Khamis, Julai 31, 2008

Sharlinie....dimana kamu, adakah ini misteri atau kebuntuan pihak berkuasa.


9 Januari 2008, Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.

Kes ini sudah masuk bulan yang ketujuh. Ianya semakin dipandang sepi dan tiada siapa lagi yang ambil kisah. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang mula-mula menyiasat kes ini pun sudah menyepi tanpa khabar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang bangga ketika mengumumkan pembentukan satu pasukan khas polis Bukit Aman dan Selangor untuk menyiasat kes anak kecil ini pun sudah sibuk dengan kes lain.
Kes Sharlinie makin sepi, rakyat pun dah tak bercerita tentangnya. Poster-posternya sudah kian lusuh malah ada yang sudah tertanggal. Kita masih menunggu jawapan. DIMANA SHARLINE?

Kata orang Borneo, kes ini sudah terliwat. Maksudnya sudah terlewat dan terlalu lama. Polis sudah terlewat dan tiada sebarang tanda-tanda ditemui bagi kehilangan anak kecil ini. Apakah nasib beliau kini?

Ibubapanya yakin Sharlinie masih hidup. Kali terakhir media bertemu keluarga ini adalah pada 9 Jun lalu. Simpati dan doa, hanya itu yang mampu dihulurkan.

Tetapi rakyat tetap inginkan jawapan. Polis Malaysia harus selesaikan kes ini. Jika kes Liwat melibatkan Anwar, Polis boleh dipandang serius dan cari sampai ke lubang dubur Saiful, kenapa dalam kes Sharlinie Polis hilang punca? Tolonglah keluarga ini, jangan pandang sepi cerita mereka lagi.

Tiada ulasan: