Ahad, Mei 25, 2008

Masalah Suka Makan Lewat Malam.

Siapakah yang suka makan lewat malam?Kebiasaan adalah mereka yang mempunyai banyak kerja disiang harinya dan akibat tabiat melepak atau bersantai diwaktu malam. Bagi mereka yang banyak tekanan kerja disiang hari, malamnya mereka akan banyak melepak atau berehat didepan TV sambil menjamu selera. Dikala ini jenis makanan tidaklah begitu diambil kira. Mereka yang suka makan lewat malam ini biasanya akan mengalami tekanan jiwa, hilang keyakinan diri dan tidak dapat lari dari kencing manis dan obesity.
Ada dikalangan pemakan lewat malam ini makan bukan kerana lapar tetapi bagi mengatasi keperluan emosi atau ketidak tenteraman jiwa mereka. Ada juga yang hanya makan untuk mengatasi masalah jemu. Kamu mungkin biasa melihat orang yang akan makan apa saja bila dalam keadaan tertekan. Benarkah makan lewat malam mendatangkan mudarat kepada kita?
Jawapannya , bergantung kepada apa yang kita makan.

Kenapa makan lewat malam berkait dengan obesity?
Pertamanya, apabila kita makan hingga lewat malam atau sebelum tidur, badan tidak dapat cukup masa untuk memproses dan membakar kalori dalam badan dan ianya terpaksa dismpan didalam badan. Masalah keduanya adalah orang yang suka makan lewat malam ini biasa adalah makanan yang tidak sihat atau seimbang.
Menurut bancian, 40 peratus pengidap obesity mempunya tabiat makan lewat malam.
Lelaki mengatasi wanita dalam peratusan ini.
Perokok dan peminum arak adalah dikalangan mereka yang suka makan lewat malam.
Mereka ini biasanya jarang bersarapan pagi dan kerap makan diluar rumah.
Jadi, kita perlu belajar untuk TIDAK makan lewat malam.Bila anda terasa lapar dan anda tidak makan ketika itu, badan anda terpaksa membakar kalori yang berlebihan dalam badan. Ini akan mengurangkan berat badan anda. Metabolisma akan membantu menguruskan badan anda secara tidak langsung. Apakah yang boleh membantu kita melupakan untuk makan lewat malam?- Gantikan jamuan lewat itu dengan meminum air bersih. Teh herba misalnya baik kerana ianya untuk ketenteraman dan kita akan rasa penuh perut.- Menulis atau membaca dll – sibukkan diri anda dengan sesuatu aktiviti ringan . Jangan sampai jemu menguasai malam kita.- Makan awal beberapa kali dengan jumlah yang sedikit. Lagi banyak kita makan, lagi aktif metabolisma kita- Makan makan seimbang, sayuran dan buah-buahan akan menyihatkan badan membolehkan sistem pemakanan dan pencernaan anda lebih sempurna dan teratur.

Tiada ulasan: