Ahad, Mei 25, 2008

Safety Talk - Silinder Gas

Hampir setiap hari, kita kerap mendengar tentang kemalangan atau kebakaran yang berpunca daripada kebocoran gas. Sebenarnya, setiap silinder gas yang ada di rumah, di kedai, di makmal atau di mana-mana sahaja berpontensi sebagai bom jangka. Ini kerana gas mudah terbakar, dan jika tekanan di dalam silinder itu terlalu tinggi tong gas itu boleh meletup.

Silinder gas hendaklah diletakan di tempat yang baik pengudaraannya dan sentisa berada dalam keadaan tegak. Bekalan gas dan alat atur hendaklah ditutup apabila gas tidak digunakan lagi. Untuk menyalakan dapur gas pula, kita mestilah mengikut peraturan. Api hendaklah dinyalakan terlebih dahulu. Kemudian cucuhkan api ke pembakar di dapur gas. Selepas itu, putarkan alat kawalan nyalaan. Cara ini dapat mengelakan pengeluaran gas yang berlebihan yang menyebabkan kebakaran.

Sebarang kebocoran gas dapat dikesan daripada bau gas yang luar biasa. Penggunaan juga boleh mengesan kebocoran gas dengan menggunakan buih sabun. Ini dilakukan dengan melurutkan getah saluran gas dengan buih sabun. Jika didapati sabun buih itu menggelembung, ini bermakna kebocoran gas telah berlaku.

Apabila berlaku kebocoran gas, perkara utama yang perlu dilakukan adalah dengan menutup alat atur dan alat kawalan nyalaan dapur. Kemudian, buka semua tingkat dan pintu untuk menberi penggudaraan yang baik di dalam rumah. Sebarang suis perkakas elektrik di dapur hendaklah dimatikan. Elakkan daripada menyalakan mancis. Sebagai langkah seterusnya, laporkan kepada pengedar gas dengan segera, tentang kebocoran tersebut.

Dengan ini sebarang kemalangan atau kebakaran yang disebabkan oleh kebocoran gas dapat dielakkan.


Pengguna bijak, keselamatan terjamin

Tiada ulasan: