Rabu, Julai 16, 2008

Debat : Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak

Ditulis oleh : Rashid

Siaran langsung debat antara Dato’ Ahmad Shabery Cheek – Menteri Penerangan dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim – Ketua umum parti Keadilan yang diadakan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 16hb Julai 2008 dan disiarkan secara langsung di TV9 pada jam 9.00 malam yang di pengerusikan oleh Dato’ Johan Jaafar. Debat pada malam tadi di tonton oleh jutaan rakyat di seluruh pelosok tanahair yang sentiasa menantikan penangan penghujahan Dato’ Seri yang julung kalinya diadakan dan di beri peluang untuk berdebat secara langsung dikaca television. Di Astro Awani juga diadakan diskusi debat antara Dato’ Ahmad Shabery Cheek dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim iaitu selepas berakhirnya debat itu.

Apa yang dirancang dan dianjurkan oleh Agendadaily telah berlansung dan berakhir dalam keadaan yang amat baik, teratur dan beradab walaupun Dato’ Ahmad Shabery Cheek sering kali menyerang secara peribadi keatas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan flashack yang out dated. Pada pandangan saya debat pada malam tadi lebih di monopoli oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang begitu bersemangat dan membuat persediaan yang rapi dalam bentuk fakta dan dari segi releven hujah-hujah yang diberikan dan bukan sebagai retorik semata-mata, ini kerana penghujahan yang diberikan oleh Dato’ Ahmad Shabery Cheek lebih banyak kepada perbandingan harga antara Negara pengeluar minyak seperti Venuzula, Iran dan lain-lain Negara. Dan menjadi satu kebiasaan mana-mana pendebat dari pihak kerajaan termasuklah beliau sendiri lebih banyak mempertahankan dasar kerajaan dalam menaikan atau pengstrukturan semula harga minyak di atas dasar global.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim lebih banyak menyuarakan pandangan khusus untuk mengatasi serta mengurangkan bebanan rakyat daripada inflasi yang tinggi. Menyentuh kesusahan rakyat termiskin, nelayan yang mana insentif minyak sebagai bahan bakar utama untuk tujuan penangkapan dan sector awam yang berpendapatan rendah serta bagaimana mengatasi ketirisan dan kebocoran didalam pengurusan dan urus tadbir serta aliran wang petronas yang sentiasa disalurkan kepada pihak-pihak yang berkepentingan dan politikus yang begitu rakus menggunakan wang petronas dengan menukarkan jenama royalty kepada wang ehsan dan kini kembali ke jenama asal setelah UMNO kembali menerajui negeri telaga minyak itu.

Saya sedar bahawa saya memang tidak layak secara langsung atau tidak langsung untuk mengulas lebih panjang dalam apa yang diperkatakan oleh ahli-ahli panel yang hebat dalam debat pada malam itu, tetapi sebagai rakyat yang sama-sama turut merasai kepahitan, kesengsaraan dan tekanan dengan kenaikan berantai yang mana ini mungkin tidak dirasai langsung oleh pak-pak menteri sama ada dipihak atasan mahupun bawahan yang senantiasa mendapat faedah dan kemudahan sebagai menteri dan ahli dewan Rakyat, dan atas ketentuan itu saya turut terpanggil untuk menggerakkan tarian panel ini bagi meluahkan perasaan saya terhadap apa yang dibincang dan diperkatakan oleh Ahli-ahli panel untuk menentukan hala tuju minyak Negara seterusnya perkongsian bijak yang diamalkan bagi mangatasi kebejatan ekonomi Negara dan seterusnya rakyat mendapat faedah dan manfaatnya daripada apa yang di perbincangkan.

Disini suka saya mengingatkan kepada Dato’ Ahmad Shabery Cheek bahkan mana-mana pihak yang mendapat tawaran atau undangan berdebat mengenai isu-isu semasa di kaca TV atau di mana-mana gelanggan sekalipun, jangan mengamalkan seperti mana Dato’ Ahmad Shabery Cheek mempertaruhkan jawatannya jika ia kalah dalam perdebatan itu. Ini adalah satu omongan yang tidak boleh diterima pakai oleh seorang yang bertaraf menteri. Ini kerana perdebatan yang telah diadakan semata-mata untuk mencari fomula serta meletakan satu titik noktah bagi mengatasi masalah kenaikan global, bukan untuk menentukan siapa menang dan siapa kalah dan siapa yang mendapat tepukan dan kurang mendapat tepukan, itu bukan persoalan nya, yang penting adalah maklumat yang hendak disampaikan terus kepada rakyat supaya rakyat faham akan maksud dan tujuan Pakatan Rakyat betapa perlunya PK ini menerajui Negara.

Saya juga rasa terharu dan menyentuh perasaan apabila Dato’ Seri Anwar berjaya membuat smash out terhadap persoalan-persoalan yang ditimbulkan dengan penghujahan yang sebegitu tersusun dan teratur apatah lagi ungkapan-ungkapan yang begitu lemah lembut dan tidak menyentuh soal peribadi apatah lagi mensasarkan kisah atau ungkitan yang sepatutnya tidak berlaku dan tidak releven dengan tajuk debat. Apapun saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dato’ Seri anwar diatas kehadiran dan saya kira ini adalah yang pertama kalinya Dato’ Seri Anwar diberi ruang beraksi dipentas debat setelah hampir 10 tahun dinafikan haknya. Malah saya berasa kagum kepandaian Dato’ Seri mengguna ruang dan masa yang diberikan bagi menyatakan hasrat yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat apabila dapat menerajui Malaysia tanpa melayan serangan peribadi bertubu-tubi oleh Dato’ Shabery Cheek.

http://makchilikemaman.blogspot.com


Tiada ulasan: