Sabtu, Ogos 30, 2008

Perutusan Ulangtahun Kemerdekaan ke-50


Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Alhamdulillah negara kita Malaysia akan merayakan ulangtahun kemerdekaannya yang ke-51 pada 31 Ogos 2008 ini.

Penambahan usia negara kita ini seharusnya tidak melupakan kita kepada jasa dan pengorbanan mereka yang terdahulu yang telah bertungkus-lumus berkorban dan berjuang bagi memerdekakan tanah air yang tercinta ini dari belenggu penjajah.

Menurut lipatan sejarah PAS sendiri telah terlibat dalam menyumbang terhadap kemerdekaan negara kita sejak dari tarikh keramat penubuhannya pada tahun 1951, iaitu warisan dari perjuangan Hizbul Muslimin yang diharamkan British pada tahun 1948.

Malah tujuan penubuhan PAS itu sendiri adalah bagi memenuhi tuntutan melepaskan negara ini dari sebarang rupa dan bentuk penjajahan oleh kuasa bukan Islam sama ada dalam bentuk politik, ekonomi, sosial atau kebudayaan.

Kerana itu PAS telah terlibat secara aktif bersama parti-parti lain ketika itu bagi menuntut penjajah British untuk mengadakan pilihan raya umum sehingga terzahirnya pilihan raya umum persekutuan pada tahun 1955 dimana PAS telah mengambil bahagian dan memenangi satu kerusi.

Di ambang kemerdekaan ketika itu PAS juga turut mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Reid bagi menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

Kerana itu PAS turut berbangga merayakan ulangtahun kemerdekaan ini sehinggakan perlembagaan PAS fasal 5(2) menyebut bahawa tujuan perjuangan PAS termasuklah mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Sepanjang 51 tahun usia kemerdekaan negara ini PAS telah terus gigih berjuang jatuh dan bangun mengisi kemerdekaan ini dengan Islam yang merupakan prinsip dan dasar perjuangannya.

PAS telah menyumbang dalam pembangunan negara melalui wakil-wakil rakyatnya serta kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpinnya disamping yang ia turut serta terlibat di dalamnya.

Saya yakin dan percaya berteraskan dasar perjuangannya itu PAS akan terus berperanan di dalam negara Malaysia yang Merdeka dan berbilang kaum ini sehingga lahir di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang adil dan saksama yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dengan peraturan dan hukum yang diredhai Allah SWT.

Politik Islam yang luhur yang dibawa oleh PAS akan terus relevan kerana ianya keperluan manusia secara fitrah dan menepati obejektif peranan manusia yang dijadikan oleh Tuhan pencipta alam ini. Allah swt telah menetapkan beberapa prinsip yang menjadi landasan yang wajib ditaati oleh hamba ciptaanNya secara menyeluruh. Prinsip ini terkandung dalam surah an Nisa ayat ke 58-59:

"Sesungguhnya Allah memerintah supaya kamu menunaikan amanah kepada ahlinya dan apabila kamu menjalankan hukum di kalangan manusia hendaklah melaksanakan hukum itu dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat . Wahai orang-orang yamng beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan ulil amri (orang-orang yang mengendalikan urusan yang terdiri daripada pemimpin dan ulamak). maka jika sekiranya kamu bertelingkah dalam apa-apa perkara, hendaklah kamu kembalikan penyelesaiannya kepada Allah (al Quran) dan Rasul (as Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Itulah sebaik-baik dan lebih elok penyelesaiannya."

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-51, "Perpaduan teras kejayaan" dengan izin Allah SWT.

Presiden PAS_

Khamis, Ogos 28, 2008

Anwar angkat sumpah hari ini.



SETIAUSAHA Dewan Rakyat, Roosme Hamzah meletakkan tanda nama Anwar selaku Anggota parlimen Permatang Pauh semalam.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat hari ini setelah memenangi pilihan raya kecil kawasan itu Selasa lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, perkara itu termaktub di bawah Peraturan Mesyuarat 14 Parlimen bagi angkat sumpah ahli-ahli baru.

Menurut beliau, pihaknya juga telah menerima surat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam yang mengesahkan kemenangan Anwar dan kerusi tersebut perlu diisi selepas dikosongkan lebih dua minggu lalu.

Rabu, Ogos 27, 2008

Diambang kemerdekaan.


Tarikh 31 Ogos merupakan satu tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia. Ia menandakan kita merdeka dari penjajahan yang sudah sekian lama menzalimi serta menindas. Beberapa hari lagi maka genap 51 tahun kita merdeka, 51 tahun sudah negara tercinta ini bebas dari penjajahan yang menindas.

Namun kita melihat selepas 51 tahun keadaan menjadi lebih buruk. Pengangguran bertambah berkali-kali ganda, inflasi berada di paras tertinggi dalam sejarah yang mengakibatkan kenaikan harga barang secara mendadak, manakala kerajaan tidak mampu untuk menurunkan harga minyak ke paras yang munasabah bagi mengurangkan beban rakyat.

Kerajaan Barisan Nasional yang diketuai UMNO sudah tempang dan gagal memenuhi hasrat rakyat yang inginkan perubahan demi kehidupan yang lebih baik, makmur, harmoni dan adil. Akan tetapi kita kesal demi menggelincirkan proses perubahan, Barisan Nasional sanggup untuk menggunakan politik fitnah dan adu domba.

Saya menyeru penduduk Permatang Pauh agar bersama-sama menolak segala penipuan dan kezaliman yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional. Mari kita kuatkan iltizam serta perkukuh tekad perjuangan di dalam kita melawan fitnah serta perancangan jahat Barisan Nasional yang diketuai UMNO.

Marilah kita merdeka dari politik fitnah dan adu domba ini. Teladan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan anbiya lainnya seharusnya dijadikan iktibar. Saya menyeru kepada mereka yang terbabit supaya jangan menghina Syariah demi kepentingan politik. Kemukakan bukti dan saksi di Mahkamah Syariah bukannya bersumpah demi memenuhi nafsu politik semata!

26 Ogos 2008, undilah saya demi untuk keluar dari kesengsaraan hidup, rasuah dan kerencatan ekonomi. Bersempena bulan Merdeka ini marilah kita bersama-sama di Permatang Pauh ini mendakap semangat merdeka yang sebenarnya. Kita sampaikan kepada rakyat sudah tiba masanya untuk merdeka dari kesengsaraan hidup, merdeka dari rasuah dan merdeka dari keadaan ekonomi yang lembap.

Marilah kita Memerdekakan Rakyat! Demi Memerdekakan Negara!

ANWAR IBRAHIM

Tanggungjawab dan cabaran setelah kemenangan dicapai


Alhamdulillah, Allah memberikan kita kejayaan. Kemenangan ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini.

Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat.

Pada 8 Mac rakyat Malaysia memilih Harapan Baru. Hari ini di saat kita bakal menyambut hari kemerdekaan, rakyat menyahut seruan tersebut. Dengan ini kita merayakan hari kemerdekaan sepertimana pendiri-pendiri negara kita inginkan-sebuah negara dan rakyat yang bersatu.

Berhadapan dengan cabaran yang getir, kita memilih untuk menumpukan perhatian kepada isu yang berkaitan dengan negara ini. Seruan kita agar negara ini bersatu, mulai mengamalkan urus tadbir yang baik dan memperkasakan ekonomi telah menguburkan kempen yang berbaur perkauman, cita-cita individu yang sering mendapat habuan hasil dari penyalahgunaan kuasa dan eksploitasi politik yang berasaskan ketakutan serta penipuan.

Kami telah menjanjikan satu lembaran baru untuk Malaysia dan kami pasti akan melaksanakan janji kami. Kami akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia untuk memulihkan keadaan ekonomi kita, membasmi kemiskinan dan membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Kami akan memulihkan intergriti badan kehakiman, memerangi rasuah dan membina sebuah negara yang bersatu.

Dan kami akan menjadi sebuah kerajaan yang komited untuk merealisasikan aspirasi rakyat.

Dengan kejayaan 8 Mac dan juga kemenangan malam ini saya berani untuk menegaskan kita mampu bersama-sama menghadapi segala rintangan di masa hadapan.

Kita tidak akan menang tanpa dokongan kukuh dari rakan-rakan kami dalam Pakatan Rakyat dan juga sokongan ribuan rakyat Malaysia tidak kira samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, yang datang ke Permatang Pauh, bekerja keras, memerah keringat serta mengirim doa demi memastikan kemenangan ini. Saya sangat menghargai keberanian, tekad dan kesungguhan anda semua; saya mengucapkan tahniah terhadap komitmen saudara semua terhadap prinsip bersama sebuah kemerdekaan, keadilan dan demokrasi.

Langkah kecil buat Permatang Pauh hari ini akan memastikan perubahan besar buat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

Anwar angkat sumpah pada hari Khamis ini.


TERBARU: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh hari Selasa, akan mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat, hari Khamis. Pandikar Amin umumkan perkara itu pada sidang dewan pagi Rabu. - 27/8/2008

Terima kasih rakyat Permatang Pauh


"Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan buat seluruh penduduk dan pengundi P44 Permatang Pauh kerana telah memberi kemenangan besar buat Pakatan Rakyat dan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim melangkah ke Parlimen menerajui Pakatan Rakyat dan seterusnya mengambil alih Putrajaya, InsyaAllah..

Pengundi Permatang Pauh telah memberi sumbangan yang amat amat bermakna dan berharga buat seluruh rakyat Malaysia dan telah mencatat sejarah terulung negara dan tidak mungkin dapat dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia..

Kemenangan DSAI adalah dengan kiraan undi menarik yakni majoriti undi yang memihak DSAI adalah melebihi sedikit sahaja berbanding Arif Shah iaitu 15671(majoriti sahaja, jumlah 31195!) manakala 15524 untuk BN.. perbezaan undi lebih 147 sahaja

Ini merupakan permulaan ke arah Malaysia yang lebih baik dan cemerlang.. Lebih banyak ujian demi ujian getir yang bakal dihadapi oleh pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat selepas ini.. Jadikan kemenangan ini sebagai satu semangat baru untuk terus berusaha untuk menentang kezaliman dan kejahatan demi kesejahteraan ummah sejagat..

Salam Reformasi... HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA... TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR!!!REFOMASI!!!"

PKR kekal di Permatang Pauh


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, kembali mewakili Parlimen Permatang Pauh selepas memenangi pilihan raya kecil kawasan itu, semalam.

Anwar memperoleh 31,195 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah yang mendapat 15,524 undi. Seorang lagi calon dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Mamat, pula hilang wang deposit selepas memperoleh hanya 92 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya di pusat penjumlahan undi di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun, di sini pada jam 10.05 malam tadi.

Seramai 47,356 atau 81.01 peratus daripada 58,459 pemilih mengundi pada pilihan raya kecil itu yang diadakan selepas kerusi berkenaan dikosongkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding semula di Permatang Pauh.

Anwar menyandang kerusi itu sejak 1982, tetapi tidak bertanding pada pilihan raya umum 1999 berikutan kes liwat dan rasuah yang dihadapinya.

Kerusi itu bagaimanapun dimenangi Wan Azizah pada 1999 dan mengekalkannya pada pilihan raya umum 2004 dan Mac lalu sebelum melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen kawasan berkenaan pada 31 Julai lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, Wan Azizah menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,888. Wan Azizah memperoleh 30,338 undi, manakala Pirdaus mendapat 16,950 undi. Peratusan mengundi bagi kawasan Parlimen itu pada pilihan raya umum lalu adalah 81.87 peratus.

Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR): 31,195 undi Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi Hanafi Mamat (Akim): 92 undi Majoriti undi: 15,671 Jumlah pengundi: 58,459 Peratus mengundi: 81.01 Undi rosak: 447Undi tidak dikembalikan: 98

Lafaz sumpah hanya lepas proses perundangan - Majlis Fatwa

Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat proses perundangan perlu berjalan terlebih dahulu sebelum lafaz sumpah laknat (muhabalah) dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Iklan

Bernama melaporkan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam melakukan sumpah itu, ia perlu melibatkan kedua-dua pihak iaitu individu yang dituduh serta mereka yang menuduh dan ia tidak semestinya dilakukan hanya di masjid.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas dengan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan di sini hari ini, beliau berkata pendapat beberapa tokoh agama terhadap sumpah yang dilakukan baru-baru ini oleh Mohd Saiful berhubung dakwaannya terhadap Anwar itu, telah mengelirukan masyarakat dan ia harus menjadi pengajaran kepada pihak-pihak berkaitan dalam menangani isu seumpama itu pada masa akan datang.

"Kita (Majlis Fatwa Kebangsaan) merasakan bahawa proses perundangan harus berjalan dan muhabalah boleh mengambil tempat apabila proses perundangan itu sudah diselesaikan.

"Apa yang berlaku sekarang harus dijadikan pengajaran agar kedua-dua pihak dapat dibawa ke pengadilan dan apabila satu pihak merasakan bahawa dirinya tidak terbela atau teraniaya, maka muhabalah boleh dilakukan dengan melibatkan kedua-dua pihak berkenaan," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata rumusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan itu bukan berpihak kepada mana-mana individu sebaliknya ia adalah untuk menegakkan kebenaran mengikut syariat Islam.

"Undang-undang Islam adil dan jangan harus khuatir memikirkan perbicaraan melalui perundangan dan muhabalah boleh dilakukan di mahkamah ataupun di luar mahkamah bergantung kepada keputusan yang akan dibuat.

"Kedua-dua pihak berkenaan mesti berada dalam situasi yang mengizinkan muhabalah atau sumpah itu dilakukan.

Tidak semestinya kedua-dua pihak itu berada pada satu tempat tetapi kedua-duanya mesti terlibat (melafaz sumpah)," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mempolitikkan atau memanipulasi isu berkenaan kerana sebarang persoalan mengenainya perlu dirujuk kepada ulama atau kitab-kitab agama.

Ditanya sama ada lafaz sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful mengikut syariat, Ahmad Zahid menjelaskan apa yang dilakukan bekas pembantu peribadi Anwar itu adalah bagi membersihkan nama dan imejnya.

Beliau berkata tindakan Mohd Saiful bersumpah dengan memegang kitab suci al-Quran dan dilakukan dalam masjid adalah perkara-perkara teknikal yang tidak dipertikaikan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

"(Bagaimanapun) kita berpendapat apa yang telah berlaku dijadikan pengajaran untuk kes-kes akan datang," katanya.

Ahmad Zahid menasihatkan umat Islam supaya tidak melakukan lafaz sumpah sewenang-wenang termasuk terhadap perkara remeh-temeh dan menjadikan perbuatan itu sebagai satu trend.

Beliau berkata sebarang lafaz sumpah itu perlu dilakukan selepas proses perundangan berjalan kerana jika seseorang itu kerap berbuat demikian, sumpah tersebut tiada nilai dan orang ramai tidak akan mempercayainya.

Selasa, Ogos 26, 2008

Isnin, Ogos 25, 2008

Imam saksi sumpah Saiful mohon maaf depan Tuan Guru Nik Aziz


TERKINI! PERMATANG PAUH, 25 Ogos (Hrkh) - Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kehadirannya secara tidak sengaja dalam majlis sumpah Saiful Bukhari Azlan 15 Ogos lepas menimbulkan banyak fitnah. Iklan

Katanya, beliau langsung tidak terbabit dengan pengaturan sumpah tersebut, sebaliknya diajak menghadiri suatu majlis yang telah diaturkan pihak tertentu secara tidak dirancang.

Beliau yang dijemput memberikan penerangan sempena Solat Hajat Perdana bersama Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat di Masjid Bandar Perda malam tadi mendedahkan, kehadiran beliau di situ secara kebetulan menikahkan orang bukanya mengatur program jahat tersebut.

"Saya bukan Imam besar di situ saya cuma imam biasa sahaja. Imam besarnya ialah Haji Abdul Malek Saleh. Di televisyen mengatakan saya Iman Besar di situ salah sama sekali kerana kehadiran saya di situ untuk menikahkan pasangan pengantin.

Bila sudah upacara angat nikah tiba-tiba saya diajak ke program sumpah Saiful untuk menjadi saksi mendengar jika sekiranya tersilap perkataan terutamanya kalimah bahasa Arab, " ujarnya di hadapan ribuan jemaah.

Menurutnya, pada pukul 6.05 petang semasa menunggu tiba-tiba Saiful datang dengan beberapa orang dan terus membaca sumpah laknatnya.

Semasa membaca lafaz sumpah itu beliau beberapa kali tersalah lafazkanya termasuk tarikh kejadian.

Beliau juga hairan kenapa tiba-tiba sahaja Saiful bersumpah sedangkan lafaz sumpah sepatutnya diadakah oleh kedua-dua pihak terutamanya orang yang kena tuduh bukan yang menuduh.

"Sepatutnya sebarang program yang bakal di adakan di masjid ini mesti mendapat kebenaran dulu daripada saya atau pegawai masjid yang lain, Bukan boleh buat program sewenang-wenangnya, " katanya.

Jelas beliau lagi, jika difikirkan dengan keadaan umur dan fizikal Anwar mustahil beliau boleh lakukan perbuatan terkutuk itu kerana ia memerlukan kekuatan tambahan kejadian itu berlaku bukan suka sama suka.

Beliau juga memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana hadir dalam program berkenaan dan berharap pengakuannya malam ini mengakhiri tangapan buruk terhadapnya sepertimana yang tersiar dalam media dan internet.

Beliau juga berpendapat bahawa sumpah laknat yang dilafazkan oleh Saiful Bukhari Azlan merupakan sumpah laknat untuk dirinya sendiri, bukan untuk Anwar Ibrahim.

Solat hajat perdana itu diimamkan oleh Tuan Guru Haji Saleh dari Sik, Kedah manakala hadir memberikan ucapan ringkas ialah bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Mohd HashimYahya, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Mohd Daud Iraqi, Timbalan Ketua MenteriPulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat. - mr_

Rabu, Ogos 20, 2008

Penjajahan bentuk baru lebih halus, sukar ditentang


TANGGAL 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia tidak mengira usia, keturunan, bangsa dan agama.

Sebenarnya, perkara yang lebih utama dalam menyambut ulang tahun kemerdekaan negara bagi semua rakyat Malaysia adalah menterjemahkan sambutan ke dalam bentuk penghayatan, kesedaran dan kesyukuran. Slogan, laungan merdeka dan cuti umum tidak membawa apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati dengan penuh kesedaran dan kesyukuran nilai merdeka yang sebenarnya.

Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan perkataan merdeka. Ia juga bermaksud penghayatan dan pemahaman maksud serta kepentingan kemerdekaan yang dikecapi. Kesedaran kemerdekaan bukan saja bermakna tahu bila dan di mana sambutan kemerdekaan diadakan. Malah, lebih bermakna sedar bahawa kemerdekaan wajib dipertahankan kerana negara boleh dijajah kembali. Mensyukuri kemerdekaan bukan saja bererti gembira dengan kemerdekaan, malah memanjatkan kesyukuran kepada Allah atas anugerah kemerdekaan yang begitu berharga ini.

Itulah yang perlu dilakukan oleh generasi pascamerdeka iaitu menghayati, menyedari dan mensyukuri kemerdekaan yang tidak ternilai harganya ini. Hakikatnya, generasi hari ini tidak melalui kesusahan, kepayahan dan kegetiran zaman sebelum merdeka, baik zaman penjajahan Inggeris mahupun zaman pendudukan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

Generasi pascamerdeka hanya mengetahui zaman sebelum merdeka daripada buku sejarah. Mungkin kerana tidak dapat menghayati sendiri erti kemerdekaan sebenar, maka ada generasi pascamerdeka yang mengambil mudah sambutan ulang tahun kemerdekaan negara. Ada yang menganggap tarikh 31 Ogos cuti umum semata-mata. Hal ini sangat menyedihkan kerana ketiadaan penghayatan kemerdekaan yang sebenar boleh mengundang penjajah kembali ke negara kita.

Kita perlu sedar bahawa penjajahan yang boleh berlaku ini tidak lagi sama bentuknya seperti penjajahan ketenteraan suatu masa dulu. Penjajahan bentuk lama ini masih lagi boleh berlaku seperti yang dilihat di sesetengah negara. Hakikatnya, penjajahan bentuk baru lebih berbahaya. Perkara ini kerana ia berlaku secara halus, tersembunyi dan tidak disedari. Antara bentuk penjajahan bentuk baru ialah penjajahan pemikiran, budaya dan ekonomi. Atas sebab ini, maka generasi pascamerdeka ini perlu lebih berhati-hati berbanding generasi terdahulu.

Serangan ketenteraan dapat dilihat dan ditentang kembali. Persoalannya jika serangan yang dilakukan itu dalam bentuk serangan pemikiran, budaya dan ekonomi, bagaimana mungkin menangkisnya?

Generasi pascamerdeka yang diracuni pemikiran menerusi penjajahan bentuk baru akan memperjuangkan nilai Barat yang bertentangan dengan nilai Islam dan ketimuran. Hakikatnya, peradaban Barat sudah mula terhakis nilai murninya. Tidak wujud lagi sebenarnya peradaban Barat, yang ada mungkin adalah ‘perbiadapan’ Barat yang menjunjung nilai songsang dengan merosakkan institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan.

Keracunan pemikiran akibat penjajahan bentuk baru ini seterusnya boleh menyebabkan pencemaran budaya. Rakyat Malaysia bangga dengan kepelbagaian budaya dan adat resam pelbagai bangsa. Keunikan ini boleh terhakis jika penjajahan budaya yang terkesan daripada proses globalisasi membawa masuk budaya negatif yang membawa kerosakan.

Penjajahan ekonomi juga tidak kurang bahayanya. Mengimbas kembali kegawatan ekonomi pada tahun terakhir 1990-an, kita bersyukur kerana tidak membuat kesilapan yang sama seperti negara lain di rantau Asia Timur dengan menerima ‘ubat’ yang ditawarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia.

Apa yang disangka ‘ubat’ sebenarnya ‘racun’ yang dijadikan senjata untuk mengawal dan mengongkong kedaulatan sebuah negara merdeka.

Islam sebenarnya memberikan beberapa pendekatan yang mampu untuk memastikan kelangsungan kemerdekaan yang dikecapi oleh negara. Pendekatan ini perlu dilaksanakan oleh generasi pascamerdeka yang juga majoriti penduduk Malaysia hari ini. Di atas bahu generasi inilah terletaknya amanah dan tanggungjawab untuk memastikan agar negara terus merdeka dan makmur.

Islam turut menganjurkan kita mempersiapkan diri, masyarakat dan negara dengan segala jenis kekuatan. Dalam kata lain, kekuatan yang perlu dibina itu bukan saja da ripada aspek ketenteraan, malah ekonomi, politik, sosial dan ilmu pengetahuan. Hanya dengan kekuatan dalaman yang dapat membantu mempertahankan kemerdekaan negara.

Aspek perpaduan juga perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh generasi pascamerdeka. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Antara seorang Mukmin dengan seorang Mukmin yang lain adalah seperti sebuah binaan, di mana satu bahagian memperkukuhkan bahagian yang lain."

Jika diterjemahkan hadis ini dalam konteks Malaysia, jelas bahawa kita perlu mewujudkan kesepaduan dan kesepakatan jitu. Jika berpecah-belah dan bercakaran sesama sendiri, nescaya akan memudahkan pencerobohan musuh ke atas negara tercinta.

Penting bagi generasi pascamerdeka untuk menghayati dan memahami sejarah silam. Kejatuhan Empayar Melayu Melaka kerana perselisihan dalaman dan perebutan kuasa. Akibatnya Portugis menyerang dan berjaya menjajah Melaka. Bermula dari detik hitam pada 1511 itu, negara terpaksa menunggu 446 tahun sebelum kembali merdeka.

Kita mengambil masa 446 tahun lamanya untuk kembali merdeka. Kini kita baru merasakan nikmat kemerdekaan ini selama 48 tahun. Sanggupkah kita menggadainya sekali lagi?

Detik Kemerdekaan Malaysia


SEBELUM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Bapa Kemerdekaan Malaysia mengetuai rombongan ke London untuk berunding tentang tuntutan kemerdekaan dengan kerajaan Inggeris pada 1 Januari 1956, Tunku telah meminta nasihat daripada Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika itu yang juga merupakan salah seorang tokoh di bidang ilmu falak.

Tunku Abdul Rahman beranggapan bahawa beliau perlu berjumpa dengan Syeikh Abdullah Fahim (datuk kepada YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia) yang pada pendapatnya mempunyai firasat dan kasysyaf agar tarikh yang baik dapat dipilih bagi kemerdekaan Tanah Melayu (Mokhtar Petah, 1997).

Syeikh Abdullah Fahim menyebut dalam bahasa Arab: "am khir atana" (tahun baik datang kepada kita) bagi hari Sabtu, 31 Ogos 1957. Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957, maka pada tahun-tahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik bagi orang Melayu untuk mengisytiharkan kemerdekaan. Beliau juga melarang pemuda-pemuda UMNO (United Malays National Organization) dari memberontak dan merampas kuasa jika kerajaan British tidak menyetujui tarikh 31 Ogos 1957 ini. Jika kemerdekaan tidak dapat disambut pada tarikh yang dikehendaki itu, Syeikh Abdullah Fahim meminta supaya menunggu hingga lima tahun lagi iaitu pada hari Jumaat, 31 Ogos 1962.

Bagaimanapun apa yang dikehendaki telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. dan pada 20 Februari 1956, telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957 dan diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.

Menarik untuk diperkatakan mengenai tarikh kemerdekaan yang dipilih oleh Syeikh Abdullah Fahim. Menurut seorang guru dari Sekolah Agama Daeratul Ma'arif Al Wataniah (DMW) di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang bahawa sejenis alat digelar astrolabe kepunyaan Syeikh Abdullah Fahim ada disimpan di bilik pengetua sekolah tersebut dan dikatakan bahawa Syeikh Abdullah Fahim biasa menggunakan alat astrolabe ini bagi menghitung pergerakan cakerawala terutamanya buruj-buruj bintang.

Mengambil kira hakikat ini atas ilham pemilihan tarikh kemerdekaan yang dibuat oleh Syeikh Abdullah Fahim, tentu ada sebab yang berpatutan yang mendorong tarikh 31 Ogos 1957 ini dipilih, istimewanya mungkin dari kedudukan buruj-buruj bintang yang boleh kelihatan pada waktu maghrib sempena detik kemerdekaan negara 1957.

Rajah 2 menunjukkan bahawa pada malam kemerdekaan didapati empat buah buruj sedang berada di ufuk barat sejurus selepas terbenam matahari pada jam 7.19 malam, 30 Ogos 1957 bersamaan 4 Safar 1377 H, malam Sabtu. Buruj-buruj tersebut ialah Buruj Scorpius (Kala Jengking), Buruj Libra (Dacing), Buruj Virgo (Anak Dara) dan Buruj Kapal Layar (The Sail). Kelihatan juga dua buah planet yang sangat terang pada ketika itu iaitu Musytari (kecerahan 100 peratus) dan Zuhrah atau bintang Kejora dengan kecerahan 79 peratus berhampiran Buruj Kapal Layar. Bulan pula tepat berada di dalam Buruj Libra.

Apabila dua simulasi kedudukan malam yang berlainan bagi tarikh pilihan Syeikh Abdullah Fahim diperbandingkan iaitu bagi malam 31 Ogos 1957 dan 31 Ogos 1962 (29 Rabi'ul Awal 1382), adalah didapati jasad cakerawala berkedudukan serupa terutamanya bintang Kejora yang terang di ufuk barat pada waktu itu.

Apa yang lebih menarik lagi ialah Buruj Libra (Dacing) dan Buruj Kapal Layar yang kelihatan dengan jelas di angkasa. Tidak diketahui sama ada pemilihan dua tarikh tersebut oleh Syeikh Abdullah Fahim mempunyai kaitan rapat dengan politik Malaysia pada waktu itu atau di masa kini di mana Buruj Dacing tampak sangat sinonim dengan lambang Barisan Nasional manakala Buruj Kapal Layar berbetulan pula dengan lambang Parti Perikatan yang menang majoriti dalam pilihan raya 1955 bagi mencapai hasrat kemerdekaan dalam tempoh empat tahun (1959), namun kemerdekaan telah berjaya dicapai lebih awal lagi iaitu dalam masa dua tahun sahaja.

Pada 16 September 1963; Malaya, Singapura, Sarawak, dan Sabah (dikenali dengan Borneo Utara) telah bersetuju untuk membentuk negara Malaysia. Brunei, yang turut menyatakan hasrat untuk menyertai persekutuan Malaysia telah membatalkan penyertaannya pada saat-saat akhir. Namun, tidak ramai di antara kita yang menyedari rahsia di sebaliknya apabila permasyhuran Malaysia pada hari itu telah dimeterai oleh peristiwa falak seumpama "mata rantai yang mengikat antara keduanya". Banda raya Kuala Lumpur turut diisytiharkan sebagai ibu kota negara Malaysia dengan lokasinya yang berada di pertemuan antara Sungai Gombak dan Sungai Klang.

Menara Kuala Lumpur, menara keempat tertinggi di dunia dan juga yang tertinggi di Asia Tenggara merupakan satu projek mega Telekom Malaysia yang mula dibina pada tahun 1992 dan disiapkan empat tahun kemudian. Ia menjadi mercu tanda ibu kota di samping Menara Petronas atau KLCC.

Menara Kuala Lumpur diketahui berada pada latitud 3o09'06" Utara dan longitud 101o42'09" Timur. Menurut perkiraan adalah didapati matahari transit di meridian Menara Kuala Lumpur pada jam 1:18:09.90 tengah hari pada 29 Mac 2003 dan pada jam 1:08:37.50 tengah hari pada 15 September 2003 iaitu hampir genap 40 tahun Ulang tahun Pemasyhuran Malaysia yang jatuh pada 16 September 1963.

Setelah matahari melalui garisan Khatulistiwa (equator, 0 darjah) pada 21 Mac 2003, pada 29 Mac 2003 ia akan melalui meridian (meridian transit) Menara Kuala Lumpur. Peristiwa ini berlaku pada jam 1:18:09.90 tengah hari tetapi matahari ketika ini adalah di deklinasi 3o12'57" Utara iaitu lebih tepat di suatu tempat dalam jarak lingkungan 7.130 kilometer dari Menara Kuala Lumpur. Meridian transit matahari atas Menara Kuala Lumpur hanya berlaku pada jam 9:18 pagi dengan ketinggian matahari 30o04'24" pada arah azimuth 88o10'51" di sebelah timur sedangkan ketinggian sebegini bukan lagi pada titik maksimum matahari zenith (rembang) di atas kepala.

Begitu juga pada 15 September 2003, peristiwa meridian transit di atas Menara Kuala Lumpur pada jam 1:08:37.50 tengah hari itupun tidak betul-betul berada bersegaris secara vertical crossing (lintasan menegak). Ini kerana pada waktu itu matahari di deklinasi 3o11'23" Utara. Tempat di sekitar Kuala Lumpur yang betul-betul berada di bawah transit matahari ini ialah dalam jarak lingkungan 4.228 kilometer dari Menara Kuala Lumpur. Namun matahari hanya tepat di atas Menara Kuala Lumpur pada jam 3:31:30 petang sewaktu matahari telah pun condong ke barat di altitud (ketinggian) 54o20'19" dan pada arah azimuth 271o00'54". Ketinggian begini (54 darjah) juga bukan lagi berada pada titik maksimum matahari zenith di atas kepala.

Matahari kemudiannya akan berada di garisan Khatulistiwa (0 darjah) pada 21 September. Ketika ini, bandar Pontianak di Kalimantan, Indonesia adalah berada tepat dengan meridian transit matahari. Tugu Khatulistiwa di situ adalah penanda rasmi peristiwa matahari transit ini.

Bagi Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang pula, meridian transit matahari adalah berlaku pada tarikh 3 April 2003 pada jam 1:22:13.50 tengah hari tetapi hanya benar-benar tepat bagi tempat di lingkungan 22 kilometer darinya. Peristiwa meridian transit di USM turut berlaku pada 10 September 2003 ketika tengah hari pada jam 1:15:56.50 tengah hari tetapi transit matahari ini lebih tepat berada pada tempat lingkungan 29.076 kilometer.

Walaupun peristiwa falak mempunyai beberapa hubungan yang berkait dengan sejarah negara, ini sebenarnya adalah suatu yang lumrah dan bukannya suatu kuasa kosmik yang luar biasa. Maksud di sini ialah peristiwa falak menjadi titik-tolak bagi meraikan hari yang bersejarah secara kesederhanaan di mana kita boleh jadikannya sebagai satu iktibar bahawa perjalanan alam ini telah diatur sedemikian rupa oleh Allah Ta'ala dan mempunyai erti yang amat besar bagi orang-orang yang mahu merenunginya. Dalam disiplin ukur tanah, sesuatu ukuran lot sempadan tanah adalah diukur dan diikat dengan posisi kedudukan matahari bagi menentukan arah utara, selatan, timur dan barat bahkan juga arah kiblat. Ini secara langsung menunjukkan bahawa peristiwa falak tidak sahaja `mengikat' sesuatu hari yang diraikan itu, bahkan ia turut sama mengikat kedudukan kita di atas muka bumi ini atau dalam erti kata lain ialah "darinya juga kita akan dikembalikan". Kita tidak dapat lari ke mana-mana di alam ini kerana kita sebenarnya telah diikat rapi oleh masa dan ruang. Peristiwa falak adalah masa dan ruang itu.

Selasa, Ogos 19, 2008

Siaran langsung di TV9....siaran tertunda di TV3


Program Siri Debat Agendadaily yang akan mempertemukan dua orang kuat Pulau Pinang, akan berlangsung pada jam 9 malam 20 Ogos ini bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur.

Agendadaily selaku penganjur debat berkenaan telah mendapat pengesahan daripada kedua-dua belah pihak untuk menjayakan debat berkenaan.

Kedua-dua pihak juga telah bersetuju debat berkenaan akan dijalankan atas tajuk "Kisah Benar Kontroversi Tanah di Pulau Pinang".

Ini adalah debat kedua dianjurkan oleh Agendadaily. Debat pertama antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diadakan pada 15 Julai 2008.

Debat antara Tsu Koon dan Guan Eng ini akan disiarkan secara langsung oleh TV 9 manakala siaran tertunda oleh TV3 pada malam itu juga.



Format debat antara kedua-dua mereka akan dijalankan sama seperti format debat yang pertama dahulu.

Debat ini juga akan dikendalikan oleh moderatornya, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaaffar.

Keganasan, samseng bukan cara kita berkempen - Anwar


Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati penyokongnya agar tidak bertindak di luar batasan dan sentiasa memberikan kerjasama kepada polis.

"Saya ni bukanlah anti-polis. Jadi kita buatlah apa yang mereka suruh asal jangan bertentangan dengan apa yang kita mahu.

"Kita bukan mahu keganasan, kita mahu satu perubahan," beliau dilaporkan berkata kepada kira-kira 5,000 hadirin dalam sesi ceramahnya di Bukit Jelutong di Permatang Pasir malam tadi.

Menurut laporan Bernama lagi, penyokongnya mula bersorak sambil melaungkan laungan "reformasi" apabila sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlegar di sekitar tapak ceramah.

Adakah ini dikatakan kempen ala gengster..?


Pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Anwar, calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Mamat.

Dalam ceramah Anwar di Kampung Belah Dua, di Permatang Pauh malam tadi, beliau berkata tidak mempunyai dana yang cukup bagi
menaja makan dan minum para penyokong PKR yang hadir pada setiap ceramahnya.

"Puluhan ribu yang datang tetapi air pun tak ada. Saya tak mampu... Saya juga tidak mempunyai saham atau tanah," katanya.

Pada setiap ceramahnya, lapor agensi berita itu lagi, petugas PKR akan melakukan pungutan wang bagi menampung keperluan berkempen pada pilihanraya kecil ini yang akan diadakan pada 26 Ogos.

Anwar yang sentiasa dilihat menaiki kereta jenis Mercedes S320 berwarna perang di setiap ceramahnya juga menafikan kenderaan itu adalah miliknya.

"Kereta saya naik itu bukan saya punya. Tapi pak (bapa) saya punya. Saya ni tiada apa-apa pun. Kalau tak percaya boleh tanya Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isterinya dan juga residen PKR).

Isnin, Ogos 18, 2008

Solat benteng perbuatan maksiat


Solat liwa waktu bukan sekadar salah satu daripada rukun Islam.

SOLAT merupakan ibadah agung yang menjadi satu amalan wajib kepada semua Muslim. Ia adalah ibadah unggul yang merupakan asas penting yang terkandung dalam rukun Islam.
Firman Allah: 'Dan dirikan solat pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada ketika yang berhampiran dengannya daripada waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu (terutamanya solat) akan menghapuskan dosa. Perintah Allah s.w.t yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang yang ingin mendapat peringatan.' - surah Hud:114.

Sabda Rasulullah: 'Islam dibina atas lima (rukun). Bersaksi bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa pada bulan Ramadan.' - hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Sifat seorang mukmin yang cemerlang dikaitkan dengan amalan sifat-sifat yang mulia berhubungan dengan sifat khusyuk dalam melaksanakan solat.

Amalan solat yang sempurna boleh menyuci dan memberi ketenangan jiwa. Dalam satu riwayat hadis daripada Abi Uthman, katanya, ketika dia bersama Salman al-Farisi di bawah sepohon pokok, beliau memegang sebatang dahan kering dari pokok tersebut. Lalu Salman menggerak-gerakkan dahan itu sehingga daun-daun pada dahan itu gugur.

Kemudian dia berkata kepadaku: 'Wahai Abu Uthman, mengapa kamu tidak bertanya sebab saya berbuat begini?' Saya bertanya, 'Beritahulah kenapa kamu berbuat begitu?'

Beliau menjawab: 'Beginilah yang dilakukan oleh Rasulullah di hadapan saya semasa saya bersama baginda di bawah sepohon pokok. Baginda telah mengambil sebatang dahan kering dari sepohon pokok lalu melakukan sebegini sehingga semua daun gugur.

Kemudian Baginda bertanya kepada saya: 'Salman, mengapa kamu tidak bertanya sebab saya berbuat begini? Sahutku: 'Beritahuku mengapa tuan berbuat begitu?'

Baginda bersabda: 'Sesungguhnya apabila seseorang Islam mengambil wuduk dengan sempurna, kemudian dia menunaikan solat lima waktu maka gugurlah dosanya seperti gugurnya daun-daun ini'.

Kemudian Baginda membaca ayat al-Quran dalam surah Hud ayat 11, Hadis Ahmad dan Tabrani.

Amalan solat merupakan kemuncak kepada kepercayaan terhadap akidah dan yang menjadi matlamat dalam kehidupan. Percaya dan yakin kepada Allah bukan sahaja dengan kata-kata tetapi perlu diikuti dengan perbuatan yang ikhlas.

Kepercayaan yang mantap akan mendidik jiwa raga agar sentiasa mengambil berat terhadap amalan dan perintah solat yang wajib. Dalam solat, banyak ungkapan ikrar dilafazkan. Antaranya seperti yang terkandung dalam iftitah dan tahiyyat.

Contohnya: 'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah sekalian alam', 'Dan adalahku daripada golongan yang menyerah dan taat kepada Allah'. Ikrar ini akan diulang setiap kali ketika menunaikan solat agar akidah sentiasa mantap.

Amalan solat juga mengandungi bacaan berupa doa. Ini didapati dalam surah al-Fatihah, dalam bacaan ketika sujud dan dalam bacaan Qunut. Contohnya: 'Tunjukanlah kami jalan yang lurus. Jalan yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka. Bukan jalan Engkau murka dan bukan jalan orang sesat. Perkenankanlah.'

Dalam solat juga terdapat zikir. Yang bermaksud lafaz lisan yang mengandungi pujian, sanjungan, merendah diri dan doa. Firman Allah s.w.t: 'Dan ingatilah Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan takut dan bukan dengan suara yang keras, di waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau termasuk sebahagian daripada orang-orang yang lalai. Solat mendidik hati dan mensucikan jiwa.

Solat yang sempurna dan khusyuk memberi kesan yang mendalam kepada seseorang. Hati dan jiwa yang resah gelisah menjadi tenang, tingkah laku buruk boleh dirawat dan menjadi benteng kepada melakukan perbuatan maksiat dan dosa.

Diriwayatkan daripada Huzaifah, katanya: 'Apabila Rasulullah mengalami sesuatu kesulitan, Baginda segera mengerjakan solat.' - hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud. Pintu taubat juga terbuka luas melalui amalan solat.

Seseorang yang menghayati amalan solat akan berasa menyesal dan serba salah apabila meninggalkan solat. Tegas Rasulullah dalam sabdanya: 'Daripada Abu Hurairah r.a, saya mendengar Rasululah bersabda: 'Jika sebatang anak sungai mengalir di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu dan dia mandi dalam sungai itu lima kali sehari, pada pendapat kamu, masih adakah lagi kekotoran (pada badanya)?'

Para sahabat menjawab, 'Tidak akan tertinggal sedikit pun kekotoran'. Rasulullah bersabda: 'Maka demikianlah juga solat lima waktu. Melalui solat Allah akan mengampunkan dosa.' - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Merdeka seorang remaja


'TANGGAL 31, bulan lapan lima puluh tujuh, merdeka merdeka, tetaplah merdeka, ia pasti menjadi sejarah.'

Bait-bait lagu bertemakan kemerdekaan, dendangan Allahyarham Sudirman Haji Arshad itu begitu mendalam maknanya dan mampu meruntun jiwa sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Lagu ini merupakan antara medium yang berpaksikan matlamat untuk menghargai, menghayati dan menjiwai semangat kemerdekaan.

Justeru, dalam meniti detik kemerdekaan tanah air buat kali ke-51 pada tahun ini, menjadi suatu kewajipan untuk semua rakyat Malaysia menanam rasa bangga dengan kemerdekaan yang tidak ternilai harganya ini.

Ungkapan peribahasa 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya' menjelaskan bahawa dalam usaha memupuk semangat cintakan negara dan menghayati pengertiannya dalam kalangan anak-anak, khususnya remaja, mereka perlu diberi pendekatan bahawa merdeka bukan sekadar bererti bebas daripada penjajah sehingga boleh melakukan apa sahaja yang melampaui tatasusila, budaya, keagamaan dan perundangan.



PENGHAYATAN erti kemerdekaan sebenar perlu dipupuk sejak kecil.
--------------------------------------------------------------------------------


Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali, menjelaskan, sama ada kanak-kanak atau golongan muda, mereka perlu diserapkan dengan nilai-nilai patriotisme serta menghayati kemerdekaan negara yang sebenar menerusi didikan.

"Selain mendidik mereka tentang sejarah kemerdekaan, mereka juga perlu didedahkan dengan kefahaman dan tanggungjawab mendaulatkan martabat bangsa, agama dan negara.

"Walaupun kemerdekaan perlu ditafsir dan dipupuk kepada golongan muda seawal usia setahun jagung, masih belum terlewat untuk kita memberi penghayatan kemerdekaan kepada mereka," katanya.

Suzana juga berkata, tidak semua daripada remaja hari ini mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar.

"Selama 51 tahun yang lalu, penduduk berusaha untuk memerdekakan tanah air daripada penjajah. Walaupun negara kita telah mencapai kemerdekaan, malangnya hari demi hari, jiwa dan pemikiran kebanyakan daripada rakyat Malaysia masih dijajah. Ini termasuklah kebanyakan anak-anak muda yang lahir selepas tarikh bersejarah tersebut.

"Ramai dalam kalangan kita terikut-ikut dengan budaya hidup bekas penjajah. Dan ramai yang tidak sedar bahawa penjajah sentiasa berusaha untuk menakluk jiwa masyarakat kita.

TIDAK semua daripada remaja hari ini mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. - Gambar hiasan
--------------------------------------------------------------------------------
"Buktinya, ramai masyarakat hari ini yang hidup tidak berlandaskan ajaran Islam dan lebih memuja budaya barat, banyak terlibat dalam aktiviti yang merosakkan diri, bangsa, agama dan boleh memundurkan negara,"

Selain itu, jelasnya, terdapat faktor lain yang mempengaruhi atau mendekatkan anak-anak remaja yang belum lagi mencapai kemerdekaan sejati. Antaranya seperti berikut:

Kurang didikan agamaIslam menekankan ketinggian ilmu dan kesempurnaan akhlak. Apabila dua aspek utama ini tidak diamalkan dalam kehidupan, memang sukar untuk mencapai kemerdekaan yang sebenarnya.

Islam tidak mengenepikan tuntutan untuk belajar ilmu, selain ilmu agama. Namun, ilmu agama adalah subjek yang wajib dipelajari dan diamalkan agar kesempurnaan akhlak dapat dikekalkan, barulah generasi itu betul-betul merdeka.

Kelemahan bimbingan dan perhatian ibu bapaPengaruh luar (penjajah) telah berjaya mengalih perhatian ibu bapa daripada tanggungjawab menguruskan anak-anak kepada mencari kekayaan. Anak-anak yang tidak memperoleh bimbingan dan perhatian penuh daripada ibu bapa, mudah terikut-ikut dengan budaya yang tidak sihat. Malah, anak-anak yang tidak dipantau pergerakan hariannya dan siapa rakan mereka juga, sukar untuk mencapai kemerdekaan diri yang sepenuhnya.

Pengaruh media Media berperanan penting dalam membentuk akhlak, begitu juga sebaliknya. Anak-anak yang 'jauh' daripada ibu bapa akan berusaha untuk mencari 'ubat kesepian' dan ubat paling mudah ialah media, sama ada elektronik atau media cetak. Bila ilmu tiada dan jiwa pula kosong, anak-anak lebih mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang menghiburkan dan dalam masa yang sama tidak memberikan manfaat kepada kehidupan mereka.

Pengaruh rakanPengaruh rakan sebaya adalah faktor pemangkin paling kuat. Anak-anak akan lebih mudah percayakan rakan-rakan berbanding ibu bapa kerana faktor usia yang kononnya, lebih memahami jiwa mereka. Lantaran itulah, ibu bapa perlu mengenali rakan anak masing- masing.

MENJADI kewajipan untuk semua rakyat Malaysia menanam rasa bangga terhadap kemerdekaan yang telah dicapai ini.
--------------------------------------------------------------------------------
Dalam bentuk pendekatannya pula kata Suzana, sebagai ibu bapa dan golongan bertanggungjawab, kaedah paling utama dalam memerdekakan anak-anak ialah kesedaran ibu bapa itu sendiri.

"Masih ramai ibu bapa yang terlupa tentang hakikat hidup sebenar di dunia ini. Ada yang tidak tahu tanggungjawab dan kewajipan sebenar sebagai ibu bapa.

"Setiap ibu bapa wajib melaksanakan tanggungjawab kepada anak-anak mereka. Kegagalan mereka berbuat demikian bukan sahaja menyusahkan mereka di kemudian hari, malah menyusahkan ahli masyarakat lainnya," tegasnya.

Dalam membentuk jati diri dan semangat merdeka anak-anak, pihak berkuasa merupakan pihak kedua yang bertanggungjawab memantau setiap aktiviti hiburan yang diketengahkan.

PENGARUH rakan sebaya boleh menyebabkan anak-anak terjebak dalam kegiatan tidak bermoral. - Gambar hiasan
--------------------------------------------------------------------------------
"Mereka perlu lebih tegas dalam memantau setiap aktiviti masyarakat termasuklah program hiburan. Tidak salah berhibur, tetapi janganlah mengikut hiburan budaya barat yang rata-ratanya merosakkan akhlak.

"Selain itu, program-program ilmu perlu lebih diperhebat, bukannya berebut mencari idola yang tidak menguntungkan negara dan agama," ujarnya.

Menurutnya, menjadi tanggungjawab setiap masyarakat untuk menyedarkan setiap penghuninya yang lalai. Kaedah paling berkesan ialah kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya.

Ini dapat dilihat apabila ramai masyarakat hari ini yang hanya Islam pada nama, sebaliknya amalan dan cara hidup langsung tidak berlandaskan ajaran Islam.

Inilah bahananya menjadi mangsa Ah long....


Saya harap mereka (ah long) jangan kacau kami sekeluarga memandangkan adik saya masih belum sedarkan diri dari koma."

Itulah permintaan Tee Huei Ming, 34, abang kepada Tee Lih Chang, 31, yang masih tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur sejak 11 Ogos lalu.

Menurut Huei Ming, meskipun dia telah membuat sidang akhbar di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini 12 Ogos lalu, tetapi ah long tetap terus mengganggunya.

"Beberapa hari selepas itu ah long tersebut masih menghubungi saya dan ahli keluarga yang lain dan menuntut wang yang dipinjam oleh adik saya.

"Saya harap mereka jangan kacau lagi saya sekeluarga kerana kami sudah cukup menderita kerana bukan kami yang berhutang dengan mereka," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Berikutan itu Huei Ming membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya.

Akhbar pada 13 Ogos lalu melaporkan, mangsa, Lih Chang sanggup bertindak mengelar pergelangan tangan kirinya sebelum membakar rumahnya di Taman Kencana di sini.

Mangsa yang cedera ringan di bahagian muka bagaimanapun sempat diselamatkan oleh jirannya.

Mangsa bertindak demikian kerana dipercayai tertekan kerana tidak mampu membayar hutang ah long yang didakwa berjumlah RM160,000.

Ahad, Ogos 17, 2008

Hadiah Ramadhan - Al-Quran Online


Nampaknya Ramadhan tiba lagi. Terbuka luas untuk kita semua perbanyakkan amal ibadat sempena bulan yang mulia ini.

Sebenarnya saya amat gembira dan bahagia kerana telah terjumpa sebuah laman web yang amat berguna dan berfaedah. Dan atas semangat persaudaraan dan persahabatan dengan anda semua, saya ingin berkongsi dengan anda semua sesuatu yang amat istimewa! Apakah dia?

Sebenarnya laman web yang saya maksudkan tersebut adalah laman web yang membolehkan kita mendengar, membaca dan memahami terjemahan ayat-ayat suci Al-Quran!

Laman web ini percuma sahaja dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran. Hanya layari laman web berkenaan dan gunakan semua tools yang disediakan. Sebaik-baiknya gunakan browser Internet Explorer.

Lebih menarik lagi, ada disediakan tools untuk menukar font, terjemahan dalam bahasa pilihan, pilihan juzuk, qari yang membaca A-Quran dan banyak lagilah! Malah dengan membaca bersama dengan audio tersebut, kita boleh memperbaiki sebutan dan bacaan kita. Saya berasa dirahmati… jika selama ini adakalanya berat juga membaca Al-Quran, kini saya berpeluang membaca Al-Quran dengan memahami maksud dan terjemahannya sekali!

Nampaknya, kemungkinan saya khatam 30 juzuk Al-Quran pada Ramadhan kali ini lebih meyakinkan, insyaallah! Saya harap.. begitu juga dengan anda dan keluarga anda.

Silalah layari laman web ini : http://www.quranexplorer.com/Quran/Default.aspx

Disini saya juga ingin berkongsi laman yang memberikan Quran percuma . Bolih download dialamat : http://www.shaplus.com , Quran Reciter 4.0 beta 1. beserta mp3 Qari Said Al Ghamdi dan disediakan juga terjemahan dalam berbagai bahasa termasuklah bahasa Malaysia. Bagi yang menggunakan windows vista juga tidak menjadi masalah cuma perlu install sebagai Run as Administrator.

Dan jangan lupa, sebarkan link ini kepada rakan dan saudara anda agar mereka juga mendapat faedahnya, insyaallah.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak!

Sabtu, Ogos 16, 2008

Sumpah Saiful tak ikut syariat Islam - Hadi Awang


Petikan dari Berita Harian 16 Ogos 08

IPOH: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyifatkan tindakan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang membuat sumpah laknat bahawa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam sebagai tindakan bodoh dan tidak mengikut syariat Islam.

Ini kerana katanya, cara Mohd Saiful memegang al-Quran ketika lafaz sumpah seperti orang Kristian memegang kitab Bible.

Sehubungan itu, katanya, kes liwat berkenaan perlu dibicarakan di Mahkamah Syariah bagi undang-undang qazaf berdasarkan Perlembagaan Perkara 121(1)(a).

Sehubungan itu, Abdul Hadi berkata Pas akan tetap menyokong Anwar dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Beliau juga mendakwa tindakan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul yang meminta Anwar turut bersumpah sebagai orang agama yang tidak tahu mengenai agama Islam.

Jika tidak benar Saiful akan dilaknat Allah

KENYATAAN MUFTI PERLIS

Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa terkejut dengan keberanian Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah. Namun begitu, beliau menyifatkan sumpah yang dibuat oleh Saiful itu sebagai risiko yang teramat besar.

“Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri,” tegas Dr Asri ketika dibungi sebentar tadi.

Dr Asri yang kini berada di Kota Bharu menghadiri ‘Seminar Tajdid’ di USM, Kota Bharu berkata, “Keberanian Saiful melafazkan lafaz yang seperti itu menunjukkan samada dia meyakini apa yang dia dakwa ataupun dia tidak faham akan kesan terhadap lafaz berkenaan pada masa hadapan.”

Menurut tokoh agama yang lantang bersuara ini, tindakan Saiful itu juga boleh menimbulkan kesangsian dan keraguan terhadap pihak yang dicabar kerana bukan mudah seseorang untuk melafazkan apa yang dilafazkan oleh Saiful.

“Bukan mudah seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu benar,” katanya lagi.

Tambahnya, “Oleh kerana akan timbul kesangsian pihak yang di cabar dan untuk menghilangkan keraguan masyarakat maka pihak yang didakwa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah melafazkan sumpah bermubahalah dengan bentuk yang sama. Maka jadilah mubahalah yang mana kita akan lihat hukuman Tuhan nanti.”


Ketika ditanya bagaimanakah pendirian beliau kini setelah Saiful bermubahalah, Dr Asri berkata, “Adapun saya tidak pernah menyatakan secara putus siapa yang benar, siapa yang salah.”

Bersumpah diMasjid


Kenyataan akhbar dan Media

Khamis, Ogos 14, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelang tiba

Pesanan buat semua calon-calon yang bertanding di Permatang Pauh


Proses demokrasi jika tidak dipandu dengan kesedaran Islam akan menjerumuskan kita ke kancah yang serba jijik dan kotor. Lihatlah apa yang terjadi dalam masyarakat kita apabila berpegang dengan demokrasi yang tidak ditapis dengan tapisan wahyu ilahi; lahirnya politik wang, permusuhan sesama muslim tanpa alasan yang benar, fitnah mengfitnah, caci-mencaci dan segala macam racun permusuhan dan kebencian yang hidup atas nama baja demokrasi. Dalam mencapai hasrat kuasa dan memenangi persaingan untuk mendapatkan kuasa ramai pemain di gelanggang demokrasi itu melupai prinsip-prinsip Islam yang harmoni dan lurus.

Maka, saya yang teramat daif ini mengambil kesempatan mengingatkan para calon dan mereka yang terlibat dalam kempen Pilihanraya Permatang Pauh –yang kebetulan juga merupakan kawasan undi saya- untuk berpegang dengan prinsip-prinsip Islam ketika berkempen. Bebaskan kempen anda dari rasuah undi, caci-maki, tuduh-menuduh tanpa bukti, penggunaan bahasa atau isyarat yang kasar dan kesat, membuka aib orang tanpa sebarang keperluan yang diizinkan syarak dan seumpamanya. Kesemua itu adalah dosa walaupun atas nama deomokrasi dan kegilaan undi!Keperluan politik umat bukan itu semua. Sebaliknya kita ingin mendengar siapakah yang memiliki pemikiran dan idea yang mampu membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih harmoni, terurus dan sopan berdasarkan teras-teras yang diredhahi Allah.

Didiklah masyarakat kita untuk hidup dalam iklim politik yang harmoni dan penuh kesantunan. Janganlah nanti generasi baru yang sedang membesar akhirnya tidak mengenali politik melainkan dengan wajah serba kehodohan dan kebiadapan cara dan bahasa. Hak-hak setiap muslim lebih mulia di sisi Allah daripada kerusi politik yang menjadi kegilaan sebahagian manusia. Kita sudah penat mendengar maki hamun, ketidakjujuran, pembohongan dan penipuan atas nama politik. Berilah ruang untuk rakyat hidup dalam udara politik yang bersih dan segar. Jangan jadikan mereka terbiasa dengan pencemaran sehingga akhirnya mereka sebati dengan kejijikan siasah yang tiada penghujungnya. Selamat berkempen, dan berkempenlah dengan cara yang Allah redha!

Khamis, Ogos 07, 2008

Kita hendaklah selidiki dahulu tentang sesuatu berita.


WAHAI orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang yang fasik membawa berita, maka selidiklah agar kami tidak menimpakan sesuatu musibah kepada suatu kaum dengan tidak mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (al-Hujuraat: 6).

Pada suatu hari, Rasulullah SAW telah mengutus al-Walid bin Uqbah untuk memungut zakat daripada Bani Musthaliq. Bani Musthaliq telah mengaku tunduk kepada Rasulullah SAW dan menerima agama Islam sebagai kehidupan seharian. Sebab itulah mereka diwajibkan membayar zakat setelah genap tempoh dan kadar yang sepatutnya.

Apabila sampai di sana al-Walid tidak dapat memungut zakat dengan baik sehingga menyebabkan jumlah zakat tidak seperti yang diharapkan. Lalu beliau pulang ke Madinah dengan hampa tanpa membawa sebarang hasil zakat yang diminta oleh Rasulullah SAW.

Setelah sampai, dia pun berjumpa dengan Rasulullah SAW. Sebagai alasan, al-Walid memberitahu Rasulullah SAW bahawa kaum Bani Musthaliq telah murtad dan enggan membayar zakat.

Tanpa berlengah lagi, Rasulullah SAW pun mengutuskan Khalid al-Walid bersama dengan seangkatan tentera ke daerah berkenaan. Sememangnya golongan yang ingkar membayar zakat dikira berdosa besar dan wajib diperangi. Khalid al-Walid dihantar dahulu ke sana untuk menyiasat kebenaran berita yang disampaikan oleh al-Walid. Jika khabar yang disampaikan al-Walid itu benar, nescaya Khalid akan mengerahkan tenteranya supaya memerangi Bani Musthaliq.

Khalid pun memulakan siasatannya. Dia telah sampai di sana pada waktu malam. Kedatangannya tidak disedari oleh sesiapapun. Dia pun menghantar beberapa orang penyiasat untuk menyiasat keadaan Bani Musthaliq.

Alangkah terkejutnya mereka apabila mereka mendapati Bani Musthaliq masih beragama Islam dan mengamalkan Islam dengan sempurna. Tidak lama selepas itu, kesemua penyiasat itupun kembali semula ke khemah mereka.

Mereka melaporkan kepada Khalid bahawa kaum Bani Musthaliq masih mengamalkan ajaran Islam dengan baik. Mereka menunaikan solat berjemaah dan azan masih berkumandang apabila masuk waktu solat.

Setelah mendengar laporan tersebut, Khalid pun pulang menemui Rasulullah SAW. Beliau memberitahu apa yang telah dilihatnya bersama-sama dengan anak buahnya.

Rasulullah SAW sangat berpuas hati dengan laporan yang diberikan oleh Khalid al-Walid. Maka turunlah ayat enam surah al-Hujurat ini membenarkan apa yang dilakukan oleh Rasulullah itu.

Ayat ini jelas sekali melarang mempercayai berita yang dibawa oleh orang fasik tanpa usul periksa kerana ia akan memburukkan sesuatu kaum atau seseorang yang lain. Sekiranya berasa ragu-ragu dengan berita tersebut maka hendaklah menyiasat khabar berita tersebut dengan saksi-saksi dan bukti yang boleh dipercayai. Demikianlah Islam menjaga hak-hak manusia supaya tidak ada yang akan teraniaya.

Rabu, Ogos 06, 2008

PIDATO KANAK-KANAK PINTAR INDONESIA

Masyaallah...dengar-dengarkan lah

Pantun - Jika Anwar Menjadi PM Malaysia


Jika Anwar Perdana Menteri..
Madet tentu terkancing gigi..
Nak makan tak selera lagi.
Kubur kata mari, mari..mari..

Jika Anwar Perdana Menteri..
Najib dan Dolah sure cabut lari..
Bawa duit berguni-guni..
Sampai ke mampuih duit tak habih lagi..

Kalau Anwar Perdana Menteri..
Musa Hasan dan Patail pucat lesi..
Terlalu takut akan gerigi besi...
Tentu lama jadi penghuni..

Kalau Anwar Perdana Menteri..
Menteri UMNO bodeknya mesti..
dari UMNO mereka lari..
Ke Keadilan pula parti pilihan hati..

Kalau Anwar Perdana Menteri..
Rakyat tentu suka hati..
Minyak dah jadi murah sekali..
Rezeki tentu bertambah lagi..

Jika Anwar ke Putrajaya..
Itu tandanya rakyat dah berjaya..
Membuang segala sial dan puaka..
Yang dulu maharaja lela..

Jika Anwar ke Putrajaya..
Ekonomi Malaysia naik semula..
Pasaran saham melambung pula..
Pelaburan datang dengan segera..

Di Permatang Pauh Anwar tandingi..
Akibat dari kasihnya isteri..
Bagi suami tempat selamat sekali..
Sampaikan UMNO tak tau calon nak dicari..

Kata pula Khairi menantu Badwi..
Kenapa bertanding kerusi isteri..
Hamid Albar yang bini orang dia bawak lari..
Katanya Anwar hanya berani ditempat sendiri..

Aku nak tanya si Albar dan Khairi..
Pasai apa hangpa pun bertanding ditempat sendiri..
Kalau jantan silalah ke Nilam Puri..
Tentu kalah dengan deposit sekali..

Itukan semua strategi..
Kalau bertanding tentu menang yang dicari..
Siapakah yang bertanding untuk dikalahi..
Kalau ada Tanjung Rambutan dia bakal menghuni..

Kalau Anwar menang kali ini..
UMNO tentunya menggigit jari..
Idea apalah pulak nak dicari..
Nak buat aniaya sekali lagi..

Marilah kita sesama doakan..
Agar Anwar diberi kemenangan..
Malaysia tentulah menjadi sanjungan..
Itulah harapan itulah impian..

Hidup Anwar hidup Malaysia...

Nostalgia Kibar Bendera 10 Tahun Dulu



Kalau DSAI menang, jom kita pasang bendera Malaysia pada kereta.

Sekarang Ogos dan bulan kemerdekaan kembali tiba. 1998 dulu adalah satu tahun di mana rakyat berbahagia dgn keadaan makmur Malaysia ketika itu. Aku pun turut berbangga dan dengan megah memasang bendera pada aerial kereta maka tergedik-gedik lah bendera itu apabila ditiup angin. Banyak kereta memasang bendera tahun itu walaupun terpaksa dibeli rm20 kerana tidak ada bendera percuma ketika itu.

Tetapi selepas DSAI dizalimi dan diaibkan seperti ?:{}>? aku tidak dapat terima perilaku sedemikian dan sejak itulah dan tahun-tahun berikutnya tidak ada lagi bendera dipasang pada kereta ku walaupun bendera diberi percuma bagi menunjukkan rasa menyampah kpd kekejaman dibuat kpd DSAI.

Sepuluh tahun berlalu dan sekarang tiba masa akan tergedik-gedik semula bendera dikeretaku tanda perjuangan akan berjaya. Aku berdoaagar impiam DSAI dan kita semua untuk melihat Malaysia baru akan berjaya. Amin. "

Persiapan hari Muktamar PAS ke 54


Muktamar PAS kali ke-54 ini akan bermula dengan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS pada 13 Ogos jam 9 malam di Stadium Indramulia. Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa akan menyempurnakan majlis perasmiannya.

Sementara itu pula, Dewan Ulamak akan bermuktamar di Dewan Bandaraya Ipoh bersebelahan dengan Masjid Negeri, manakala Dewan Muslimat di dewan hotel Hillcity keesokan paginya , 14 Ogos mulai jam 8.00 pagi.

Muktamar PAS Pusat akan bersidang pada 15 Ogos jam 8.00 pagi di Stadium Indramulia.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan membentangkan Ucapan Dasarnya di majlis perasmian muktamar itu.

Ustaz Misbahul Munir menjelaskan,PAS Perak sebagai tuan rumah kali ini sedang sibuk bersiap-siap bagi menyambut kedatangan para tetamu dari seluruh pelusuk negara.

"Inilah kali pertama PAS Perak menjadi tuan rumah menganjurkan program yang sebesar ini.Kami telah menyediakan satu tempat khas untuk gerai jualan , makan dan minum bagi menampung keperluan para perwakilan dan pemerhati Muktamar.Penginapan untuk para perwakilan juga kami sediakan yang terbaik," jelas Misbah.

Disamping itu, terdapat juga program tarikan berupa konsert Kesenian Islam yang akan diadakan pada 14 Ogos 2008 bermula jam 9.30 malam.Program ini bertujuan untuk menarik minat gulungan remaja mendampingi program PAS dan mengenali etika corak hiburan cara Islam.

Kumpulan Nasyid Far-East dan Saff One akan turut menghiburkan para hadhirin disamping deklamasi sajak oleh Dinsman dan rakan-rakannya.

Walau bagaimana pun, penyertaan Amy Search sebagaimana laporan terdahulu , tidak dapat di realisasikan. Amy pada malam tersebut ada persembahan di Sabah.

Pada 15 Ogos 2008 jam 9.30 malam , Nostalgia Forum Perdana akan menemui para hadhirin dengan barisan ahli panel yang tidak asing lagi kepada kita semua iaitu, Dato’ Dr Haron Din, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Taib Azamuddin. Moderator majlis pula ialah Ustaz Misbahul Munir.

Pada 16 Ogos 2008, adalah merupakan malam kemuncak dimana Ceramah Perdana akan diadakan di Stadium Perak.Misbah memaklumkan, selain Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang dan Mursyidul 'Am Tuan Guru Nik Aziz, wakil-wakil dari pertubuhan Hamas Palestine dan PKS - Parti Keadilan Sejahtera (Indonesia) , akan turut menyampaikan ucapan mereka.

Selasa, Ogos 05, 2008

Keberkatan Surah Yaasin


(Dari Kacamata Dr Fatma Elzahraa)

Untuk keselamatan diri yang susah menjadi senang.
1. Ayat 1 - 9- Untuk keselamatan diri
2. Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
3. Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
4. Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
5. Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah. Memberi hidayah kepada anak.
6. Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan dari di fitnah dan kejahatan mulut.
7. Ayat 29 - Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
8. Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
9. Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.
10. Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
11. Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
12. Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
13. Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
14. Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
15. Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
16. Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
17. Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
18. Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
19. Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba, Tiupan ke-dua - Hancur, Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.
20. Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
21. Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
22. Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.
23. Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
24. Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" (Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia Untuk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
25. Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
26. Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat

Ahad, Ogos 03, 2008

Sahabat, Masih Ingatkah Engkau....


Sahabat, telah lama kita berdiam di medan perjuangan dakwah ini. Kita telah banyak menyaksikan jatuh bangunnya umat Islam. Ada di antara sahabat-sahabat kita yang telah tertewas di dalam perjalanan ini. Ada yang terus bersama-sama berganding tangan walau ketika itu air mata semakin banyak mengalir, cuma kekuatan jiwa dan keyakinan kepada ALlah menggagahkan diri untuk bersama-sama meneruskan perjalanan ini.

Sahabat, mungkinkah kita telah melupakan tujuan asal kita dahulu? Mungkin dunia mula bertapak di hati melebihi keikhlasan dalam mencari redha Illahi.. dan perlahan-lahan telah tumbuh sifat malas dan leka, mudah berpuas hati dan terburu-buru. Sudah ada bibit-bibit perpecahan antara kita..Lalu syaitan membisikkan buruk sangka. Senang benar kita mengiyakannya. Ketika itu, musuh mula berkeroyokan untuk mencari kesempatan yang semakin terbuka luas.

Wahai sahabat, terkadang satu tangan tidak mampu untuk menarik banyak tangan yang ingin minta disambut. Sedang kita pula pertelagah sesama sendiri sehinggakan mereka yang memerlukan merasa tidak diperlukan lalu terus dibaham buas dengan arus dunia. Apalah jawapan kita di hadapan Rabbul Jalil nanti..

Akhirnya kita tidak mampu membezakannya mana teman dan mana lawan. Senyum telah bertukar kepada benci. Dahulu mesra tetapi di dalam hati 'engkaulah musuh yang perlu dihapuskan di mata ini!'.

Sahabat, persaudaraan yang kita bina bukan sehari dua kisahnya... kita pernah berpelukan berkasih sayang kerana ALlah. Adakah ia masih segar seperti dahulu..? Adakah berbaloi jika hanya perselisihan faham yang kecil sehingga menjadi penyebab renggangnya persaudaraan yang terbina ini..

Benarlah.. berat rupanya tanggungan Doa Rabithah yang selalu kita bacakan bersama selama ini..
Ya ALlah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini (orang yang telah dibayangkan tadi) telah berkupul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah-Mu0, bersatu memikul beban dakwah-Mu.

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah Ya ALlah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Nya (yang sebenar). Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap.

Lapangkah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu...

(Jika Engkau mentaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong .

Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Restuilah..
Wahai sahabat, adakah engkau sudah terlupa... Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w menuntut kita agar selalu berkasih sayang antara satu dengan yang lain. Tidak sempurna iman sehinggalah menyintai saudaranya sebagaimana ia menyintai dirinya sendiri.

Begitulah jua firman ALLah :

وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْ‌ۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٍ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡہَا‌ۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَہۡتَدُونَ (١٠٣)

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. (103)

ALlahu ALlah..

