Rabu, Julai 09, 2008

Kerana CNI kami dapat RM1000 sebulan


DARI kiri, Dr. Noor Azmi, Jamaludin dan Murad memegang trofi atas kejayaan masing-masing.

--------------------------------------------------------------------------------

PETALING JAYA - Jika 14 tahun lalu, Murad Basri, 38, tidak mampu untuk memiliki walaupun sebuah motosikal 'kapcai', namun kini selepas menyertai perniagaan jualan langsung produk kesihatan, beliau kini sudah mampu memiliki lebih daripada sebuah kereta mewah.

Dengan pendapatan lebih RM100,000 sebulan, Murad yang berasal dari Klang yang dulunya hanya bekerja di kilang membuat anak patung, tetapi sekarang sudah menjalankan perniagaan jualan langsung produk tersebut secara sepenuh masa bersama isteri.

"Saya tertekan dengan keadaan ketika itu dan bertekad mahu mengubah nasib, kemudian melibatkan diri dalam perniagaan jualan langsung produk kesihatan CNI dan hanya selepas dua tahun menyertai perniagaan berangkai itu, saya kini mampu memperoleh pendapatan tahunan lebih RM1 juta," ujarnya.

Murad adalah salah seorang daripada 91 peniaga jualan langsung yang menerima anugerah daripada Persatuan Jualan Langsung Malaysia di Pusat Konvensyen Sunway malam kelmarin.

Sementara itu seorang doktor perubatan, Dr. Noor Azmi Ghazali, 49, pula bertekad menyertai perniagaan jualan langsung produk Amway, kerana percaya dengan perniagaan tersebut dapat membantu meningkatkan taraf hidupnya selain membantu individu lain.

"Saya ada klinik sendiri, tapi bila keluar dari klinik, saya masih terfikir untuk membantu orang lain yang berharap menikmati kehidupan yang lebih selesa dengan cara menyertai jualan langsung," ujarnya yang kini memiliki pendapatan tahunan lebih RM100,000.

Selain pekerja kilang dan doktor yang melibatkan diri dengan jualan langsung, seorang juruaudit sebuah syarikat swasta Jamaludin Ahmad, 45, juga telah meninggalkan kerjaya itu dan serius dalam perniagaan jualan langsung sejak enam tahun lalu.

"Tidak pernah terlintas di fikiran saya melibatkan diri dalam perniagaan jualan langsung ini, malah tidak pernah didedahkan pun.

"Namun setelah menyertainya, saya tinggalkan kerjaya lama dan jadikan jualan langsung sebagai kerjaya terakhir dalam hidup saya," katanya yang menjalankan perniagaan jualan langsung produk Elken.

Tiada ulasan: