Sabtu, Mei 31, 2008

Tindakan Esam paling silap dalam percaturan politoknya

Berita dari Harakahdaily.net
TEMERLOH, 30 Mei (Hrkh) - Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Mohamad Ezam Mohd Nor telah melakukan tindakan paling silap dalam karier politik seumur hidupnya apabila menyertai semula Umno, kata Ketua Bahagian KeADILan Temerloh, Ahmad Nizam Abdul Hamid. -->-->
Dalam sidang akhbar yang diadakan di Pejabatnya di sini, baru-baru ini, Ahmad Nizam berkata adalah mengelirukan jika Ezam menyertai semula Umno untuk meneruskan misi membasmi rasuah yang pernah diperjuangkannya kerana sehingga kini pemimpin rasuah yang pernah dikecamnya masih bergelumang dalam Umno.
"Ezam pernah dipenjarakan selama dua tahun kerana mendedahkan salah laku rasuah Rafidah Aziz. Rafidah masih ada lagi dalam Umno. Kita tak Nampak Ezam boleh meneruskan perjuangan anti rasuah dalam Umno," katanya.
Mengulas lanjut, Ahmad Nizam berkata sepatutnya Ezam sedar bahawa Umno yang disertainya itu adalah sebuah parti politik perkauman Melayu beroreantasikan feudal yang semakin ditolak rakyat terutama pasca pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini.
"Kalau kita tengok parti-parti yang dipilih rakyat dalam pilihan raya umum lalu, semuanya parti berbagai kaum. Macam PAS dia parti berbilang kaum walaupun majoritinya Melayu. Begitu juga KeADILan, KeADILan bukan parti perkauman tetapi Ezam memilih parti perkauman. Apakah ada pemahaman feudal dalam pemikirannya?
"Sebab itu pada pandangan saya tindakan Ezam menyertai semula Umno adalah tindakan paling silap dalam kehidupan politik seumur hidupnya," katanya.
Sementara itu Ketua KeADILan Pahang, Zakaria Abdul Hamid dalam kenyataan yang disiarkan media tidak terkejut dengan tindakan Ezam menyertai semula Umno.
"Itu hak dia (Ezam) dan kami masih meneruskan perjuangan kami dalam KeADILan dan tiada masalah bagi kami sekiranya dia mahu masuk Umno atau sebaliknya. KeADILan Pahang tidak terkejut keputusannya kerana tidak meninggalkan sebarang kesan terhadap parti," katanya. - mns

Tiada ulasan: