Rabu, Julai 23, 2008

Jenayah Rogol : Sumbang Mahram Ahli Keluarga Bapa dan Abang.

Salah siapa kah ini...?

Seorang pelajar berusia 16 tahun mendakwa menjadi mangsa sumbang mahram apabila dirogol bapa dan abang kandungnya sejak dua tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri berkata, mangsa mendakwa pertama kali dirogol abang kandungnya ketika tidur di biliknya di rumah mereka di Felda Neram 11, Kemaman pada awal 2006.

''Mangsa memberitahu kejadian itu kepada ibunya yang hanya bertindak memarahi abangnya yang berusia 21 tahun tetapi gadis tersebut terus dirogol beberapa kali selepas kejadian pertama," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau menambah, gadis itu juga mendakwa bapanya yang bekerja sebagai peneroka turut merogolnya beberapa kali sejak pertengahan 2006.

Mohd. Fauzi berkata, mangsa membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Chukai, Kemaman kira-kira pukul 5.27 petang semalam selepas sekali lagi dirogol oleh abangnya.

''Abangnya merogolnya kira-kira pukul 2 pagi semalam yang menyebabkan mangsa membuat laporan polis," katanya.

Ekoran laporan itu, katanya, bapa mangsa berusia 47 tahun dan abangnya yang bekerja sebagai buruh ditahan di rumah mereka kira-kira pukul 7.30 petang semalam.

''Mangsa turut dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan namun polis masih belum mendapat keputusan pemeriksaan tersebut," ujarnya.

Tiada ulasan: