Khamis, Jun 12, 2008

Pembayaran Gaji dua kali sebulan

Gaji kakitangan kerajaan akan dibayar dua kali dalam sebulan mulai Ogos ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam.
Beliau berkata, langkah itu adalah bagi memudahkan mereka mengurus perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah berikutan kenaikan harga bahan api.
“Separuh pertama akan dibayar pada pertengahan bulan dan separuh kedua akan dibayar pada hujung bulan.
“Potongan-potongan seperti cukai pendapatan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya akan dilakukan pada hujung bulan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini.
BAYARAN gaji dua kali sebulan diharap membolehkan kakitangan kerajaan membelanjakan wang dengan lebih berhemah. – Gambar hiasan.
Ditanya sama ada sektor swasta turut berbuat demikian, Abdullah berkata: “Saya menganggap ini adalah satu pendekatan yang baik kerana ia membantu pekerja-pekerja kita untuk menguruskan aliran tunai isi rumah. Ini adalah penting.” – di petik dari berita Bernama