Ahad, Mei 25, 2008

Selamatkan Ezam dari kekotoran UMNO

Dalam keadaan UMNO yang semakin kritikal, kita telah di gegarkan sedikit oleh satu berita yang belum disahkan sendiri oleh Sdr. Ezam Mohd Nor yang ketika ini masih berada di luar negara bagi mengesahkan diri nya seperti mana yang digembar-gemburkan oleh pelbagai pihak termasuk media cetak dan media elektronik. Pada pandangan saya, kita yang berada di pihak pakatan rakyat seharusnya lah merasa satu kehilangan yang amat besar jika kenyataan yang belum dinyatakan sendiri oleh Sdr. Ezam ini benar-benar berlaku. Apakah tindakan kita atau ahli-ahli politik terutama nya dari PAS dan Keadilan bagi menghalang kemasukan Sdr, Ezam Mohd Nor kembali ke pangkuan UMNO ini? Memang benar mana-mana orang perseorangan atau pertubuhan NGO adalah berhak menentukan pendirian nya sendiri. Tetapi dalam soal ini kita harus melakukan sesuatu untuk memujuk atau berbincang secara hikmah dalam menangani sesuatu isu yang berbangkit termasukalah isu kemasukan semula Sdr. Ezam. Bagi saya Sdr. Ezam mempunyai kekuatan dan semangat yang jitu terhadap apa jua yang di perjuangkan, termasuklah kes-kes yang berprofail tinggi. Sdr. Ezam merupakan anak muda yang berwibawa dan berpontesi menjadi pemimpin pelapis yang bersih, cekap dan amanah di masa akan datang. Justeru itu saya berharap agar samaada PAS atau keadilan Rakyat dapat memberi ruang semula dipersada politik tanahair kepada Sdr. Ezam bagi memantapkan perjuangan dalam menghadapi era globalisasi. Lupakan lah sengketa yang telah berlaku antara Sdr. Ezam dengan Sdr Azmin Ali. PRU ke 12 telah pun berlalu, kebanyakan rakyat menolak UMNO. Ini dapat di buktikan dengan tertawan nya lima negeri serta mengurangkan 2/3 majoriti di parlimen. Yang jelas PAS atau Keadilan haruslah mengambil inisiatif bagi mengembalikan perjuangan Sdr. Ezam bersama Pakatan Rakyat.

Sekian.

1 ulasan:

chodeks berkata...

Tahniah diatas kewujudan blog nih. insyaAllah akan maklumkan ke saeng2.

on ezam, rasanye doh terlewat doh.. tinggal 2 hari je lagi. setahu saya orang yg buleh memperngaruhi keputusan dia hanyalah tok guru nik aziz sahaja..!!