalam cerita kartun tersebut. Perkataan-perkataan itu adalah dalam bahasa siryani (lughah siryaniiyah).
contohnya:POKEMON - saya yahudiCHARMANDER - ALLAH itu lemah… (SUBHANALLAH!)PIKACHU - jadilah seorang yahudi..
Terdapat beberapa lagi nama binatang dalam cerita pokemon yang membawa makna yang kufur dan jahat.Bagi ana, kalau sekadar cerita kartun pokemon ini dicipta oleh yahudi, itu boleh diterima. sebab tak semestinya kita menolak semua yang dicipta oleh orang kafir. tapi kali ini terbukti bahawa yahudi ada niat yang amat buruk tersembunyi di sebalik nama pokemon. Maka ana menyeru semua ikhwah supaya menyebarkan maklumat ini dan bermula dengan diri sendiri dengan memulaukan kartun ini.

Khamis, Jun 12, 2008

Pembayaran Gaji dua kali sebulan

Gaji kakitangan kerajaan akan dibayar dua kali dalam sebulan mulai Ogos ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam.
Beliau berkata, langkah itu adalah bagi memudahkan mereka mengurus perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah berikutan kenaikan harga bahan api.
“Separuh pertama akan dibayar pada pertengahan bulan dan separuh kedua akan dibayar pada hujung bulan.
“Potongan-potongan seperti cukai pendapatan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya akan dilakukan pada hujung bulan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini.
BAYARAN gaji dua kali sebulan diharap membolehkan kakitangan kerajaan membelanjakan wang dengan lebih berhemah. – Gambar hiasan.
Ditanya sama ada sektor swasta turut berbuat demikian, Abdullah berkata: “Saya menganggap ini adalah satu pendekatan yang baik kerana ia membantu pekerja-pekerja kita untuk menguruskan aliran tunai isi rumah. Ini adalah penting.” – di petik dari berita Bernama

Akhirnya Rakyat Selangor dapat air percuma.

Rakyat Selangor akhirnya akan mendapat bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan seperti yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Rakyat.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan perkara tersebut selepas kerajaan negeri menyelesaikan rundingan dengan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hari ini.
Abdul Khalid dalam sidang media yang turut disertai Presiden KDEB, Dato' Abdul Karim Munisar dan Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Dato' Ruslan Hassan berkata penyelesaian telah dicapai bahawa pemberian air percuma dengan potongan RM11.40 kepada pengguna domestik bermeter individu itu akan bermula pada 1 Jun 2008.
Abdul Khalid berkata pengguna domestik bermeter individu akan mendapat bil baru dengan rebet air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan bermula 16 Jun 2008.
Jelasnya, pengguna yang telah menerima bil sebelum tarikh 16 Jun 2008 akan menerima rebet bayaran untuk penggunaan 15 hari pertama di bulan Jun 2008 di dalam bil bulan berikutnya (bulan hadapan).
Katanya, kos pembiayaan bagi pemberian air percuma itu yang akan dinikmati kira-kira satu juta penduduk Selangor itu akan dibiayai oleh KDEB, iaitu anak syarikat milik kerajaan Selangor.
"Apabila kita mengambil keputusan untuk memberi air percuma bermula 1 Jun, isu yang akan timbul ialah mengenai bil. Setiap hari Syabas akan mengeluarkan bil berdasarkan meter yang diperiksa. Jadi apabila bil keluar, pada 2 Jun pemeriksa meter akan melihat untuk satu hari itu berapa jumlah meter padu yang digunakannya.
"Oleh sebab itu kita bersetuju bil baru akan dikeluarkan bermula 16 Jun yang tertera bayaran yang akan dikenakan. Jadi, 15 hari penggunaan air itu akan direkodkan dan dibayar pihak kami,"katanya.
Tambah Abdul Khalid, ini merupakan kali pertama kerajaan negeri memberi air percuma kepada rakyat Selangor selepas ia diswastakan. Beliau turut menyakini pemberian tersebut akan disambut baik oleh seluruh rakyat negeri ini.
Selain itu katanya, melalui rundingan tersebut beberapa peringkat mengenai pemberian air percuma itu perlu dilaksanakan. Peringkat pertama ialah mengenai pengebilan bagi air percuma dan seterusnya pensturukturan semula air di Selangor
Sebelum ini, Syabas menolak permintaan kerajaan negeri untuk berbuat demikian, termasuk selepas berunding dengan KDEB dengan alasan Syabas tidak bersetuju dengan kandungan surat akujanji bersyarat KDEB yang ditandatangani pada 6 Jun lalu dan dihantar kepada syarikat itu pada Isnin lalu.
Syabas juga menyatakan cadangan KDEB secara langsung menjejaskan aliran tunai Syabas dan boleh menjejaskan operasi syarikat itu.
Ruslan sewaktu ditanya mengenai persetujuan tersebut menyatakan persetujuan telah dicapai setelah ketiga-tiga pihak melakukan rundingan.

Rabu, Jun 11, 2008

Isu air percuma - Syabas tolak cadangan Kerajaan Selangor

Dalam menyelesaikan masalah ini kita harus yakin Kerajaan Selangor akan dapat menyelesaikan nya..Insyaalah.Ini adalah sebahagian dari daki-daki yang memerlukan kesabaran dan bijaksanaan demi kebaikan rakyat.Kerajaan Kelantan pernah melalui semua itu namun dengan berkat ikhlas dan bijaksana ia dapat diselesaikan dengan baik.Kerajaan Selangor dibawah pimpinan Tan Sri akan pasti dapat mengambil langkah-langkah perlu dan jika perlu gunakan kuasa, gunakan lah jika ia diguna demi rakyat jelata.Gangguan dari Syabas pasti ada kerana mereka dah pasti datangnya dari kelompok yang sama dengan Kerajaan yang dikalahkan.Mungkin merekan masih ingin terus berbudi kepada tuan yang lama atau masih terus ingin bermimpi...Tengoklah,nilailah demi kebaikan rakyat. Syabas harus akur dan cari jalan yang lebih mulia dari terus berkokok mencari publisiti MURAH menafikan hak rakyat........BERUSAHALAH TAN SRI DEMI RAKYAT.BERSABARLAH WAHAI RAKYAT.RENUNGLAH WAHAI SYABAS.

Minyak makin kurang...?

Industri minyak dunia sudah mencapai kadar pengeluaran kemuncaknya dan setiap negara kini perlu menyediakan langkah-langkah perlindungan bagi menampung kejatuhan, kata pakar semalam.
Kjell Aleklett, profesor fizik di Uppsala University, Sweden berkata, langkah itu penting memandangkan dunia kini sudah dalam peringkat perubahan kepada masa depan yang tidak menentu dengan minyak semakin sukar didapati dan kos pengeluarannya tinggi.
“Penemuan baru semakin berkurangan. Kita sudah berada pada kedudukan tinggi sebagai ‘pemimpin minyak’ dan pasti akan turun pada suatu masa,” katanya pada Persidangan Minyak dan Gas 2008 di sini.
“Mungkin sudah terlambat untuk turun secara beransur-ansur, namun masih ada masa untuk menyediakan pelan perlindungan bagi menampung kejatuhan.”
Aleklett, yang juga pemimpin Global Energy Systems Research Group dan Uppsala Hydrocarbon Depletion Study Group berkata, banyak negara pengeluar minyak, termasuk Rusia, sudah melepasi masa puncak, yang menunjukkan pengeluaran puncak dunia akan berakhir.
“Permintaan untuk minyak dari negara pengimport diunjurkan meningkat daripada paras semasa sebanyak 50 juta tong sehari kepada 80 juta tong sehari,” katanya.
Tambahnya, Arab Saudi, Rusia dan Norway, yang merupakan negara pengeksport utama akan mengalami penurunan dalam jumlah eksport masing-masing kepada empat hingga enam juta tong sehari menjelang 2030. – di petik dari berita Bernama

Minyak makin kurang...?

Industri minyak dunia sudah mencapai kadar pengeluaran kemuncaknya dan setiap negara kini perlu menyediakan langkah-langkah perlindungan bagi menampung kejatuhan, kata pakar semalam.
Kjell Aleklett, profesor fizik di Uppsala University, Sweden berkata, langkah itu penting memandangkan dunia kini sudah dalam peringkat perubahan kepada masa depan yang tidak menentu dengan minyak semakin sukar didapati dan kos pengeluarannya tinggi.
“Penemuan baru semakin berkurangan. Kita sudah berada pada kedudukan tinggi sebagai ‘pemimpin minyak’ dan pasti akan turun pada suatu masa,” katanya pada Persidangan Minyak dan Gas 2008 di sini.
“Mungkin sudah terlambat untuk turun secara beransur-ansur, namun masih ada masa untuk menyediakan pelan perlindungan bagi menampung kejatuhan.”
Aleklett, yang juga pemimpin Global Energy Systems Research Group dan Uppsala Hydrocarbon Depletion Study Group berkata, banyak negara pengeluar minyak, termasuk Rusia, sudah melepasi masa puncak, yang menunjukkan pengeluaran puncak dunia akan berakhir.
“Permintaan untuk minyak dari negara pengimport diunjurkan meningkat daripada paras semasa sebanyak 50 juta tong sehari kepada 80 juta tong sehari,” katanya.
Tambahnya, Arab Saudi, Rusia dan Norway, yang merupakan negara pengeksport utama akan mengalami penurunan dalam jumlah eksport masing-masing kepada empat hingga enam juta tong sehari menjelang 2030. – di petik dari berita Bernama

Kenyataan Rasmi Ketua Penerangan Terhadap Fitnah Ke Atas PAS

Oleh YB Hj Mahfuz Omar

Sehubungan dengan SMS yang diedarkan oleh pihak tertentu dan laporan dalam laman web yang mendakwa seolah-olah Parti Islam Se-Malaysia PAS telah menghantar satu delegasi perundingan dengan pihak Umno bagi menyertai BN atau membentuk kerajaan campuran. Maka, saya mewakili Parti Islam Se-Malaysia PAS ingin menafikan sekeras-kerasnya kewujudan perkara tersebut. PAS cukup menyedari bahawa sokongan dan mandat yang kami terima daripada pelbagai golongan pengundi yang merentasi pelbagai kaum, agama dan budaya, adalah untuk kami bersatu dengan parti pembangkang yang lain di atas nama Pakatan Rakyat agar melakukan perubahan, penambahbaikan dan reformasi terhadap pelbagai aspek kehidupan politik dan ekonomi negara agar mengeluarkan rakyat dari kemelut dan krisis berpanjangan. Tentunya PAS, tidak sama-sekali terfikir untuk mengkhianati mandat dan menghakiskan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat. PAS juga amat sedar akan mainan politik dan perang saraf jahat pihak media dan BN dengan cubaan mereka untuk pecah-perintah Pakatan Rakyat serta menyuntik jarum kecurigaan dan kesangsian komponen parti Pakatan Rakyat yang lain, rakyat dan pengundi terhadap kami. PAS bertegas untuk terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan semua kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, serta komited bagi membebaskan cengkaman dan kezaliman kerajaan Umno/BN ke atas rakyat. Paling mutakhir keangkuhan mereka selepas PRU ke 12 ialah menarik balik subsidi bahan bakar petrol dan diesel yang menyebabkan rakyat terus derita akibat penderaan dan kezaliman kerajaan BN. Tindakan ini sekaligus telah mencetuskan impak inflasi serta kesan berantai kepada seluruh produk asasi keperluan hidup termasuk kos pengangkutan dan perkhidmatan. PAS sekali lagi menolak sekeras-kerasnya segala dakwaan jahat BN dan kuncu-kuncunya bagi mengadu-domba dan menyuntik jarum perpecahan di dalam saff Pakatan Rakyat dan serentak cuba memburukkan imej kami di kaca-mata pengundi dan rakyat seluruhnya. YB Tuan Hj Mahfuz Omar Ketua Penerangan PAS Pusat Ahli Parlimen Pokok Sena

Debat 'Penstrukturan Subsidi Minyak - RTM1

Rata-rata pengirim sistem pesanan ringkas (sms) dalam rancangan debat 'Penstrukturan Subsidi Minyak' di RTM1 malam tadi mengirin sms memaki hamun kepada kerajaan.
Debat yang dianjur RTM1 jam 9.00 malam tadi menampilkan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato' Shahrir Samad selain dua wakil media, Hanafiah Man dan Syed Munawar.
Antara isu yang diperkatakan melalui sms tersebut ialah bagaimana kerajaan dilihat tergesa-gesa dalam menaikkan harga minyak yang sekaligus akan mengakibatkan kenaikan harga barangan keperluan.
Ada juga pengirin sms yang menyatakan bahawa tindakan kerajaan ini hanya akan mengakibatkan rakyat terus berada dalam kemiskinan.
Selain itu ramai pengirim sms yang menyatakan menteri-menteri hanya pandai bercakap mengenai rasional kenaikan harga minyak dengan pelbagai alasan.
Namun pengirin sms juga berpandangan keperitan akibat kesan kenaikan harga minyak tidak dirasai para menteri kerana gaji, elaun dan klim minyak yang dinikmati menteri tidak memungkinkan mereka menghadapi kemelut kenaikan harga minyak.
Ramai juga pengirim sms dari Sarawak yang mempertikai tindakan kerajaan menaikan harga minyak yang menyebabkan harga barangan di Sarawak kini melambung tinggi.
Ada juga pengirim sms yang mendedahkan beberapa fakta mengenai perbandingan harga minyak antara negara pengeluar minyak di dunia dengan Malaysia yang mana Malaysia menawarkan harga minyak jauh lebih mahal.
Antara yang disebutkan ialah harga minyak di Venezuela (16 sen) dan Turkmenistan (25 sen) yang mana antara negara pengeluar minyak yang menawarkan harga rendah sedangkan nilai simpanan negara tersebut kurang berbanding Malaysia.
Namun dalam rancak pengirim sms mengecam tindakan kerajaan menaikkan harag minyak, beberapa pengirim sms juga menghantar kiriman ayat menyokong langkah kerajaan.
Antaranya pengirim mencadangkan agar rakyat Malaysia menggunakan basikal untuk bergerak, namun sebaik sahaja sms tersebut terpapar dalam skrin televisyen rakan penulis yang turut serta bersama penulis menonton debat tersebut menyatakan rasa meluatnya dengan mesej tersebut.
Beliau berkata, rasionalkan jika seseorang yang kini menaiki kereta ke tempat kerja yang jaraknya lebih 50 kilometer menaiki basikal.
Ini bukannya cadangan yang bernas menyelesaikan masalah rakyat, tetapi ianya mahu menjadikan rakyat Malaysia 'lembu' yang terus-menerus akan diperbodohkan kerajaan dengan alasan mengarut.

Harga Minyak Naik - Dahlah di tipu, Duit Rakyat dirompak lagi

Semalam semasa saya isi minyak motosikal, terpandang harga minyak petrol yang tercatat di skrin pum minyak RM 2.704. Saya bertanya kepada attendan pump stesen minyak Caltex tersebut, kenapa harganya ada 0.004 kat belakang tu? Kenapa bukan RM2.700? Attendan pump tu kata itulah harganya yang ditetapkan.Tapi harga yang kerajaan umumkan adalah RM2.70 bukannya RM2.704! Nampaknya rakyat ditipu dan duit rakyat dirompak lagi secara senyap. Siapa yang nak pandang RM0.004 sen tu? Tapi cuba kira mengikut perbandingan di bawah:Harga yang diumumkan RM2.70 seliter :10 liter = RM 27.0020 liter = RM 54.0050 liter = RM 135.00Harga yang sebenarnya dikenakan oleh pengusaha stesen minyak ialah RM2.704 seliter :10 liter = RM 27.04 ( beza tambahan 4 sen)20 liter = RM 54.08 ( beza tambahan 8 sen )50 liter = RM 135.20 ( beza tambahan 20 sen )Kalau bagi seorang pemilik kenderaan, tentulah tak nampak sangat bezanya 2o sen itu (anggaran bagi penggunaan minyak sebulan), tapi cuba darabkannya dengan contohnya sejuta pengguna : Duit rakyat yang dirompak secara senyap adalah :RM 0.20 x 1,000,000 = RM200,000.00.Itu baru sejuta pengguna, berapa juta pengguna minyak di Malaysia ini?Fikirkanlah, patutkah penyangak dan perompak disiang hari ini terus dibiarkan? Suarakan hak kita, tunjukkan kuasa kita... PM minta rakyat jangan demonstrsi tapi kerajaan tipu kita hidup2, rompak rakyat terang2an, tindas rakyat...Ya, Allah Engkau gantikanlah pemimpin kami dengan pemimpin yang adil, beramanah dan bertaqwa kepada Mu.. Aminnnnn

Harga Minyak Dah Turun....


Selepas solat Jumaat tadi, dalam perjalanan pergi kerja, saya singgah kat stesen minyak Caltex, terkejut saya bila tengok harga minyak dah turun. Harga sekarang sudah turun kepada RM2.700 seliter, bukan lagi RM2.704 seliter seperti harga semalam. Nampaknya penurunan harga minyak ini tidak dimaklumkan kepada rakyat.Apa tidaknya? Bloggers kita dah bising-bising memecahkan tembelang kerajaan merompak duit rakyat dengan senyap. Maka mungkin perintah kepada stesen minyak supaya turunkan harga ikut betul-betul harga yang kerajaan umumkan, pun dibuat secara senyap.Jadi rasminya harga minyak sekarang RM2.700 seliter. Tahniah bloggers, teruskan lagi membongkar penipuan dan perompakan wang rakyat oleh kerajaan BN (Barang Naik).

Selasa, Jun 10, 2008

Petua Mencuci Hati

oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah. 1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan. 3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X. 5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan. 6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka) 7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!) 8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa) 10) Kekalkan wuduk11) Bersedekah12) Belanja orang makan.13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat14) Berkawan dengan ulama15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) 16) Pesan pada orang, jadi baik17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat

Perlu anda ketahui

Pertama sekali abang Perdana Menteri kita ia itu Ibrahim bin Badawi menerusi syarikatnya SkyChef menjadi supplier makanan kepada syarikat penerbangan MAS yang sekarang mengalami kerugian RM900 juta untuk sembilan bulan pertama 2005. Abang PM kita jual sebotol air mineral kepada MAS dengan harga RM30 setiap botol. Kenapa kita hairan MAS rugi ?
Menteri Besar terengganu Idris Jusoh telah mengadakan lumba kapal layar Monsoon Cup yang menelan duit rakyat sebanyak RM300.0 Juta.
Duit ini di bayar kepada seorang taukeh bernama Patrick Lim dan kekawannya termasuk Khairy Jamaludin menantu Perdana Menteri. Perlumbaan kapal layar tak sampai lima hari makan duit rakyat RM300.0 Juta. Sudah tentu duit RM300.0 Juta itu ditelan oleh orang yang sungguh bertuah dapat kontrak RM300.0 Juta itu.
Untuk menutup kehilangan duit sebesar ini sekarang sabsidi minyak di potong dan harga minyak naik 30 sen satu liter.
Telekom Malaysia pula rugi lebih RM700 Juta duit rakyat sebab terpaksa bayar ganti rugi kepada syarikat telekom German ia itu Deutsche Telekom.. Terpaksa bayar ganti rugi RM700 Juta sebab Telekom Malaysia tak tahu buat kontrak.
Nak tutup rugi ini pula kerajaan potong sabsidi minyak.
Sekarang lebih murah naik kapalterbang Air Asia pergi balik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Tambang pergi balik Air Asia dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu tak sampai RM300 bagi tiga orang sekeluarga.
Air Asia diurus oleh orang yang tidak rasuah dan yang tahu buat bisnes tanpa menyusahkan rakyat.
Sekarang dengan harga minyak yang sudah naik, belanja minyak sahaja nak pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar sudah naik hingga RM220 (kereta Proton Waja). Bayar tol pula lebih RM120. Belanja makan dan minum (nasi campur dan teh kosong) bagi sekeluarga enam orang tambah lagi RM40. Ini bermaksud jumlah belanja minyak, tol dan makan minum pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar hampir RM400.
Negeri lain bukan macam negara kita. Walaupun harga minyak di Thailand lebih mahal daripada harga minyak di Malaysia tapi di Thailand tak ada bayar tol.
Dari Bukit Kayu Hitam ke Bangkok jauhnya lebih 1,100 batu (bukan kilometer) naik lebuhraya enam lorong tanpa bayar TOL (bukan empat lorong macam Lebuhraya Utara Selatan kita).
Di Thailand tak ada rasuah AP. Harga kereta Honda Civic 1.5 di Thailand tak sampai RM40,000. Lebih murah daripada harga kereta Perodua Kelisa 1.0 di Malaysia. Inilah kelebihannya di Thailand - tak ada AP di sana .
Di Malaysia pula ada AP. Sebenarnya harga AP yang perlu di bayar kepada Kerajaan (MITI) tak sampai RM250 sahaja. Tapi AP boleh di jual sehingga RM40,000 sekeping kepada Dato Dato yang kaya yang di kenal sebagai "AP King". Rasuah AP ini telah berlanjutan selama lebih 30 tahun. Akhir kata rakyat Malaysia yang terpaksa tanggung rasuah AP ini. Oleh yang demikian kereta Honda Civic 1.5 yang dijual dengan harga RM40,000 di Thailand naik harga sehingga RM110,000 di Malaysia. Rakyat Malaysia rugi. Kerajaan pun hilang wang. Bila kerajaan tak cukup wang - maka potonglah subsidi minyak. Maka naik lah harga minyak 30 sen satu liter.

Harga Minyak Sepanjang Zaman...

Harga minyak sepanjang zaman.. (dalam masa 16 tahun - sejak 1990 )

TIME TUN DR MAHATHIR
sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21 )
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02 )

TIME DOLLAH BEDAWI
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)


Nota : (ayat - ayat standard)
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan .
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN INI .

Kalau betul boleh cuba (why not try..)

Idea daripada orang-orang yang kerja kat PETRONAS - price control Nampaknya menjelang tahun depan harga petrol akan menghampiri RM 2.00. Mahu supaya harga petrol turun? Kita perlukan satu tindakan bijak dan bersepadu. Philip Hollsworth menawarkan idea bagus ini. Ianya LEBIH BERKESAN berbanding empen 'jangan beli petrol pada hari tertentu' yang dilakukan pada April atau Mei lalu. Syarikat minyak hanya akan mentertawakan seba b mereka tahu dengan tidak membeli petrol, kita akan menyusahkan diri sendiri. Ia lebih menyusahkan pengguna sendiri berbanding penjual.. Tapi, tak kiralah dari siapa idea ini yang mencadangkan pelan yang benar-benar erkesan. Sila teruskan membaca dan ambillah bahagian dalam rancangan ini. Mengikut kenyataan dari negara-negara pengeluar minyak anggota OPEC harga seliter petrol adalah semurah 89 hingga 95 sen sahaja. Tetapi syarikat syarikat pembekal minyaklah yang mengaut keuntungan besar dari situasi sekarang ini. Kita sebagai pengguna perlukan tindakan agresif untuk 'mengajar' mereka bahawa PEMBELI juga ada kuasa untuk yang mengawal harga, bukan penjual sahaja. Dengan harga petrol yang naik begitu tinggi sekarang ini, kita pengguna perlu bertindak
segera. Satu cara yang disarankan untuk menurunkan harga petrol ialah dengan memberikan tamparan 'market leader' industri berkenaan, iaitu dengan tidak membeli petrol dari penjual tertentu. Ini dapat kita lakukan tanpa menyusahkan diri kita sendiri. Ideanya begini :- Untuk sepanjang tahun ini, JANGAN beli petrol dari TIGA SYARIKAT MINYAK TERBESAR DIDUNIA iaitu 1) ESSO/MOBIL 2) SHELL 3) PROJET Tiga syarikat gergasi inilah yang sebenarnya mengawal harga runcit petrol dan mengaut keuntungan untuk diri mereka sendiri. Jika mereka tidak merasa penjualan petrol mereka menurun secara tiba-tiba sedangkan pesaing mereka akan terus maju, mereka akan mula menurunkan harga. Dan jika mereka berbuat demikian yang lain akan turut serta. Tetapi, untuk kaedah ini memberi kesan, kita kena memberitahu berjuta pembeli ESSO/MOBIL,SHELL dan PROJET.

Harga Minyak Melambung dan Akan Terus Melambung..

Kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pengurangan subsidi bahan api berkuatkuasa pada hari ini 5 Jun 2008. Harga bahan api, petrol dan diesel khususnya melambung sebanyak 41% dan 63%.
Sekali lagi, rakyat dibebankan dengan kenaikan keterlaluan!! Rakyat pastinya dirundung kehidupan rumit. Bermula dari harga minyak, menjalar ke bil eletrik, tertekan parah dengan kos pengangkutan dan harga barang keperluan lainnya.
Arakian subsidi minyak dikurangkan, tetapi persoalannya keuntungan Petronas yang jenuh melimpah tertiris dan bocor kemana? Tidak ada pertanggungjawaban waima kepada Parlimen sekalipun. Yang arif mengenai kedudukan kewangan Petronas hanya Perdana Menteri dan yang terserlah adalah Projek mega dan Koridor!
Rakyat bukan sahaja dinafikan maklumat malah limpahan dan habuan dari khazanah utama negara tidak dirasakan. Kemanfaatannya adalah buat keluarga dan kroni yang sekonyong-konyong dianugerah kontrak dan projek.
Inilah yang kami sering ungkapkan sebagai pengurusan ekonomi yang lembab dan tidak bertanggungjawab!
Amalan hidup pimpinan negara terus boros, pembaziran dan rasuah terus berleluasa.
Justeru itu kami membantah keras dasar Kerajaan UMNO-BN yang mengabaikan tanggungjawab dan membebankan rakyat. Setelah gagal mengurus ekonomi dan menjamin keselesaan hidup rakyat, pimpinan UMNO-BN seharusnya berundur!
Saya ulangi pendirian saya dan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak dan meletakkan asas ekonomi manusiawi. Dasar tersebut harus menjurus kapada pertumbuhan segar dan pantas, namun tetap prihatin terhadap kehidupan rakyat.

Ahad, Jun 01, 2008

Kenapa dan mengapa Sdr. Ezam kembali kepangkuan UMNO ?

Inilah ulasan yang di ungkapkan oleh Sdr. Ezam melalui satu siaran temubual di kaca televisyen baru-baru ini. ”Saya melihat dan yakin komitmen Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta beberapa pemimpin utama BN untuk membina kembali nilai-nilai integriti pengasas-pengasas BN yang menjadi tunjang kekuatan bangsa dan negara selama ini. Justeru, saya menawarkan diri saya untuk bersama mereka membina kembali kekuatan nilai integriti tersebut demi rakyat dan negara yang tercinta ini.”

Justeru itu, kita Umat Islam yang cintakan kesyumulan Islam itu sendiri tidak perlu gusar dan bersedih dengan kemasukan semula Sdr. Ezam ke dalam UMNO. Ezam bolehlah diibaratkan sebagai seorang banduan tulen yang yang Munafik. Kenapa aku gelar dia munafik, sebab paling utama adalah melalui kata-kata beliau selepas melepaskan jawatan Ketua AMK PKR, dan beliau pernah juga menyatakan dihadapan TGNA bahawa dalam semua Parti Politik yang wujud negara ini, hanya PAS sahaja yang boleh dipercayai. "Selepas saya perhatikan secara mendalam kedudukan Parti Politik di tanahair, saya percaya PAS adalah parti politik yang boleh dipercayai berbanding dengan parti lain termasuk PKR. "Tidak ada pemimpin parti lain yang begitu bersungguh-sungguh berjuang untuk menegakkan keadilan melainkan PAS. Dan lihat sahajalah para pemimpin mereka yang sanggup berkorban demi menegakkan, Islam, perjuangan dan keadilan,"... macam tu lah kata-katanya. Kini, setelah mengangkat PAS sebagai yang terbaik, kenapa beliau masuk kembali UMNO?? Adakah beliau seorang munafik yang hanya pandai berkata-kata? Rasionalnya: Jika beliau memperjuangkan keadilan, beliau tidak akan bermuka-muka di hadapan mursyid kesayangan ahli PAS itu semata-mata inginkan publisiti murahan.

Walaupun kita dari penyokong parti yang berbeza sama ada PAS,PKR dan DAP tapi kita mesti terus bersatu dalam Pakatan Rakyat...PKR adalah jambatan yang menghubungi DAP dan PAS..jangan biarkan jambatan itu musnah sebaliknya kita kukuhkan lagi jambatan tu....kemenangan semakin hampir..............takbir................

Fadhilat Surah Yaasin

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang. 2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian. 3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh. 4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut. 5. Jika terpenjara akan dibebaskan. 6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya. 7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya. 8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya. 9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya. 10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya. 11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
“Sampaikanlah walaupun hanya dengan sepototong ayat.”

Pemakanan seharian dan diet Rasullullah

Rupa-rupanya tanpa kita sedar, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan-kawan telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain-lainnya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari-hari. apa kata kita ikut diet ini kawan-kawan. Tak payahlah susah-susah makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan-kawan ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? Kawan-kawan takkan sakit perut ataupun keracunan makanan. Jangan makan SUSU + DAGING Jangan makan DAGING + IKAN Jangan makan IKAN + SUSU Jangan makan AYAM + SUSU Jangan makan IKAN + TELUR Jangan makan IKAN + DAUN SALAD Jangan makan SUSU + CUKA Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL # JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI. # TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI. # JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA. Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan-kawan cubalaa. Ianya takdalah dalam jangka masa terdekat ni.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
Sekian.