Apa agaknya yang akan kita jawab di hadapan-Nya nanti kerana ukhuwah yang semakin merenggang dan penyakit hati yang semakin membarah di dalam jiwa..

Sabtu, Ogos 02, 2008

Koleksi Sebahagian Kanak-kanak Yang Hafaz Al-Quran

Mendidik anak-anak untuk membaca, menghafal, memahami dan melagukan Al-Quran bukanlah perkara yang mudah dan tidak juga merupakan satu perkara yang susah jika dimulakan daripada awal. Namun dengan rintangan yang begitu banyak sekarang dari pelbagai penjuru baik dari segi politik pemerintahan, pergaulan, hiburan, media dan pelbagai lagi sumber yang merosakkan iman maka tidak ramai menganggap menghafaz Al-Quran adalah satu keperluan mendesak bahkan bertanya pula apakah ia dapat memberikan sumber pendapatan bagi menanggung keluarga kelak?

Sebenarnya mereka lupa... rezeki memang telah dijamin oleh Allah sejak azali tetapi syurga dan neraka mereka perlu berusaha mendapatkannya. Di bawah adalah contoh-contoh bacaan Al-Quran oleh qari remaja yang berjaya dibentuk oleh kedua ibu bapa mereka. Maka berbahgialah mereka dan kedua-dua ibubapa mereka hendaknya...

Selamat menghayati bacaan mereka semoga anda juga mendapat hidayah dariNYA, insyaAllah...





Robot Memimpin Orkestra

Sungguh menakjubkan! Itu yang hanya mampu dikata bilamana robot 'Honda ASIMO' memimpin Detroit Symphony Orchestra. Lihatlah betapa jauhnya kita ketinggalan dengan Jepun dalam bidang teknologi. Namun selagi ada usaha dan cita-cita, insyaAllah sampai masa dan ketikanya Malaysia juga mampu mencapainya.

Keputusan JK PAS Pusat


Berikut adalah kenaytaan media Tuan Guru Presiden PAS setelah mempengerusikan mesyuarat JK PAS Pusat siang tadi bersekali dengan Majlis Syura Ulamak PAS:

PAS TOLAK TAWARAN UMNO
TETAPI AKAN TERUSKAN PERBINCANGAN
DEMI KEPENTINGAN NEGARA DAN UMMAH

PAS menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerajaan samada diperingkat Pusat ataupun negeri-negeri. Oleh itu sebarang tawaran daripada Umno untuk mewujudkan kerajaan bersama disemua peringkat tidak lagi berbangkit.

Walaubagaimanapun PAS akan terus terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk parti-parti politik , NGO, institusi-institusi dan mana-mana individu demi kepentingan negara dan ummah.

Dalam pada itu PAS mengulangi pendiriannya kekal bersama Pakatan Rakyat dengan memainkan peranan yang aktif dan positif selaras dengan perjuangannya.

DATO’ SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden
Parti Islam Se Malaysia (PAS)
31 Julai 2008

Jangan naik tambang bas lagi


Banyak pihak gusar akan cadangan untuk menaikkan tambang bas ekspres dan bas henti-henti ekoran kesan langsung dari kenaikan harga minyak tempoh hari. Adalah difahamkan kenaikan itu akan mula dikuatkuasa pertengahan September depan dan menurut pihak kerajaan kenaikan itu nanti akan dipastikan tidak membebankan rakyat.

Dalam keadaan kesempitan mutakhir ini, apa sahaja kenaikan selain dari yang telah dipikul sudah pasti akan membebankan rakyat!

Tambahan pula umat Islam akan mula berpuasa September ini dan kemudiannya menyambut Hari Raya Eidul Fitri, sudah tentulah kenaikan ini akan menjejaskan kehidupan mereka dan semua rakyat amnya.

Bolehkah perkara ini ditangguhkan?

Kita difahamkan harga minyak dunia sudah pun mula menurun dari parasnya yang tertinggi. Ketika harga minyak tempatan dinaikkan 78sen, 4 Jun lalu, ke RM2.70 seliter, harga minyak mentah dunia ketika itu USD140 setong. Kini ia telah turun lebih USD18 iaitu USD122 setong.

Malah PM baru sebentar tadi mengumumkan yang kerajaan sedang bercadang untuk menyemak semula harga minyak tempatan. Oleh itu sementara semakan itu dibuat, lebih baik sebarang kenaikan baru termasuklah yang melibatkan tambang bas ini ditangguhkan terlebih dahulu.

Pas Letak Syarat Jika Ingin Bergabung PAS & UMNO



Majlis Peguam Anjurkan Forum Artikel 121(1A)



Rupanya suamiku bukan Islam


JITRA: “Saya langsung tidak pernah menyangka hampir 10 tahun menjadi mangsa penipuan dan lakonan suami yang mendakwa beragama Islam sedangkan masih menganut agama asalnya,” kata Noraida Idris.

Noraida, 33, yang berasal dari Kubur Panjang, dekat Pendang, mendakwa mengenali suaminya yang berasal dari Alor Star ketika berusia 24 tahun dan melangsungkan pernikahan di Thailand selepas hampir setahun berkenalan.

Bagaimanapun, tembelang suami wanita itu terbongkar kira-kira tiga bulan lalu apabila dia didapati masih menggunakan nama asal pada kad pengenalan hingga menyebabkan mereka bertengkar.

Noraida berkata, dalam pertengkaran itu, suaminya berusia 30-an, akhirnya mengaku tidak pernah memeluk agama Islam menyebabkan fikirannya menjadi bertambah celaru dan kusut.
Menurutnya, sejak kejadian itu, suaminya tidak pernah pulang ke rumah sewa mereka, dipercayai mengikut teman wanitanya dan meninggalkannya serta anak perempuannya berusia empat tahun.
Katanya, dia bersama anaknya kini hidup merempat selepas hampir dua bulan tidak membayar sewa rumah kerana tidak mempunyai sumber pendapatan.

“Sepanjang perkahwinan kami, saya langsung tidak mengetahui mahupun mengesyaki suami bukan beragama Islam kerana dia bijak menyembunyikan segala pergerakannya,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Noraida berkata, sebelum ini, dia berasal dari keluarga bukan Islam, tetapi memeluk agama itu ketika berusia 12 tahun kerana mengikut bapanya, Idris Abdullah yang berbuat demikian selepas berpisah dengan ibunya.

Katanya, selepas bapanya meninggal dunia setahun kemudian dia tinggal bersama ibunya yang beragama Buddha dan tidak pernah bersembahyang dan puasa walaupun sering berbuat demikian ketika tinggal bersama bapanya.

“Selepas bernikah dengan suami, saya tidak pernah melihat dia pergi ke masjid atau bersembahyang di rumah menyebabkan saya terpengaruh dengan kelakuannya itu. Saya menyesal kerana meninggalkan suruhan Tuhan dan mujur saya mengenali seorang rakan mualaf yang mengajak tinggal di asrama Persatuan Cina Muslim di sini, dan mula mendalami agama Islam,” katanya.

Katanya, dia sudah merujuk perkara itu kepada Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) di sini, berkaitan permohonan untuk mendaftarkan anaknya, tetapi gagal apabila tidak mendapat perhatian.

Berikutan itu, Noraida mendapatkan khidmat nasihat daripada Pertubuhan Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) untuk membantunya mendalami agama Islam di sebuah pusat bimbingan saudara baru di Sungai Petani.

Sementara itu, jurucakap PADKP berkata, status anak itu sah jika lahir melalui perkahwinan secara Islam walaupun bernikah di luar negara tanpa menyedari pegangan agama suaminya sepanjang pernikahan mereka.

“Wanita itu boleh datang ke pejabat PADKP dengan membawa segala dokumen lengkap termasuk sijil nikah untuk memudahkan permohonannya dan bukannya kami tidak melayani mereka,” katanya.

Usaha Memurtadkan Pramugari Muslim MAS


Terdapat usaha-usaha di kalangan beberapa kakitangan MAS yang cuba memurtadkan krew dan pramugari-pramugari MAS semasa mereka dalam penerbangan. Usaha sebegini dikatakan sudah sekian lama berlaku tanpa tindakan serious diambil oleh pihak yang berwajib.

Pada awal tahun ini [22 Jan 2008] terdapat satu lagi usaha tersebut yang dilakukan oleh seorang Chief Steward semasa dalam penerbangan MH0140 dari Brisbane ke KL. Beliau dikatakan telah cuba mempengaruhi pramugari-pramugari MAS untuk meninggalkan agama Islam dan memeluk agama Kristian dengan memberi hujah-hujah yang mengelirukan.
Satu laporan polis telah dibuat oleh salah seorang pramugara Muslim terhadap tindakan beliau dan semua barangan bukti telah diserahkan kepada polis.




Sebagai bantahan demi membela Islam, sayugialah orang ramai menghantar bantahan samada secara persendirian mahupun secara kumpulan atas nama pelbagai pertubuhan kepada
Dato Idris JalaPengarah Urusan Malaysia Airlines1st Floor Admin Building 1, Complex A, SAAS Airport47200 Subang, Selangor DEFax: 03-78439400 Tel: 03-78404801
Harus diingat Dato Idris adalah adalah seorang beragama Kristian dan jangan pula dia yang nanti berusaha melindungi kakitangan yang telah melakukan kesalahan serious di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.
Article 11 (4)
State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur and Labuan, federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam.
Sehingga kini, selepas pelbagai pihak telah menyuarakan bantahan, termasuk NGO-NGO Islam telah bersemuka dan menyatakan bantahan mereka kepada Pengerusi MAS sendiri, namun belum ada tindakan rasmi yang dilaporkan diambil terhadap kakitangan MAS tersebut yang secara terangan telah menyalahi perlembagaan Persekutuan.
Siasatan polis juga dilaporkan tidak diteruskan.

Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj


Siri ke 5

Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa?

Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para Anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk.

Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para Anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.5

Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-Haram hingga ke hari ini.

Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia ada kaitan dengan persoalan akidah mereka.

Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat.

Apabila solat seseorang itu beres dengan Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua masjid yang disebutkan di atas.

Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran.