Rabu, Jun 11, 2008

Minyak makin kurang...?

Industri minyak dunia sudah mencapai kadar pengeluaran kemuncaknya dan setiap negara kini perlu menyediakan langkah-langkah perlindungan bagi menampung kejatuhan, kata pakar semalam.
Kjell Aleklett, profesor fizik di Uppsala University, Sweden berkata, langkah itu penting memandangkan dunia kini sudah dalam peringkat perubahan kepada masa depan yang tidak menentu dengan minyak semakin sukar didapati dan kos pengeluarannya tinggi.
“Penemuan baru semakin berkurangan. Kita sudah berada pada kedudukan tinggi sebagai ‘pemimpin minyak’ dan pasti akan turun pada suatu masa,” katanya pada Persidangan Minyak dan Gas 2008 di sini.
“Mungkin sudah terlambat untuk turun secara beransur-ansur, namun masih ada masa untuk menyediakan pelan perlindungan bagi menampung kejatuhan.”
Aleklett, yang juga pemimpin Global Energy Systems Research Group dan Uppsala Hydrocarbon Depletion Study Group berkata, banyak negara pengeluar minyak, termasuk Rusia, sudah melepasi masa puncak, yang menunjukkan pengeluaran puncak dunia akan berakhir.
“Permintaan untuk minyak dari negara pengimport diunjurkan meningkat daripada paras semasa sebanyak 50 juta tong sehari kepada 80 juta tong sehari,” katanya.
Tambahnya, Arab Saudi, Rusia dan Norway, yang merupakan negara pengeksport utama akan mengalami penurunan dalam jumlah eksport masing-masing kepada empat hingga enam juta tong sehari menjelang 2030. – di petik dari berita Bernama

Tiada ulasan: